“Aku mulanya tak
berapa ingat, tapi sekarang ni alhamdulillah. Aku harap dengan apa yang aku
ceritakan ini dapat membetulkan segala keadaan yang semakin kalut,” Ujar Farah
memulakan bicaranya.
Waffey diam, begitu juga dengan Suhafizah. Mereka berdua
menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang ingin Farah sampaikan. Setelah
sekian lama mereka menunggu saat ini dan hari ini adalah hari penentu bagi
segala-galanya.
“Peristiwa ini berlaku empat tahun yang lepas. Waktu itu
kita semua masing-masing masih lagi dalam pengajian……”
Percakapan Farah terhenti setakat disitu kerana Farhana yang
tiba-tiba sahaja muncul sambil ditangannya mengenggam telefon bimbit.
“Hmm maaf menganggu tapi ada panggilan dari Kak Fatin untuk
abang Waffey,”
Waffey bingkas bangun lantas menyambut huluran telefon
bimbit dari pegangan Farhana kemudian mengorak langkah menjauhi Farah dan
Suhafizah yang mana masing-masing sedang memerhatikannya.
“Waffey..boleh kita jumpa?” Pinta Fatin.
“Cik Fatin nak jumpa saya bila dan dimana?” Soal Waffey kembali
sambil diperhatikan oleh tiga orang pemerhati yang setia menanti di sudut
bilik.
Tidak banyak yang dibualkan oleh Waffey, hanya sepatah dua
kemudian talian itu dimatikan dan lantaran itu telefon bimbit yang digunakan
sebentar tadi beralih semula kepada pemiliknya.
“Minta maaf Fizah, aku ada hal sikit,”
“Kau nak kemana?”
“Susah aku
nak terangkan tapi nantilah,”
Waffey melangkah menuruni anak tangga lalu menuju ke
keretanya. Tatkala itu hatinya berdegup kencang dicampur pula dengan fikiran
yang rancak menjelmakan seribu bayangan. Sementara itu Farah dan Suhafizah yang
berada dibilik memandang ke arah satu sama lain dengan perasaan yang pelik.
“Fatin telefon Waffey? Apa lagi yang Fatin nak dari Waffey?”
Getus Hati Farah kehairanan.
Farah begitu yakin bahawa Waffey dan Fatin memang tidak
pernah berjumpa secara peribadi melainkan atas urusan kerja sepanjang Waffey
berpindah ke sini. Walaupun dia baru saja sedar dari koma, namun begitu dia
dapat membaca dengan jelas segala apa yang berlaku dari pola percakapan antara
sahabat-sahabatnya, lagipun dia mampu melihat dan mendengar sepanjang dia koma.
Suhafizah yang terkejut dikala itu hanya mampu menghela
nafas lantas mengalihkan pandangannya yang tadi ditumpukan kearah Waffey kepada
Farah.
“Tak apalah Farah,
kau rehatlah dulu.” Ucap Suhafizah lantas melangkah keluar dari bilik itu.
Farah bingkas bangun kemudiannya mengorak langkah menuju ke
sudut penjuru bilik yang mana terletaknya sebuah rak buku yang penuh dengan
pelbagai jenis buku-buku rujukan yang digunakan semasa zaman pengajiannya dulu.
Dia mengeluarkan sebuah buku tebal tanpa tajuk yang mana dalamnya terdapat
sekeping gambar.
Gambar itu ditatapnya kemudian dia tersenyum lebar dengan
penuh kepuasan.
**************
Waffey melangkah menuju ke bahagian anjung yang dibina di
pinggir pantai Permas Jaya.
“Ada hal
apa cik nak jumpa saya?”
Fatin tidak menjawab soalan pertama yang terbit dari bibir
Waffey, sebaliknya pandangan matanya difokuskan kearah pulau Singapura yang
terletak dihadapannya. Kelihatan beberapa boya yang menjadi sempadan diantara
perairan Malaysia dan
Singapura terumbang-ambing dipukul ombak.
“Macam mana dengan urusan perniagaan Waffey?” Soal Fatin.
“Alhamdulillah, tak ada masalah setakat ni,” Balas Waffey
tersenyum bangga.
Fatin tersenyum, namun begitu senyuman yang diukirkan itu
bukanlah senyuman yang membawa apa-apa maknya. Hanya sebuah senyuman pahit yang
terukir dari hasil perbualan kosong yang bukanlah menjadi punca utama pertemuan
ini.
Fatin merenung ke arah Waffey lantas menarik nafas sedalam-dalamnya
demi menambah keyakinan untuk mengutarakan rasa yang terpendam di hati.
“Waffey, saya tak pasti sekarang ni apa yang patut saya
buat?” Ucap Fatin tanpa melihat kearah Waffey.
Waffey mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti dengan apa
yang diucapkan oleh Fatin sebentar tadi.
“Saya tak faham,”
“Waffey, setelah sekian lama awak menghilang dan kini awak
muncul kembali tapi saya tak pasti apakah saya masih mampu ataupun tidak,”
Waffey mengerutkan dahinya namun begitu dia tetap setia
menanti ungkapan seterusnya dari Fatin.
“Saya….er..saya masih lagi merasakan perasaan sayang yang
masih wujud dalam hati ini,”
Akhirnya Fatin berterus-terang. Sejenak kemudian dirasakan
umpama dadanya begitu lapang setelah perkara itu dikongsikan dengan
Waffey.Tambahan pula wajah Waffey yang sedari tadi tenang dan setia mendengar
luahannya.
“Cik say….”
“Awak panggillah saya seperti biasa, lagipun saya bukanlah
ketua awak lagi.” Pinta Fatin
Waffey tenang merenung wajah Fatin yang jelas menampakkan
perasaan bingung yang melanda di fikiran. Tanpa menjawab soalan yang diajukan,
Waffey lantas mengorak langkah menuju ke meja makan yang terletak berhampiran
denganya.
Di atas anjung yang dibina menghadap ke arah Singapura itu
adalah salah satu tarikan kepada pengunjung untuk berkunjung ke kawasan itu
yang terkenal dengan keenakan masakan makanan-makanan laut.
Tidak lama kemudian mereka memesan makanan dan pelayan yang
mengambil pesanan kemudiannya pantas berlalu pergi bagi melaksanakan tugasnya.
“Fatin, susah saya nak cakap tapi awak kena tahu yang
sekarang ni awak bukan lagi macam dulu, awak sekarang ni bakal menjadi isteri
orang.”
Tenang ayat yang diucapkan oleh Waffey bagaikan tiada apa
yang berlaku walaupun dia tahu mungkin sukar bagi Fatin untuk memahami namun
dia harus berpegang kepada hakikat yang sekarang ini sukar bagi mengubah
keadaan.
“Saya kadangkali tertanya-tanya, samaada betul ataupun tak
kes yang berlaku semasa kita sama-sama study
kat poli dulu,” Soal Fatin.
“Saya dah letih dengan kisah yang tak ingin langsung saya kenangkan
tu. Awak nak jawapan yang macam mana lagi Fatin? Saya langsung tak ada apa-apa
untuk buktikan pada awak,”
“Saya keliru Waffey, apa yang patut saya buat?” Jawab Fatin
tunduk tanpa memandang wajah Waffey.
.......................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya
pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN
PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
.......................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment