Thursday, December 9, 2010

cereka-Memori Yang Berlalu

Episod 4- Kenangan Suhafizah

 “Amran, apa yang telah Waffey lakukan kepada saya dahulu cukup perit bagi saya untuk menerimanya tapi kehadiran awak cukup membahagiakan saya dan saya nak awak tahu Amran, kisah cinta saya dan Waffey adalah satu kesilapan. Saya tak sepatutnya mengikut kata hati saya dan saya nak awak tahu juga yang saya adalah milik awak sepenuhnya cuma saya tak suka dengan sikap awak yang terlalu cemburu,” Luah Fatin dengan jujur.
Amran tersenyum membuatkan Fatin agak hairan.
“Kenapa?”
“Cemburu tandanya saya sayang kat awak,”
Fatin tidak menjawab sebaliknya hanya mencebikkan bibirnya di ikuti dengan tawa Amran.
*******
Suhafizah menarik bagasinya keluar dari pintu balai ketibaan di lapangan terbang Senai, lalu meneruskan langkahnya menyusuri jalan menuju ke pintu keluar lapangan terbang itu.
Sebaik sahaja tiba dihadapan pintu keluar dia menghirup udara segar tanah airnya yang tercinta ini setelah hampir empat tahun lamanya dia meninggalkan bumi kelahirannya yang amat disayangi ini.
Segala-galanya masih sama, tidak banyak yang berubah seolah-olah baru semalam sahaja dia menjejakkan kaki di lapangan terbang ini untuk berlepas ke England bagi menyambung pengajiannya di peringkat ijazah.
“Sekarang aku sudah kembali pulang wahai tanah airku,” Getus hati Suhafizah.
Suhafizah mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya lalu dia menghubungi ibunya Puan Farizah yang telahpun berjanji untuk menjemputnya di lapangan terbang hari ini.
“Asalamualaikum mak,” Sapa Suhafizah lembut sebaik sahaja panggilannya berjawab.
“Waalaikumsalam. Fizah dah sampai ke?” Tanya Puan Farizah.
“Sudah, Fizah tengah berdiri kat depan pintu masuk sekarang ni tunggu mak,” Jawab Suhafizah semula.
“Okey kalau macam tu, kau tunggu kat situ, sekejap lagi mak sampai,” Ujar Puan Farizah serentak dengan itu panggilan telefon ditamatkan.
Suhafizah menunggu ketibaan ibunya dengan sabar. Hatinya benar-benar gembira sekali tatkala memijak tanah airnya ini namun begitu dia teringat akan seseorang.
Seseorang yang merupakan saudara sepupunya dan juga teman  sepermainannya semenjak dia belum menjejakkan kaki ke sekolah lagi.
“Kalaulah Farah ada kat sini, tentu seronok,” Suhafizah bermonolog sendirian.
Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh oleh seseorang dari arah belakang, serentak dengan itu dia pantas menoleh kebelakang.
Kelihatan seorang wanita berumur lingkungan lima puluh tahun dengan wajah yang ceria sedang berdiri tegak memandangnya. Dengan tidak semena-mena anak beranak itu saling berpelukan.
“Mak apa khabar?” Tanya Suhafizah setelah mereka meleraikan pelukan tadi.
“Sihat, alhamdulillah, kau nak?”
“Sihat juga mak,” Balas Suhafizah sambil mereka berjalan beriring-iringan menuju ke tempat letak kereta.
Sepanjang perjalanan itu Suhafizah lebih banyak mendiamkan diri seraya memandang ligat pemandangan sekitar bandaraya Johor Bahru. Puan Farizah hanya tersenyum memerhatikan gelagat anaknya itu.
“Barangkali rindu dengan suasana disini agaknya.” Puan Farizah bermonolog sendirian seraya memandu keretanya dengan penuh cermat.
“Mak, Farah macam mana?” Tanya Suhafizah kepada ibunya secara tiba-tiba memecahkan kesunyian.
Puan Farizah tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Suhafizah tadi, sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sedangkan Suhafizah masih sabar menanti jawapan dari ibunya seraya merenung wajah ibunya dengan penuh harapan, namun begitu dari riak wajah Puan Farizah itu jelas dapat dibaca oleh Suhafizah.
“Dia masih lagi macam dulu, betul tak?” Suhafizah tertunduk menahan kesayuan hatinya.
“Nampaknya begitulah,” Jawab Puan Farizah lemah.
Suhafizah benar-benar sedih, air matanya sudah kering untuk ditangiskan lagi. Fikirannya mengimbau kembali saat dimana dia menerima khabar buruk yang dibawakan oleh Waffey.
“Fizah, tadi petang encik Radzi maklumkan pada aku bahawa sepupu kau Farah didapati terlibat dalam kemalangan di Segamat. Basnya terbalik menyembah bumi,” Beritahu Waffey.
Suhafizah terkejut mendengar berita itu. Tatkala itu dia merasakan darahnya menjadi beku dan dengupan jantungnya bagaikan terhenti. Suhafizah tengelam dalam segala hiruk-pikuk kebisingan pelajar-pelajar Politeknik yang sibuk membeli makanan di kafeteria. Hatinya benar-benar resah kebimbangan.
“Hah?! Betul apa yang kau cakapkan ni Waffey?” Tanya Suhafizah masih lagi sukar menerima kenyataan yang dikhabarkan oleh Waffey itu.
“Betul aku tak silap dengar, itulah yang encik Radzi beritahu aku petang tadi,” Ujar Waffey.
“Habis tu bagaimana keadaanya sekarang ni?” Tanya Suhafizah lagi.
“Dia……………………………………..bersambung
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

1 comment:

  1. ridwan,,good job,,waa seronok baca cerita bersiri ni sb,,nama n tempat2 sume aq tau,,
    kedai mkn alif, nama suhafizah, farah,,hehe..sume aq kenal,,,seronok bace,,,,

    ReplyDelete