Memori Yang Berlalu: Episod 2- Sahabat baru.
Waffey pantas memusing tombol pintu lalu melangkah masuk kedalam pejabat tersebut, namun begitu langkahnya terpaku sebaik sahaja dia melihat rupa wajah gerangan wanita yang duduk di atas kerusi ketua unit akaun dan gaji itu serentak dengan itu seribu bayangan silam muncul satu persatu difikirannya lalu tanpa sedar bibirnya menyebut nama seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya dahulu.
Wanita tersebut juga turut terkejut melihat Waffey berdiri dihadapannya.
“Fatin?” Getus hati Waffey perlahan.
“Ya boleh saya bantu awak?” Tanya Fatin tanpa memandang ke arah wajah Waffey.
“Oh nama saya…………..”
“Abdul Waffey Bin Abdul Aziz, betul?” Pintas Fatin.
“Saya ditukarkan ke unit ini dan diminta untuk melapor diri pada hari ini,” Ujar Abdul Waffey dengan bersahaja dia melangkah ke hadapan menarik kerusi lalu duduk dihadapan Fatin .
“Awak ada bawa dokumen-dokumen yang berkenaan?”
Waffey lantas mengeluarkan dokumen-dokumen yang disimpannya didalam fail yang dibawanya lalu diserahkan kepada Fatin.
“Emm nampaknya awak dah jauh berubah sekarang ni ya,” Ujar Waffey sebaik sahaja dokumen yang berada dalam pegangannya telah berpindah tangan.
“Manusia memang sentiasa berubah. Kadangkala berubah ke arah kebaikan dan ada juga yang berubah ke arah keburukan. Tapi masalahnya zaman sekarang ni tak ramai yang berubah untuk menjadi lebih baik,”
Waffey tersenyum sinis tatkala mendengar tutur kata yang telah diucapkan oleh Fatin tersirat dengan seribu makna.
“Kenapa senyum?” Tanya Fatin kehairanan diwaktu dia melihat senyuman sinis terpancar dari bibir Waffey.
“Adakah ayat awak tadi tu berkenaan dengan apa yang telah kita lalui bersama empat tahun yang lalu? Saya tahu awak masih marahkan saya, tapi tuhan maha kaya dia tahu saya tak bersalah maka hari ini dia pertemukan kita sekali lagi untuk menunjukkan segala kebenaran,”
Fatin tidak membalas sebaliknya dia menyibukkan dirinya dengan memeriksa dokumen-dokumen yang telah Waffey serahkan sebentar tadi.
“Tak sangka hari ini awak lebih berjaya dari saya. Mahu atau tidak saya kena panggil awak ‘Cik’ sebagai ketua unit yang paling saya hormati serta sanjungi,” Sindir Waffey setelah dia melihat Fatin hanya mendiamkan dirinya.
“Oh tahu pun, dah tu sedarlah diri sikit dan satu lagi saya tak mahu tahu dan tak ingin tahu apa kebenaran yang awak nak merepek dengan saya pagi-pagi buta ni,”
“Sedar tak sedar, bukankah dulu saya yang tak berpangkat ni..……..”
“Cukup!! Waffey tolonglah faham, saya nak bekerja dengan tenang. Apa yang berlaku empat tahun lalu telahpun saya padamkan dengan air mata saya yang telah kering. Saya harap kita bersikap lebih professional apatah lagi sekarang ni kita telah ditetapkan bertugas dalam satu bumbung,” Pinta Fatin sambil wajahnya tegas merenung ke arah Waffey.
Waffey menghela nafasnya kemudian tidak lama selepas itu dia cuba berpenampilan seperti biasa seketika kemudian masing-masing mendiamkan diri, hanya kedengaran bunyi komputer dan kipas penyaman udara sibuk berfungsi menjalankan tugasnya mengikut apa yang telah diprogramkan.
“Berapa lama awak berkhidmat dengan jabatan ni?” Tanya Fatin memecahkan kesunyian yang melanda seketika tadi.
“Masuk bulan sebelas ni genaplah empat tahun saya berkhidmat dengan jabatan ini,” Jawab Waffey.
“Eh mana awak punya surat pengesahan lapor diri?”
“Minta maaf Cik Fatin, saya tertinggal dirumah,” Kata Waffey berterus-terang dengan perasaan sedikit janggal kerana terpaksa memanggil ‘Cik’.
“Hari pertama dah buat silap bagus,” Sindir Fatin dengan nada yang selamba.
Sungguhpun ayat yang dilontarkan oleh Fatin itu ringkas tetapi cukup membuatkan halwa telinga Waffey panas membara lagi berbisa.
“Saya minta maaf Cik, saya tak sengaja,”
Fatin tidak membalas sebaliknya tangannya mencapai gangang telefon lalu meminta pembantunya masuk ke pejabatnya.
“Syafik, saya kenalkan ini pembantu tadbir kewangan kita yang terbaru. Awak tolong tunjukkan tempatnya,” Pinta Fatin kepada Syafik yang merupakan pembantu kanan kewangan di unit akaun dan gaji Jabatan Akauntan Negara Cawangan Johor.
“Nama aku Waffey,” Ujar Waffey menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Syafik.
“Ha Waffey jom ikut aku,”
Waffey mengekori Syafik keluar dari pejabat Fatin menuju ke tempat kerjanya.
“Kau dulu dari mana?” Tanya Syafik.
“Putrajaya,”
“Ibu pejabat?” Tanya Syafik lagi.
Waffey menganggukkan kepalanya.
“Hmm sekarang ni duduk kat mana?”
“Kota Tinggi,”Jawab Waffey ringkas.
“Lah.. apasal jauh sangat?” Tanya Syafik sedikit terkejut.
“Aku tak sempat nak cari rumah sewa kat sini, semuanya last minute,tadi pun aku pergi kerja naik bas, kereta aku dah tiga hari tersadai kat bengkel,”
“Apa kata kau pindah jelah kat rumah sewa aku. Rumah aku kat Nusajaya at least dekat sikit kau nak pergi kerja,” Cadang Syafik.
“Hmm okey jugak cadangan kau tu tapi……………………..bersambung……..
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
waaa semakin menarikk,,x sbr nk tggu smbungannye plak,,,, :)
ReplyDeletedi atas permintaan ramai..RSP sedang mencuba untuk membuat penambahbaikan dari segi gaya bahasa agar tidak terlalu klise, oleh itu RSP akan cuba menggunapakai beberapa ayat yang lebih standard 'berbunga-bunga' dalam episod-episod yang akan datang...teruskan membaca
ReplyDelete