Tuesday, March 8, 2011

episod 25 - Misteri kisah silam

 “Sekarang ni macam mana keadaan kau Farah?” Tanya Suhafizah. Pandangannya kini ditumpukan kembali kepada sepupunya itu.
“Entahlah, tak banyak yang aku ingat,” Beritahu Farah ringkas.
“Nasib baik kitaorang ni kau kenal lagi,” Gurau Fatin membuatkan Farah tergelak kecil.
“Mana boleh aku lupa korang….tak apa minggu depan aku dah boleh keluar,”
“Betul ke? Alhamdulillah,”
“Aku tumpang gembira Farah,” Ujar Fatin pula.
************
“Baiklah saya akan balik segera, lagipun kerja saya kat sini dah pun habis, insyaallah esok saya akan bertolak dari sini…” Beritahu Amran kepada Fatin melalui telefon bimbitnya.
“Kalau macam tu saya tunggu awak kat airport….
“Tak apa Fatin, nanti pemandu company yang akan jemput saya. Awak jumpa saya di hospital,” Ucap Amran lalu menamatkan perbualan.
Amran menyimpan semula telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun daripada duduknya lalu merapati tingkap bilik hotel. Direnungnya ke arah luar tingkap, kelihatan jalan dibandar Kangar agak lengang namun begitu fikirannya bukan tertumpu kepada lalulintas dibandar itu sebaliknya dia terbayang akan peristiwa empat tahun lepas dimana petang sebelum Farah melangkah kaki meninggalkan asramanya.……………………………………..

Sedang Amran termengah-mengah mengatur nafasnya berjogging sekitar jalan di dalam kawasan asrama tiba-tiba dia terlihat akan Farah sedang menggalas beg besar dibelakangnya.
“Kau nak kemana ni Farah?”  Soal Amran ketika masing-masing terserempak di pagar utama Politeknik.
“Eh….Kau rupanya Amran aku ingatkan siapalah tadi…..Aku nak balik ke Johor Bahru, ada hal sikit..bukan main berpeluh kau? Jogging ke?”
“Ya jogging….hal apa?”
“Adalah, tapi sebelum itu aku nak ingatkan kau apa yang aku beritahu dulu,” Ujar Farah lalu berganjak ke tepi pondok pengawal keselamatan dan diekori oleh Amran.
“Hal apa? Pasal Waffey?” Soal Amran mahukan kepastian.
“Yalah...tolonglah Amran aku tak nak Fatin dikecewakan. Waffey bukan lelaki yang baik, dia tu kaki perempuan,”
Amran mengerutkan dahinya, sukar untuk mempercayai kata-kata Farah namun begitu Farah sentiasa berkata benar, dia memang seorang yang baik, pintar dan selalu mendapat pujian daripada pensyarah.
“Macam yang aku kata dulu, Waffey memang ada ramai kawan perempuan tapi itu hanyalah kawan…kau sendiri tahu dia wakil pelajar, selain dari ketua blok asrama lelaki, dia juga biro kebajikan sosial penghuni asrama…wajarlah kalau ramai pelajar perempuan berkomunikasi dengan dia,”
“Macam mana pula dengan Suhafizah? Sejak akhir-akhir ni diorang memang rapat,” Soal Farah masih tidak berganjak dari pendiriannya.
“Mereka rakan setugas…rakan sekelas pun ya,” Balas Amran lalu menyeka peluhnya.
Farah kelihatan sudah berputus asa dalam usahanya untuk menyakinkan Amran, dia mengorak langkah keluar dari pagar Politeknik lalu berjalan menuju ke tempat menunggu bas berhampiran seraya diperhatikan oleh Amran dari Jauh.
Amran menyejukkan badannya disitu lalu menuju ke kaunter pos pengawal untuk menyemak sekira adanya surat-surat yang diposkan kepada dia. Kebetulan dah sampai ke situ, rasa malas pula nak pergi menyemak pada esok hari.
“Rajin adik jogging..” Sapa pengawal keselamatan yang betugas dengan mesra.
“Alah..biasalah pak cik, nak jaga kesihatan,”
Namun selang beberapa minit kemudian dia dikejutkan dengan kehadiran Farah secara tiba-tiba meminta buku daftar pergerakan pelajar daripada pengawal yang sedang betugas.
“Cepatnya kau balik Johor Bahru? tak sampai lima belas minit,” Ujar Amran separa menyindir membuatkan pengawal disitu tergelak kelucuan.
“Mak aku telefon, dia tak ada kat rumah,” Balas Farah sambil menandatangani akuan masuk di buku daftar itu.
“Sampai bila mak kau tak ada?”
“Kenapa tanya?”
“Tak adalah sebab esok aku nak balik Muar….aku cadang nak ajak kau saing ke stesen bas Merlimau...itupun kalau kau nak balik esoklah,”
“Oh mak aku ke rumah mak cik akulah….esok dia adalah…kalau macam tu aku setuju dengan cadangan kau,”
Pada keesokan harinya sebaik sahaja Amran sampai di rumah dia dikejutkan dengan berita yang menyatakan Farah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Pada mulanya sukar untuk dia mempercayai perkhabaran itu kerana dia dan Farah berada dalam satu bas yang sama. Setelah dimaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku di Segamat, dia terkejut dan akal fikirannya mula serabut.
“Kau ni dah kenapa Amran? Cubalah masuk dulu,” Ujar ibu Amran ketika menyambut kepulangan anaknya itu.
“Mak, jom kita ke Segamat sekarang ni mak..” Pinta Amran lantas masuk ke rumah mencapai kunci kereta ayahnya yang tersangkut dibelakang pintu.
“Dah kenapa pulak kita nak ke Segamat? Kau baru sampai,”
“Bas yang Amran naik tadi kemalangan di sana,”



“Apa kaitannya dengan kau?” Soal ibunya semula tidak mengerti.
“Kawan Amran pun ada dalam bas tu…dia nak balik JB,” Balas Amran lalu bergegas pergi menghidupkan enjin kereta ayahnya…………………….


Tuk tuk tuk
“Encik Amran, saya dah siapkan semua dokumen tu, so kerja kita di sini semuanya dah selesai,”
........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment