Tuesday, June 2, 2009

Cereka Memori Yang Berlalu


Episod 1- Hari pertama.

Hari ini Waffey bangun seawal lima setengah pagi kerana dia perlu keluar dari rumah untuk menunggu bas pada jam enam setengah pagi. Sekiranya dia terlewat pasti bas yang membawa penumpang menuju ke Bandaraya Johor Bahru akan terlepas dan jarak perjalanan antara rumahnya yang terletak di Taman Sri Saujana Kota Tinggi memakan masa lebih kurang empat puluh lima minit sekiranya keadaan lalulintas tidak sesak tetapi akan berlarutan sekiranya berlaku perkara yang sebaliknya.
Hari ini juga merupakan hari penting bagi Waffey, dia tidak mahu sebarang masalah timbul sepanjang hari ini kerana hari ini merupakan hari pertamanya bertugas di Jabatan Akauntan Negara Malaysia cawangan negeri Johor selepas menerima arahan berpindah dari Jabatan Akauntan Putrajaya.
Tetapi malang keretanya tiba-tiba rosak tiga hari yang lepas menyebabkan dia terpaksa menaiki bas pada hari ini. Dia yang baru sahaja berpindah ke rumah baru yang disewa dari seorang mak cik yang duduk bersebelahan dengan rumahnya hanya sabar menghadapi dugaan itu.
Waffey bernasib baik kerana sebuah bas yang membawa ke destinasi yang ingin ditujunya sedang berhenti di perhentian bas untuk mengambil penumpang sebaik sahaja dia tiba di perhentian itu dan sepertimana yang telah dijangkakan keadaan lalulintas agak sesak pada hari ini ekoran kerja-kerja pembaikan jalan sedang dilakukan.
“Nasib baik aku keluar awal hari ini,” Getus hati Waffey.
Ketika dalam perjalanan Waffey menyemak segala dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa ketika melaporkan diri tiba-tiba dia tersedar bahawa surat pengesahan lapor dirinya tertinggal.
“Alamak, macam mana pulak boleh tertinggal surat ni, ish cuai betul….” Ujar Waffey sendirian sambil membelek fail tersebut berulang-ulang kali.
“Emm tak apalah, nanti aku ceritalah apa yang patut. Nasib baik surat pertukaran aku bawa……”
Setibanya di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak yang mana lebih dikenali dengan nama KOMTAR yang terletak dijalan Wong Ah Fook, dia terus melangkah menuju ke hadapan pintu lif, tetapi niatnya untuk menekan butang lif tiba-tiba terbantut.
“Eh jabatan akauntan tu kat tingkat berapa?” Soal Waffey terpinga-pinga keseorangan sambil menyumpah-nyumpah dalam hati kerana terlalu cuai ketika menguruskan dokumen-dokeumen penting tersebut malam tadi sehinggakan surat penting tersebut tertinggal di rumah kerana di dalam surat tersebut lengkap tercatat segala butir-butir mengenai tempat bertugasnya itu.
“Ah baik aku tanya keselamatan tu…..” Ujar Waffey lalu menuju ke arah seorang pengawal keselamatan yang sedang berdiri dihadapan pintu masuk KOMTAR.
“Asalamualaikum bang tumpang tanya, Jabatan Akauntan Negara kat tingkat berapa?” Tanya Waffey.
“Oh Jabatan Akauntan Negara kat tingkat lima, enam, sepuluh dan sebelas,” Beritahu Pengawal keselamatan itu.
“Emm unit pentadbiran jabatan tu kat tingkat berapa pulak?” Tanya Waffey lagi.
“Entahlah saya pun tak berapa nak tahu sangat pasal tu,” Balas pengawal itu semula.
“Tak apalah kalau macam tu, terima kasih ya,”
Waffey menuju ke tingkat lima dan dimaklumkan oleh petugas yang berada di situ supaya melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat pengarah yang terletak di tingkat enam dan Waffey yang baru pertama kali ditukarkan menurut sahaja tanpa banyak bicara.
“Asalamualaikum saya Abdul Waffey Bin Abdul Aziz dari Jabatan Akauntan Negara Putrajaya nak melapor diri di sini,” Ujar Waffey memperkenalkan diri kepada seorang petugas wanita yang sedang duduk dikaunter penyambut tetamu.
“Oh nama saya Khalilah..emm kalau macam tu awak duduk dulu sebab pengarah tak ada hari ini sebab ada urusan di Melaka…awak di tempatkan di unit mana?”
“Unit akaun dan gaji,” Jawab Waffey ringkas.
Waffey duduk dikerusi tetamu sementara menunggu Khalilah menghubungi pengarah. Dia teringat kembali ketika mana dia sedang menunggu giliran untuk ditemuduga ketika memohon jawatan sebagai pemabantu dahulu, yang mana sebelum itu dia baru sahaja berjaya menamatkan pengajian diperingkat diploma perakaunan dari Politeknik Merlimau Melaka.
Ramai dikalangan rakan-rakannya pada ketika itu mahukannya untuk menyambung lagi pengajiannya diperingkat ijazah dan tidak menyokong keputusannya untuk terus bekerja tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu Waffey meneruskan jua niatnya itu.
“Waffey, pengarah beritahu saya awak boleh melapor diri dengan ketua unit akaun dan gaji ditingkat lima,” Beritahu Khalilah sebaik sahaja dia menghubungi pengarah.
“Okey Khalilah, terima kasih,” Ujar Waffey lalu bingkas bangun menuju ke tingkat lima.
Waffey melangkah masuk kedalam unit akaun dan gaji sambil mempamerkan senyuman kepada petugas yang telah menyuruhnya naik ke tingkat enam sewaktu mula-mula dia datang tadi.
“Nama saya Azza…emmm apa kata pengarah?”
“Nama saya Waffey dari Putrajaya. Dia suruh saya melapor diri dengan ketua unit ni. Pejabat dia kat mana ya?”
“Oh awak jalan terus kemudian belok kanan,” Beritahu Azza lalu dengan segera Waffey meneruskan langkahnya menuju ke pejabat ketua unit untuk melaporkan diri.
Tuk Tuk Tuk
“Masuk,” Kedengaran suara menyuruh Waffey masuk.
Waffey pantas memusing tombol pintu lalu melangkah masuk kedalam pejabat tersebut, namun begitu langkahnya terpaku sebaik sahaja dia melihat rupa wajah gerangan wanita yang duduk di atas kerusi ketua unit akaun dan gaji itu serentak dengan itu seribu bayangan silam muncul satu persatu difikirannya lalu tanpa sedar bibirnya menyebut nama seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya dahulu.
Wanita tersebut juga turut terkejut melihat Waffey berdiri dihadapannya…………………(bersambunng)
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

3 comments:

  1. nice,,,,bile ade smbunggannye ni,,,

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak-banyak, Nantikan sambungannya pada hari khamis 02/11/2010 terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

    ReplyDelete