“Dia ada bukti yang mampu mendedahkan rahsia Amran dan membuktikan kita tak bersalah,”
“Apa?” Waffey benar-benar terkejut.
“Ya Waffey, aku yakin dia tahu sesuatu sebab petang sebelum kejadian tu, dia cuba nak beritahu aku sesuatu………………..”
“Eh Mak Long beli apa tu?” Ujar Waffey sebelum sempat Suhafizah menghabiskan ayatnya sambil tersenyum sebaik sahaja dia terlihat akan kelibat Mak Long Timah dan juga Puan Farizah yang muncul dari arah belakang Suhafizah.
“Alah tak ada apalah Waffey, cuma pisang goreng dengan kuih karipap je,” Balas Mak Long Timah.
“Kejap betul mak dengan Mak Long pergi, tak ramai orang ke?” Tanya Suhafizah pula seolah-olah mengerti maksud Waffey.
Dia tahu Waffey sengaja menukar tajuk perbualan kerana tidak mahu kedua-dua wanita tersebut mendengari Sebenarnya Mak Long Timah dan juga Puan Farizah langsung tak pernah mengetahui konflik yang berlaku diantara lima sahabat ini walaupun ianya sudah empat tahun berlalu.
“Tak apa Fizah, nanti kita bincangkan perkara ni lain kali,” Bisik Waffey kepada Suhafizah walaupun hatinya kuat memberontak ingin tahu rahsia apakah yang Farah pendam.
Suhafizah mengangguk perlahan tanda mengerti.
*********
Waffey sambil dibantu oleh Syafik memunggah barang-barang yang dibawa dari rumah sewa lamanya. Untung dia belum mengeluarkan semua barangan yang telah dibungkuskan sewaktu dia berpindah ke Kota Tinggi dahulu, jadi senanglah dia untuk mengemas barang-barangnya.
“Sikit barang kau Waffey?”
“Aku memang tak banyak barang pun. Setakat pakaian, tilam, fail-fail dengan komputer riba je. Orang bujanglah katakan,” Ujar Waffey yang disambut dengan deraian tawa kecil rakannya itu.
“Tu lah kau, petugas-petugas wanita yang ada kat pejabat tu banyak lagi yang belum berpunya kenapa kau tak sudi bertanya?” Usik Syafik.
Waffey yang sibuk memunggah turun barang-barang dari bonet keretanya pantas menoleh ke arah Syafik seraya berkata
“Ah kau tu apa kurangnya. Mengata orang tapi diri sendiri pun begitu juga,”
Syafik tertawa kecil tatkala mendengar ucapan tersebut.
“Aku muda lagi, kau tu tua dari aku dua tahun,”
Waffey hanya tersenyum sahaja melayani kerenah Syafik yang suka mengusik itu, sekurang-kurangnya terhibur sedikit hatinya
“Alhamdulillah nasib baik ditemukan aku dengan Syafik, paling kurang ada juga aku teman buat bersembang,” Getus hati Waffey sambil meneruskan kerja-kerjanya.
Setelah hampir seharian mengemas bilik barunya di rumah yang disewa oleh Syafik dan kini disewa bersama.
Waffey duduk tenang diatas sofa ruang tamu. Terngiang-ngiang suara Suhafizah sewaktu berjumpa dengannya tiga hari lepas di Hospital Sultanah Aminah. Hatinya bagaikan ditusuk sembilu tatkala terkenang semula kisah-kisah lama waima perkara itu sudah lama berlalu.
“Kau ni aku tengok macam ada masalah je,” Ujar Syafik tanpa selindung.
Waffey yang agak terkejut kerana kemunculan Syafik yang entah dari mana muncul tiba-tiba duduk disebelahnya sambil ditangan membawa cawan yang berisi kopi berbau harum kuat menusuk hidung Waffey.
“Ha tulah kau mengelamun lagi,” Ujar Syafik seraya tertawa kecil.
“Hmm entahlah, patutkah aku cerita dengan dia? Boleh percaya ke dia ni?” Getus hati Waffey.
“La kau kena percayakan aku, tak ada apa yang kau patut risaukan. Aku tahu sejak dari hari pertama aku jumpa kau, aku tahu kau ada masalah,” Terang Syafik dengan panjang lebar seolah-olah mengerti gelora hati yang melanda Waffey.
Waffey mengeluh panjang akhirnya dengan perlahan serta hati yang berat dia menceritakan permasalahanya.
Segala-galanya hilang dalam sekelip mata. Saat itu entah ke mana hilangnya nama, jawatan, penghormatan dan yang paling penting sekali sahabat serta kekasihnya yang kini membencinya.
Semuanya kerana peristiwa itu. Peristiwa yang cukup pedih yang berlaku ketika mana tinggal sebulan lagi pengajian mereka berlima tamat……………………
“Sekejap betul masa berlalu, sedar tak sedar sekarang ni sudah masuk tahun yang terakhir kita belajar kat sini, bulan depan kita grade,” Ucap Amran kepada Waffey yang sibuk mengulangkaji modul pengauditan dan penyiasatan.
Waffey mengerling seketika ke arah Amran yang sedang mengelamun memandang syiling bilik asramanya itu seraya tersenyum lalu dengan nada sinis dia berkata
“Kau ni dah kenapa? Ayat pelik semacam je,”
Amran menjeling ke arah Waffey yang sedang sibuk meneliti figure latihannya, kadang-kadang kelihatan Waffey mengerutkan dahinya.
Barangali susah agaknya….
“Hmm sampai hati kau tak beritahu aku,” Ujar Amran membuatkan Waffey hairan.
“Apa benda pulak yang tak beritahu dia ni?...” Getus hati Waffey.
“Apa yang aku tak beritahu kau?” Tanya Waffey ringkas.
“Suhafizah beritahu aku yang dia ada perasaan kat kau,”
“Laa itu je ke?”
Amran kehairanan tatkala mendengar ayat yang diucapkan oleh Waffey sebentar tadi sambil mengerutkan dahinya.
“Maknanya kau tahulah yang dia tu ada hati kat kau?”
“Fatin ada beritahu aku pasal tu,” Balas Waffey semula.
Amran menganggukkan kepalanya tanda mengerti kemudiannya berkata perlahan.
“Tapi kenapa kau tak beritahu yang kau sekarang ni dah bercinta dengan Fatin?
Waffey terkejut sambil dihatinya gusar memikirkan bagaimana pula Amran dapat mengetahui mengenai perkara itu walhal dia dan Fatin sudahpun berjanji tidak akan memberitahu sesiapa mengenai hubungan mereka namun begitu yang paling dibimbangkan adalah Amran. Amran telah menaruh perasaan terhadap Fatin sudah sekian lama lagi dan perkara itu diketahui oleh Fatin yang berpura-pura tidak tahu apa-apa dihadapan Amran.
Oleh sebab itulah Waffey dan Fatin bertindak untuk merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan Suhafizah dan juga Amran tapi tidak pada Farah.
Ya Farah merupakan orang penting yang menjadi penghubung antara cinta mereka dan tempat untuk mereka mengadu.
“Mungkin Farah kot yang beritahu….” Teka Waffey dalam hatinya.
“Suhafizah yang beritahu aku. Itupun lepas Farah beritahu dia,” Ujar Amran seolah-olah mengerti persoalan yang timbul di fikiran Waffey.
“Laa….lupa nak pesan kat Farah yang Suhafizah ada hati kat aku,” Waffey bermonolog sendirian.
“Kau tak payah risaulah Waffey buat apa aku nak marah dengan kau, buat apa aku nak paksa orang yang tak suka aku. Kau bertuah Waffey,” Ujar Amran setelah melihat Waffey mendiamkan dirinya.
................................bersambung
................................bersambung
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment