Tuesday, March 22, 2011

EPISOD 26 - WAKTU KEBENARAN SEDANG MENYUSUL



Tuk tuk tuk
Kedengara pintu pejabat diketuk.
“Encik Amran, saya dah siapkan semua dokumen tu, so kerja kita di sini semuanya dah selesai,”
“Oh terima kasih, ada apa-apa lagi yang kita perlu selesaikan sebelum kita pulang ke selatan?” Soal Amran kepada orang bawahannya.
“Tak encik,”
“Awak dah tempah tiket pulang?”
“Sudah, semua saya dah uruskan,”
*******************
“Mana Waffey dengan Amran?” Soal Farah kehairanan tatkala melihat Cuma Syafik, Suhafizah, Fatin serta kerabat keluarganya yang terdekat saja hadir.
“Amran masih dalam penerbangan ke Senai…dia minta aku sampaikan salam maaf dia sebab tak dapat nak hadir sama jemput kau keluar dari hospital,” Beritahu Fatin.
“Oh ya, Waffey ada hal sikit di pejabat. Sedang uruskan pelanggan yang buat temujanji dengannya hari ini,” Beritahu Syafik pula.
Farah menganggukkan kepala tanda mengerti lalu dia lantas mengekori ibunya dari arah belakang menuju ke tempat meletak kereta namun begitu hatinya masih lagi merasakan kurang enak tatkala mengenangkan kembali mimpi yang dialaminya malam tadi hingga membuatkan dia teringat akan sesuatu kesilapan yang pernah dia lakukan di masa lampau.
Ketika tiba dirumah pun Farah masih tetap mendiamkan dirinya, langsung tidak keluar dari bilik. Masing-masing yang ada dirumahnya hanya membiarkan sahaja dia bersikap begitu kerana menganggap bahawa Farah perlu berehat. Hanya Suhafizah sahaja yang dapat membaca kerisauan yang terselindung dihati Farah.
“Asalamualaikum,”
“Waalaikumsalam…oh kau rupanya, so macam mana?”
“Beres,” Jawab Waffey masih lagi tercegat dihadapan pintu.
“Kau diri kat luar ni buat apa, masuklah…” Pelawa Suhafizah.
“Farah ada?”
Suhafizah mengangguk lalu segera menghilangkan diri ke dapur. Waffey dapat melihat sedikit perubahan terhadap Suhafizah sebaik sahaja sepupunya Farah sedar dari komanya. Kelihatan dia semakin ceria.
Waffey merebahkan punggungnya diatas kerusi tamu sementara itu Suhafizah pula muncul dari arah dapur seraya membawa dua cawan kopi suam.
“Alhamdulillah, dapat juga kita kontrak Liam International tu,” Ujar Suhafiza lalu menghulurkan cawan kopi tersebut kepada Waffey namun entah bagaimana tangan mereka saling bersentuhan secara tak sengaja ketika Waffey menyambut huluran itu.
Masing-masing tunduk tersipu-sipu lalu suasana sepi seketika dan beberapa ketika kemudian Waffey membuka mulut meminta maaf.
“Kak Farah panggil abang dengan Kak Fizah naik,” Beritahu Farhana yang baru sahaja turun dari atas.
Waffey bingkas bangun begitu juga Suhafizah lalu mereka berdua bergerak menuju ke bilik Farah yang terletak ditingkat atas.
“Fizah…Waffey untung korang berdua ada, aku sebenarnya ada satu perkara yang dah lama aku diamkan…” Kata Farah.
Waffey dan Suhafizah tersenyum serentak….
........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

Tuesday, March 8, 2011

episod 25 - Misteri kisah silam

 “Sekarang ni macam mana keadaan kau Farah?” Tanya Suhafizah. Pandangannya kini ditumpukan kembali kepada sepupunya itu.
“Entahlah, tak banyak yang aku ingat,” Beritahu Farah ringkas.
“Nasib baik kitaorang ni kau kenal lagi,” Gurau Fatin membuatkan Farah tergelak kecil.
“Mana boleh aku lupa korang….tak apa minggu depan aku dah boleh keluar,”
“Betul ke? Alhamdulillah,”
“Aku tumpang gembira Farah,” Ujar Fatin pula.
************
“Baiklah saya akan balik segera, lagipun kerja saya kat sini dah pun habis, insyaallah esok saya akan bertolak dari sini…” Beritahu Amran kepada Fatin melalui telefon bimbitnya.
“Kalau macam tu saya tunggu awak kat airport….
“Tak apa Fatin, nanti pemandu company yang akan jemput saya. Awak jumpa saya di hospital,” Ucap Amran lalu menamatkan perbualan.
Amran menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun daripada duduknya lalu merapati tingkap bilik hotel. Direnungnya ke arah luar tingkap, kelihatan jalan dibandar Kangar agak lengang namun begitu fikirannya bukan tertumpu kepada lalulintas dibandar itu sebaliknya dia terbayang akan peristiwa empat tahun lepas dimana petang sebelum Farah melangkah kaki meninggalkan asramanya.……………………………………..

Sedang Amran termengah-mengah mengatur nafasnya berjogging sekitar jalan di dalam kawasan asrama tiba-tiba dia terlihat akan Farah sedang menggalas beg besar dibelakangnya.
“Kau nak kemana ni Farah?”  Soal Amran ketika masing-masing terserempak di pagar utama Politeknik.
“Eh….Kau rupanya Amran aku ingatkan siapalah tadi…..Aku nak balik ke Johor Bahru, ada hal sikit..bukan main berpeluh kau? Jogging ke?”
“Ya jogging….hal apa?”
“Adalah, tapi sebelum itu aku nak ingatkan kau apa yang aku beritahu dulu,” Ujar Farah lalu berganjak ke tepi pondok pengawal keselamatan dan diekori oleh Amran.
“Hal apa? Pasal Waffey?” Soal Amran mahukan kepastian.
“Yalah...tolonglah Amran aku tak nak Fatin dikecewakan. Waffey bukan lelaki yang baik, dia tu kaki perempuan,”
Amran mengerutkan dahinya, sukar untuk mempercayai kata-kata Farah namun begitu Farah sentiasa berkata benar, dia memang seorang yang baik, pintar dan selalu mendapat pujian daripada pensyarah.
“Macam yang aku kata dulu, Waffey memang ada ramai kawan perempuan tapi itu hanyalah kawan…kau sendiri tahu dia wakil pelajar, selain dari ketua blok asrama lelaki, dia juga biro kebajikan sosial penghuni asrama…wajarlah kalau ramai pelajar perempuan berkomunikasi dengan dia,”
“Macam mana pula dengan Suhafizah? Sejak akhir-akhir ni diorang memang rapat,” Soal Farah masih tidak berganjak dari pendiriannya.
“Mereka rakan setugas…rakan sekelas pun ya,” Balas Amran lalu menyeka peluhnya.
Farah kelihatan sudah berputus asa dalam usahanya untuk menyakinkan Amran, dia mengorak langkah keluar dari pagar Politeknik lalu berjalan menuju ke tempat menunggu bas berhampiran seraya diperhatikan oleh Amran dari Jauh.
Amran menyejukkan badannya disitu lalu menuju ke kaunter pos pengawal untuk menyemak sekira adanya surat-surat yang diposkan kepada dia. Kebetulan dah sampai ke situ, rasa malas pula nak pergi menyemak pada esok hari.
“Rajin adik jogging..” Sapa pengawal keselamatan yang betugas dengan mesra.
“Alah..biasalah pak cik, nak jaga kesihatan,”
Namun selang beberapa minit kemudian dia dikejutkan dengan kehadiran Farah secara tiba-tiba meminta buku daftar pergerakan pelajar daripada pengawal yang sedang betugas.
“Cepatnya kau balik Johor Bahru? tak sampai lima belas minit,” Ujar Amran separa menyindir membuatkan pengawal disitu tergelak kelucuan.
“Mak aku telefon, dia tak ada kat rumah,” Balas Farah sambil menandatangani akuan masuk di buku daftar itu.
“Sampai bila mak kau tak ada?”
“Kenapa tanya?”
“Tak adalah sebab esok aku nak balik Muar….aku cadang nak ajak kau saing ke stesen bas Merlimau...itupun kalau kau nak balik esoklah,”
“Oh mak aku ke rumah mak cik akulah….esok dia adalah…kalau macam tu aku setuju dengan cadangan kau,”
Pada keesokan harinya sebaik sahaja Amran sampai di rumah dia dikejutkan dengan berita yang menyatakan Farah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Pada mulanya sukar untuk dia mempercayai perkhabaran itu kerana dia dan Farah berada dalam satu bas yang sama. Setelah dimaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku di Segamat, dia terkejut dan akal fikirannya mula serabut.
“Kau ni dah kenapa Amran? Cubalah masuk dulu,” Ujar ibu Amran ketika menyambut kepulangan anaknya itu.
“Mak, jom kita ke Segamat sekarang ni mak..” Pinta Amran lantas masuk ke rumah mencapai kunci kereta ayahnya yang tersangkut dibelakang pintu.
“Dah kenapa pulak kita nak ke Segamat? Kau baru sampai,”
“Bas yang Amran naik tadi kemalangan di sana,”



“Apa kaitannya dengan kau?” Soal ibunya semula tidak mengerti.
“Kawan Amran pun ada dalam bas tu…dia nak balik JB,” Balas Amran lalu bergegas pergi menghidupkan enjin kereta ayahnya…………………….


Tuk tuk tuk
“Encik Amran, saya dah siapkan semua dokumen tu, so kerja kita di sini semuanya dah selesai,”
........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

Monday, March 7, 2011

EPISOD 11






Hisyam tersenyum sinis seraya memetik tali gitarnya satu persatu. Tanpa menoleh ke arah Dino lalu dia menjawab soalan rakan sekerjanya itu.
“Bukannya selalu aku buat persembahan, dah ada kesempatan ni, apa salahnya kalau aku layan sampai dua biji sekali, baru gempak.”
“Eh kau ni..kan dah banyak kerja macam ni,”
“Ada aku kisah…dah cepat! Jangan nak membebel kat sini. Orang kat senibong dah mula perfome kita kat sini soundcheck pun tak buat lagi,”
Dino bingkas bangun menurut perintah Hisyam. Dia juga turut risau dalam keadaan macam ni, mahu saja dia ingin menempik Hisyam kerana kebodohannya membiarkan pemuzik-pemuzik baru melakukan kerja yang belum pernah mereka lakukan.
Setelah dua puluh minit akhirnya mereka memulakan persembahan. Persembahan pertama dibuka dengan membawa lagu silaturrahim kemudiannya diikuti dengan lagu lena diulit intan dan seterusnya lagu opera hidup sebelum Amirul memohon keizinan dari para pemuzik untuk membuat sedikit ucapan.
“Asalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan. Terima kasih keran sudi datang ke majlis hari jadi anak saya. Pada malam ini juga kita dihiburkan dengan muzik yang didendangkan oleh sebuah kumpulan kugiran yang didatangkan khas dari sini juga, sila beri tepukan kepada kumpulan gitar rancak yang datang  dari studio The Jb-Universe Sendirian Berhad,” Ucap Amirul lantas disambut dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Hisyam dan pemuzik-pemuziknya.
“Tapi majlis kita pada malam ini pasti tidak meriah sekiranya orang yang diraikan tidak tampil memberi ucapan bukan? Jadi dari itu saya menjemput anak saya yang diraikan pada hari ini untuk naik ke pentas memberi sepatah dua kata,” Ucap Amirul lagi dan disambut dengan sorakan dari tetamu-tetamu yang hadir.
Alangkah terkejutnya Hisyam ketika itu apabila melihat Aina bangun lalu menuju ke pentas, dengan pantas dia menoleh ke arah banner yang direntang dibelakang pentas.
Selamat Datang Ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Aina Syazliana Binti Amirul….
“Patutlah macam aku pernah dengar nama ni…macam mana aku boleh tak perasan?” Getus Hisyam.
“Terima kasih kerana sudi datang ke majlis saya hari ini, sebenar saya sangat terharu sekali kerana inilah pertama kali majlis sambutan ulang tahun saya disambut dengan meriah, siap ada band lagi tu, jadi saya pun tak fikir untuk berucap panjang. Akhir kata dari saya, enjoy the party.
Aina kembali semula ke tempat duduknya manakala Amirul pula memberikan isyarat supaya Hisyam menyambung kembali persembahannya. Dengan segera mereka menyambung semula persembahan dengan lagu-lagu rancak, ada juga diselitkan dengan lagu-lagu sedih diatas permintaan tetamu yang hadir. Malam itu pasti menjadikan satu kenangan terindah buat Hisyam kerana dia berpeluang bertemu dengan Aina buat kali kedua.
“Awak dah nak balik?” Soal Aina ketika mana Hisyam sedang bersiap-siap mengemas peralatan untuk berangkat pulang ke studio.
“Ya…tak sangka pula kita berjumpa di sini ya?”
“Saya memang dah lama nampak awak kat sini tadi, cuma awak saja yang tak perasan,” Balas Aina.
“Oh ya ke? Sorrylah,” Malu-malu kucing Hisyam dibuatnya. Bukannya tidak pernah dia bersembang dengan perempuan tapi kali ini entah kenapa lain benar rasanya.
“Saya tak sangka pula awak pandai bermain gitar,”
“Awak tak pernah tanya,” Ujar Hisyam semakin mesra.
Dino tersenyum geli hati melihat kelakuan Hisyam ketika itu. Dia yang hanya jauh beberapa meter disebelah Hisyam berpura-pura sedang mengulung wayar untuk berada lebih lama disitu bagi membolehkan dia terus memerhatikan Hisyam.
“Oh ya, saya nak minta maaf sekali lagi sebab….”
“Sebab apa?” Pintas Aina. Saat itu dua mata saling bertentangan, masing-masing bagaikan hanyut di alam khayalan. Saat itu juga Hisyam dapat rasakan bahawa dia telah bertemu dengan seorang bidadari kayangan yang mampu membahagiakan dia.
“Syam, kami dah siap, jom gerak,” Kata Dino lantas membuatkan Hisyam tersedar dari lamunannya.

.........BERSAMBUNG .................

nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

Wednesday, March 2, 2011

EPISOD 24 - LAWATAN FATIN





“Eh Fizah, terlupa aku….” Fatin menyeluk beg tangannya lalu menyerahkan sampul surat berisi kad jemputan perkahwinannya kepada Suhafizah.
“Aku nak kahwin bulan depan..Kau jangan lupa datang,”
Suhafizah menyambut huluran Fatin  dan menatap kepingan kad jemputan itu bagi memastikan samaada benar apa yang didengarinya.
“Awalnya? Bukan tahun depan ke kau kahwin?” Soal Suhafizah.
Fatin menyisip cawan kopi panasnya kemudian dia menghela nafas seketika. Pandangannya dialihkan seketika diluar. Entah bagaimana harus dia menjawab soalan Suhafizah itu sedangkan dia sendiri bingung dengan kemahuan Amran yang menginginkan tarikh perkahwinan mereka dipercepatkan.
“Hello I am talking to you now,”
“Hah? Kau cakap dengan aku ke? Sorry aku tak dengar,” Fatin berdalih.
“Tak ada apalah,” Ucap Suhafizah terasa pula dirinya terlalu menyibuk akan hal orang lain.
Fatin mengerutkan dahinya seketika kemudiannya tersenyum. Dia segera menghabiskan kopi panasnya yang sudahpun suam. Begitu juga dengan Suhafizah sebaik sahaja melihat jam sudahpun menunjukkan pukul 1.45 petang menandakan waktu rehat sudah semakin sampai kepada penghujungnya.
“Kau lepas ni nak kemana?” Soal Fatin.
“Balik pejabatlah…kenapa?”
“Boleh tak kau temankan aku jumpa Farah?” Pinta Fatin. Matanya merenung tepat ke wajah Suhafizah.
“Hmmm……bagus juga, tapi sayang Farah belum sembuh….jika tidak sudah tentu segala kekalutan empat tahun lepas bakal terungkai…..” Suhafizah bermonolog sendirian di dalam hatinya.
“Ei! Kau ni mengelamun pulak..boleh tak?”
“Ya boleh jom kita pergi sekarang,” Balas Suhafizah membuatkan Fatin tersenyum kegembiraan.
Sementara itu Waffey yang berada dipejabatnya sedang sibuk menyudahkan tugas-tugasnya. Jika dibandingkan suasana ketika dia bekerja di sektor awam kerajaan dahulu kerjanya tidaklah sesibuk ini. Dia benar-benar nekad menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan ini dengan menolak jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Tambah pula dia cuba untuk melupakan Fatin yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
Ini kerana belum tentu Farah yang baru sedar dari koma akan mampu memperbetulkan keadaan empat tahun lepas. Terasa menyesal pula bila dia cuba sekali lagi menaruh harapan setelah fikirannya sudah bebas dari kisah silam itu.
Tuk tuk tuk
Abu terpacul dimuka pintu bilik pejabat Waffey membuatkan Waffey sedikit terkejut.
“Kau rupanya Abu...terkejut aku,”
Abu tergelak kecil begitu juga dengan Waffey kemudian dia melangkah masuk kedalam untuk menyerahkan surat-surat syarikat.
“Encik Waffey, mana Cik Fizah? Tak pula saya nampak dia kat pejabat lepas makan tengah hari ni,”
“Eh dia tak ada kat pejabat?”
“Ya betul, saya tanya sebab ada surat untuk dia dari England,” Ujar Abu.
“Oh mungkin daripada teman sepengajiannya disana kot,”
“Agaknyalah tu,”
***************
“Kenapa kau tak ajak Amran jenguk Farah kat sini?” Tanya Suhafizah kepada Fatin. Ketika mereka sedang berjalan dari ruang legar hospital menuju ke wad sembilan.
“Dia outstation sekarang ni dia ada kat Perlis, minggu depan baru dia balik,”
“Ooo,”
“Fizah, kau pergi dulu, aku nak ke tandas ni, dah tak tahan nak terkencing,” Ujar Fatin kemudian pantas berlalu dari situ.
Farah yang sedang termenung sendirian di birai katil sedikit terkejut dengan kedatangan sepupunya. Tidak sabar rasanya nak dia maklumkan kepada sepupunya yang dia bakal keluar minggu hadapan.
“Ya allah Fizah, nasib baik kau datang, aku bosan duduk sorang-sorang kat sini,”
“Alah, kebetulan Fatin nak jenguk kau kat sini, aku just temankan dia,” Ucap Suhafizah lalu menarik kerusi disebelah katil Farah.
“Fatin datang sekali, mana dia?” Soal Farah semula.
“Aku pergi toilet jap,” Beritahu Fatin yang muncul dari pintu bilik rawatan. Serentak dengan itu pandangan Suhafizah dan Farah tertumpu ke arah Fatin.
“Sekarang ni macam mana keadaan kau Farah?” Tanya Suhafizah. Pandangannya kini ditumpukan kembali kepada sepupunya itu.
“Entahlah, tak banyak yang aku ingat,” Beritahu Farah ringkas.
........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

Monday, February 28, 2011

EPISOD 23 - SECEBIS MASA




“Kita kena bagi masa kepada Farah, dia baru saja sedar, biarlah dia generate dulu fikiran dia,” Terang Doktor Suresh.
Suhafizah dan Waffey mengangguk tanda mengerti lantas Farhana yang berdiri disebelah ibunya berkata.
“Alah macam enjin keretalah, kena tunggu panas baru boleh jalan, kalau main hentam saja alamatnya jahanam enjin kereta tu…”
Masing-masing disitu tertawa serentak dihiburkan dengan keletah Farhana namun begitu ianya tidak mampu untuk menghilangkan segelumit kerisauan dibenak Waffey.
“Apa yang kau risaukan tu Waffey?”
“Risau?”
“Aku boleh nampak dari sinar mata kau Waffey,” Ujar Suhafizah.
Waffey mendiamkan dirinya lantas mengekori Mak Long Timah dan yang lain-lain melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Farah. Namun begitu sempat Suhafizah membisikkan sesuatu ditelinga Waffey.
“Jangan risau Waffey. Farah akan bantu kita nanti,”
Waffey mengangguk perlahan dan meneruskan langkahnya. Di birai katil kelihatan Farah sedang duduk termangu seketika namun dikejutkan dengan kehadiran pelawatnya.
“Mak……” Getus Farah perlahan tapi masih mampu didengari oleh Ibunya.
“Er..Farah kami cuma melawat, Farah berehatlah dulu ya,” Ucap Mak Long Timah lembut.
“Berapa lama ya agaknya?” Soal Farah lagi dengan pandangannya dihalakan ke luar tingkap, teringin pula dia untuk melangkah keluar dari bilik rawatan itu setelah terkurung lama tapi tubuhnya masih lagi terasa lemah. Barangkali sudah terlalu lama dia tidak mengerakkan tubuhnya sehinggakan ototnya menjadi lenguh tatkala digerakkan.
“Apa yang lama?” Soal Farhana.
“Farah kat sini,” Balas Farah.
“Empat tahun,” Jawab puan Farizah.
“Badan Farah lemah, rasa lenguh satu badan,”
“Sabarlah nanti lambat laun nanti pulihlah,”
Farah terdiam seketika, melihatkan keadaan seperti itu, Puan Farizah teringin menanyakan sesuatu tapi niatnya terbantut tatkala Farah membuka mulutnya bertanya semula.
“Berapa lama agaknya Farah kat sini?”
Suhafizah menjawab kembali soalan Farah itu dan kemudiannya mendengar keluhan daripada Farah yang menyatakan badannya lenguh dan lemah. Syafik yang sedari tadi tidak bersuara mula merasa sayu dengan keadaan Farah seperti itu lantas dia melangkah keluar seraya diperhatikan Waffey. Ingin diekorinya langkah Syafik namun dengan pantas tangan Suhafizah menyambarnya.
“Biarkan Waffey, kepala dia runsing tu,”
*************
“Kau biar betul Fizah?!.....kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?” Soal Fatin ketika mereka berdua keluar makan bersama.
“Aku terlupa nak beritahu kau. Terkejut dengar berita tu,”
“Aik? Waffey dengan Syafik sempat pula kau beritahu…”
“Alah itu kebetulan jelah,”
Fatin mengangguk-anggukan kepalanya lantas menghadiahkan senyuman kepada rakannya beberapa saat kemudian baru diteringat sesuatu perkara.