“Eh Fizah, terlupa aku….” Fatin menyeluk beg tangannya lalu menyerahkan sampul surat berisi kad jemputan perkahwinannya kepada Suhafizah.
“Aku nak kahwin bulan depan..Kau jangan lupa datang,”
Suhafizah menyambut huluran Fatin dan menatap kepingan kad jemputan itu bagi memastikan samaada benar apa yang didengarinya.
“Awalnya? Bukan tahun depan ke kau kahwin?” Soal Suhafizah.
Fatin menyisip cawan kopi panasnya kemudian dia menghela nafas seketika. Pandangannya dialihkan seketika diluar. Entah bagaimana harus dia menjawab soalan Suhafizah itu sedangkan dia sendiri bingung dengan kemahuan Amran yang menginginkan tarikh perkahwinan mereka dipercepatkan.
“Hello I am talking to you now,”
“Hah? Kau cakap dengan aku ke? Sorry aku tak dengar,” Fatin berdalih.
“Tak ada apalah,” Ucap Suhafizah terasa pula dirinya terlalu menyibuk akan hal orang lain.
Fatin mengerutkan dahinya seketika kemudiannya tersenyum. Dia segera menghabiskan kopi panasnya yang sudahpun suam. Begitu juga dengan Suhafizah sebaik sahaja melihat jam sudahpun menunjukkan pukul 1.45 petang menandakan waktu rehat sudah semakin sampai kepada penghujungnya.
“Kau lepas ni nak kemana?” Soal Fatin.
“Balik pejabatlah…kenapa?”
“Boleh tak kau temankan aku jumpa Farah?” Pinta Fatin. Matanya merenung tepat ke wajah Suhafizah.
“Hmmm……bagus juga, tapi sayang Farah belum sembuh….jika tidak sudah tentu segala kekalutan empat tahun lepas bakal terungkai…..” Suhafizah bermonolog sendirian di dalam hatinya.
“Ei! Kau ni mengelamun pulak..boleh tak?”
“Ya boleh jom kita pergi sekarang,” Balas Suhafizah membuatkan Fatin tersenyum kegembiraan.
Sementara itu Waffey yang berada dipejabatnya sedang sibuk menyudahkan tugas-tugasnya. Jika dibandingkan suasana ketika dia bekerja di sektor awam kerajaan dahulu kerjanya tidaklah sesibuk ini. Dia benar-benar nekad menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan ini dengan menolak jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Tambah pula dia cuba untuk melupakan Fatin yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
Ini kerana belum tentu Farah yang baru sedar dari koma akan mampu memperbetulkan keadaan empat tahun lepas. Terasa menyesal pula bila dia cuba sekali lagi menaruh harapan setelah fikirannya sudah bebas dari kisah silam itu.
Tuk tuk tuk
Abu terpacul dimuka pintu bilik pejabat Waffey membuatkan Waffey sedikit terkejut.
“Kau rupanya Abu...terkejut aku,”
Abu tergelak kecil begitu juga dengan Waffey kemudian dia melangkah masuk kedalam untuk menyerahkan surat-surat syarikat.
“Encik Waffey, mana Cik Fizah? Tak pula saya nampak dia kat pejabat lepas makan tengah hari ni,”
“Eh dia tak ada kat pejabat?”
“Ya betul, saya tanya sebab ada surat untuk dia dari England,” Ujar Abu.
“Oh mungkin daripada teman sepengajiannya disana kot,”
“Agaknyalah tu,”
***************
“Kenapa kau tak ajak Amran jenguk Farah kat sini?” Tanya Suhafizah kepada Fatin. Ketika mereka sedang berjalan dari ruang legar hospital menuju ke wad sembilan.
“Dia outstation sekarang ni dia ada kat Perlis, minggu depan baru dia balik,”
“Ooo,”
“Fizah, kau pergi dulu, aku nak ke tandas ni, dah tak tahan nak terkencing,” Ujar Fatin kemudian pantas berlalu dari situ.
Farah yang sedang termenung sendirian di birai katil sedikit terkejut dengan kedatangan sepupunya. Tidak sabar rasanya nak dia maklumkan kepada sepupunya yang dia bakal keluar minggu hadapan.
“Ya allah Fizah, nasib baik kau datang, aku bosan duduk sorang-sorang kat sini,”
“Alah, kebetulan Fatin nak jenguk kau kat sini, aku just temankan dia,” Ucap Suhafizah lalu menarik kerusi disebelah katil Farah.
“Fatin datang sekali, mana dia?” Soal Farah semula.
“Aku pergi toilet jap,” Beritahu Fatin yang muncul dari pintu bilik rawatan. Serentak dengan itu pandangan Suhafizah dan Farah tertumpu ke arah Fatin.
“Sekarang ni macam mana keadaan kau Farah?” Tanya Suhafizah. Pandangannya kini ditumpukan kembali kepada sepupunya itu.
“Entahlah, tak banyak yang aku ingat,” Beritahu Farah ringkas.
........................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment