“Saya dan Encik Shahrul sudahpun bersetuju untuk melepaskan kamu berdua ekoran kamu Cuma tinggal sebulan sahaja disini tapi sebagai denda saya nak kamu berdua letak jawatan dan buat pengakuan bersalah dihadapan penghuni blok dibawah pimpinan kamu berdua,”
Tergaman Suhafizah dan Waffey mendengarnya.
*****
“Habis tu kau buatlah apa yang pensyarah-pensyarah tu suruh?” Tanya Syafik yang sedari tadi khusyuk mendengar cerita Waffey itu.
“Kau nak suruh aku di buang pengajian ke?” Jawab Waffey dengan mengemukakan soalan yang sinis.
Syafik tersenyum menandakan dia mengerti makna kata Waffey lalu dia berkata kepada teman serumahnya itu,
“Patutlah aku tengok Cik Fatin tu macam tak berapa selesa bekerja bila kau pindah ke sini,”
“Kau janganlah nak buruk sangka dengan Fatin pulak, biasalah tu, kalau aku ada tempat dia pun, aku rasa macam tu,” Ujar Waffey bimbang sekiranya ceritanya itu sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan ke atas hubungan Syafik dan ketua unitnya.
“Kerja gila ni Waffey,macam mana kau boleh tunjukkan muka kau depan Fatin lepas apa yang kau lalui selama ini? Kalau akulah kena macam ni comfirm resign,” Soal Syafik sambil meluahkan rasa hatinya.
Waffey menggeleng-gelengkan kepalanya seraya berpesan kepada Syafik.
“Syafik, kalau kita ni nak rasa malu biarlah kena pada tempatnya, kalau kita tahu yang kita tak buat salah, buat apa kita nak rasa malu, tapi terus-terang aku beritahu kau yang aku betul-betul rasa kasihan dengan Suhafizah dia langsung tak tahu apa-apa,” Ujar Waffey.
“Betul kau kata, aku yang dengar cerita kau ni pun rasa kasihan kat dia,” Balas Syafik namun tidak lama kemudian dia tersenyum seraya berkata kepada Waffey,
“Apa kata kau ambil Suhafizah tu buat penganti Fatin,”
“Hish merepeklah kau ni,”
“Aku yakin dia pasti sesuai dengan kau. Tengok sajalah mana mungkin dia layan kau dengan baik selepas apa yang berlaku semua itu menyebabkan maruahnya sebagai pimpinan pelajar sedikit tercalar.”
“Tak akan dia nak salahkan aku atas apa yang berlaku ni kerana ianya semua rancangan Amran untuk mendapatkan Fatin dari aku,” Jawab Waffey.
“Sabar jelah,”
******
Fatin duduk termangu dihadapan kaca telivisyennya, segala paparan yang dipaparkan bagaikan tidak menarik minatnya untuk menonton lebih lama. Fikirannya kusut memikirkan beban kerjanya yang semakin bertimbun banyaknya, tambah lagi kehadiran Waffey sedikit-sebanyak melemahkan semangatnya.
Dia mencapai alat kawalan jauh telivisyen tersebut dimatikan. Dengan perlahan dia melangkah menuju ke biliknya kemudian dia merebahkan badannya diatas pembaringan seraya ingatannya mengimbas kembali saat bahagia bersama Waffey……………
“Esok saya diminta untuk menyertai kem pengurusan organisasi di Felda Residen Tekam,” Beritahu Waffey kepada Fatin yang sedang leka menyelak surat khabar yang dibelinya di koperasi kampus.
“Berapa hari awak kena pergi sana?” Tanya Fatin tanpa memandang ke arah Waffey.
“Tiga hari dua malam…oh ya Suhafizah pun turut serta dalam kem tu,”
“Hmm nampaknya adalah awak teman kat sana nanti, betul tak?” Usik Fatin seraya tersenyum nakal.
“Ah semua ahli dalam organisasi jawatankuasa pelajar kamsis ni teman saya,”
“Tapi Suhafizah tu ada hati kat awak,” Bidas Fatin masih lagi mengekalkan senyuman nakalnya itu.
“Tapi sayangnya hati saya dicuri oleh awak sayang,”
“Awak panggil saya apa?”
“Sayang, kenapa?”
“Betul ke sayang?” Tanya Fatin semula.
“Tak percaya?”
“Orang lelaki semuanya sama, mudah menabur ayat-ayat manis,” Ujar Fatin semula.
“Oh kalau macam tu awak lagi suka kalau saya bagi ayat pahit ke?” Ujar Waffey yang kali ni mengusik Fatin pula.
“Ah sudahlah merepeklah awak ni,” Ujar Fatin berpura-pura walaupun dalam hatinya sudah berbunga-bunga tatkala dipanggil dengan gelaran ‘Sayang’.
“Orang serius disangka merepek,” Ujar Waffey.
“Hmm kalau macam tu pergilah kat Suhafizah tu,” Balas Fatin membuatkan Waffey mendiamkan diri seraya memasamkan mukanya hingga membuatkan Fatin yang duduk dihadapanya merasa sedikit kesal dengan apa yang telah diucapkan oleh dirinya sebentar tadi, namun begitu dia hanya sekadar bergurau bagi menghilangkan rasa bosannya.
“Alah Waffey, janganlah macam ni. Saya gurau je tadi tu, janganlah sensitif sangat,” Pujuk Fatin setelah melihat Waffey berpelakuan sebegitu.
“Awak ni janganlah suka bangkitkan hal tu lagi. Saya tak sukalah. Awak tahu bagaimana saya sayangkan awak macam mana,”
“Okey kalau awak marah kat saya, samanlah saya atas kesalahan menghina wakil pelajar,” Balas Fatin seraya mengusik membuatkan Waffey tertawa kecil mendengarkan ayat yang diucapkan oleh Fatin sebentar tadi.
“Sayakan sayang awak, mana mungkin saya nak saman awak,” Gurau Waffey.
Alangkah indah dan bahagianya Fatin rasakan dikala itu namun kebahagiannya itu tiada makna lagi. Bagi dirinya kini cukuplah ianya berlalu sebagai sebuah mimpi indah yang berlalu.
.....................Bersambung.
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment