Monday, March 7, 2011

EPISOD 11






Hisyam tersenyum sinis seraya memetik tali gitarnya satu persatu. Tanpa menoleh ke arah Dino lalu dia menjawab soalan rakan sekerjanya itu.
“Bukannya selalu aku buat persembahan, dah ada kesempatan ni, apa salahnya kalau aku layan sampai dua biji sekali, baru gempak.”
“Eh kau ni..kan dah banyak kerja macam ni,”
“Ada aku kisah…dah cepat! Jangan nak membebel kat sini. Orang kat senibong dah mula perfome kita kat sini soundcheck pun tak buat lagi,”
Dino bingkas bangun menurut perintah Hisyam. Dia juga turut risau dalam keadaan macam ni, mahu saja dia ingin menempik Hisyam kerana kebodohannya membiarkan pemuzik-pemuzik baru melakukan kerja yang belum pernah mereka lakukan.
Setelah dua puluh minit akhirnya mereka memulakan persembahan. Persembahan pertama dibuka dengan membawa lagu silaturrahim kemudiannya diikuti dengan lagu lena diulit intan dan seterusnya lagu opera hidup sebelum Amirul memohon keizinan dari para pemuzik untuk membuat sedikit ucapan.
“Asalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan. Terima kasih keran sudi datang ke majlis hari jadi anak saya. Pada malam ini juga kita dihiburkan dengan muzik yang didendangkan oleh sebuah kumpulan kugiran yang didatangkan khas dari sini juga, sila beri tepukan kepada kumpulan gitar rancak yang datang  dari studio The Jb-Universe Sendirian Berhad,” Ucap Amirul lantas disambut dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Hisyam dan pemuzik-pemuziknya.
“Tapi majlis kita pada malam ini pasti tidak meriah sekiranya orang yang diraikan tidak tampil memberi ucapan bukan? Jadi dari itu saya menjemput anak saya yang diraikan pada hari ini untuk naik ke pentas memberi sepatah dua kata,” Ucap Amirul lagi dan disambut dengan sorakan dari tetamu-tetamu yang hadir.
Alangkah terkejutnya Hisyam ketika itu apabila melihat Aina bangun lalu menuju ke pentas, dengan pantas dia menoleh ke arah banner yang direntang dibelakang pentas.
Selamat Datang Ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Aina Syazliana Binti Amirul….
“Patutlah macam aku pernah dengar nama ni…macam mana aku boleh tak perasan?” Getus Hisyam.
“Terima kasih kerana sudi datang ke majlis saya hari ini, sebenar saya sangat terharu sekali kerana inilah pertama kali majlis sambutan ulang tahun saya disambut dengan meriah, siap ada band lagi tu, jadi saya pun tak fikir untuk berucap panjang. Akhir kata dari saya, enjoy the party.
Aina kembali semula ke tempat duduknya manakala Amirul pula memberikan isyarat supaya Hisyam menyambung kembali persembahannya. Dengan segera mereka menyambung semula persembahan dengan lagu-lagu rancak, ada juga diselitkan dengan lagu-lagu sedih diatas permintaan tetamu yang hadir. Malam itu pasti menjadikan satu kenangan terindah buat Hisyam kerana dia berpeluang bertemu dengan Aina buat kali kedua.
“Awak dah nak balik?” Soal Aina ketika mana Hisyam sedang bersiap-siap mengemas peralatan untuk berangkat pulang ke studio.
“Ya…tak sangka pula kita berjumpa di sini ya?”
“Saya memang dah lama nampak awak kat sini tadi, cuma awak saja yang tak perasan,” Balas Aina.
“Oh ya ke? Sorrylah,” Malu-malu kucing Hisyam dibuatnya. Bukannya tidak pernah dia bersembang dengan perempuan tapi kali ini entah kenapa lain benar rasanya.
“Saya tak sangka pula awak pandai bermain gitar,”
“Awak tak pernah tanya,” Ujar Hisyam semakin mesra.
Dino tersenyum geli hati melihat kelakuan Hisyam ketika itu. Dia yang hanya jauh beberapa meter disebelah Hisyam berpura-pura sedang mengulung wayar untuk berada lebih lama disitu bagi membolehkan dia terus memerhatikan Hisyam.
“Oh ya, saya nak minta maaf sekali lagi sebab….”
“Sebab apa?” Pintas Aina. Saat itu dua mata saling bertentangan, masing-masing bagaikan hanyut di alam khayalan. Saat itu juga Hisyam dapat rasakan bahawa dia telah bertemu dengan seorang bidadari kayangan yang mampu membahagiakan dia.
“Syam, kami dah siap, jom gerak,” Kata Dino lantas membuatkan Hisyam tersedar dari lamunannya.

.........BERSAMBUNG .................

nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment