“Macam mana mak?”
Puan Farizah berfikir sejenak. Dalam hal ini dia tidak seharusnya mengongkong kemahuan Suhafizah, kalau dah itu kehendaknya maka Puan Farizah turutkan. Dia tahu Suhafizah sudahpun dewasa dan mampu berfikir untuk memilih jalan mana yang terbaik buatnya namun begitu hati kecilnya tetap risau.
“Boleh ke Fizah tanggung beban tu nanti? Tanggungjawabnya besar tau,” Ujar Puan Farizah.
Adik Suhafizah yang berumur enam belas tahun bernama Farhana cuma mendiamkan dirinya seraya memerhatikan perbincangan diantara ibu dan kakaknya. Baginya tidak perlulah untuknya menyibukkan diri memcampuri urusan orang dewasa.
“Insyaallah mak, Fizah cuba yang sebaik mungkin, lagipun dalam hal bukannya Fizah seorang saja yang bertanggungjawab,” Ujar Suhafizah menyakinkan ibunya.
Farhana merasa aneh tatkala diamati butit percakapan kakak dan ibunya. Nampaknya dia yang sedang sibuk menonton telivisyen mengalih minatnya terhadap perbincangan kakak dan ibunya yang sedang duduk di meja tamu tidak jauh dari tempat dia duduk, hatinya benar-benar teruja ingin mengetahui kisah selanjutnya, belum pernah dia sesibuk ini untuk mengetahui kisah orang dewasa tapi hal sebegini memang tidak boleh dilepaskan.
“Mak bukan nak halang, tapi kau muda lagi, banyak lagi yang kau belum belajar..kau dah habis bincang dengan Waffey?”
Suhafizah tersenyum seraya memandang ke arah ibunya, semenjak ayahnya meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu hanya ibunya sahajalah tempat baginya mengadu jadi tidak eloklah sekiranya tidak meminta restu dari ibunya walaupun perkara yang dilakukan ini perkara yang baik.
“Mak jangan cakap macam tu, muda atau tua bukan penentunya, Fizah dan Waffey yakin boleh uruskan bersama perkara ni,” Pujuk Suhafizah.
“Pandai betul Fizah bercakap,” Ujar Puan Farizah merasa sedikit takjub mendengar ucapan anaknya itu yang cukup berbeza sebelum dia melanjutkan pelajarannya.
“Alah mak pengalaman menjadi wakil pelajar dulu,” Ujar Suhafizah yang mengakui bahawa dirinya seorang yang pendiam sebelum dia berminat menyertai perwakilan pelajar di Politeknik dahulu, begitu juga ketika di Universiti Kebangsaan England dia dilantik menjadi ketua persatuan pelajar melayu disana.
“Macam mana mak?” Tanya Suhafizah sedikit mendesak selagi ibunya belum memberikan kata putus samaada Ya atau Tidak.”
Farhana menjadi kurang sabar, naluri remajanya yang sentiasa memberontak ingin tahu sesuatu akhirnya mengatasi segalanya.
“Mak akak nak kahwin ke mak? Dengan abang Waffey ke?” Soal Farhana yang telahpun meninggalkan rancangan telivisyen yang ditontoninya sebentar tadi dan kini dia sudahpun berada di kerusi sebelah kakaknya yang disayangi.
Soalan yang dikemukakan oleh Farhana atau lebih gemar dipanggil Nana menyebabkan ibu dan kakaknya mengelek ketawa menyebabkan Farhana bertambah hairan.
******
“Kau nak berhenti kerja?!” Tanya Syafik separuh menjerit terkejut tatkala mendengar ungkapan dari mulut sahabatnya itu.
“Ya,” Jawab Waffey ringkas.
“Tapi kenapa?” Syafik meminta penjelasan.
“Aku ada rancangan untuk masa depan aku,”
“Atau kau tak suka bekerja dengan Fatin bekas kekasih kau tu?”
Perasaan Waffey sedikit tertampar tatkala halwa telinganya didengarkan dengan soalan berbisa dari mulut Syafik.
“Fatin tak ada kena-mengena dalam hal ini….aku buat keputusan ini kerana aku sendiri yang mahu,”
“Tapi apa sebabnya?” Tanya Syafik tidak berpuas hati.
“Kenapa kau ingin tahu?” Soal Waffey semula tanpa menjawab pertanyaan Syafik.
“Aku seronok bekerja dengan kau, bosanlah aku lepas ni kalau kau tak ada kat pejabat tu” Beritahu Syafik membuatkan Waffey tertawa kecil.
“Aku buat semua ni untuk masa depan aku Syafik, aku nak berjaya sebab itulah aku dah berbincang dengan Suhafizah dan dia pun dah setuju cuma menunggu keputusan dari ibunya.”
Syafik tersenyum tatkala mendengar penjelasan dari sahabatnya itu lalu dia bertanya,
“Habis apa yang mak dia kata?”
“Eh manalah aku tahu, dia tak hubungi aku pun lepas Suhafizah beritahu rancangan dia tempoh hari,”
“Wah seronok betul aku bila dengar kau nak kahwin,” Ujar Syafik membuatkankan Waffey ketawa terbahak-bahak.
Syafik benar-benar hairan melihat tingkahlaku Waffey itu. Apakah dia tersalah cakap?.......
Bersambung.
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment