“Habis tu bagaimana keadaanya sekarang ni?” Tanya Suhafizah lagi.
“Dia ditempatkan di Hospital Segamat sekarang ni,”
“Dia okey ke?”
Waffey serba salah untuk memberitahu sahabatnya itu, mulutnya bagaikan terkunci dan keresahan itu dapat dirasai dengan jelas oleh Suhafizah.
“Waffey tolonglah, jangan kau buat aku macam ni,” Desak Suhafizah.
“Dia koma………………………………………
“Fizah kita dah sampai nak,” Beritahu Puan Farizah membuatkan Suhafizah tersedar dari lamunannya.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bangunan Hospital Sultanah Aminah dimana hospital yang telah menempatkan Farah sebaik sahaja dia dipindahkan dari Hospital Segamat.
“Mak, siapa yang selalu melawat Farah sepanjang dia di sini?” Tanya Suhafizah.
“kadang-kadang Syafik pun selalu juga jenguk adik dia tapi yang selalu mak kerap sangat jumpa Mak Long kaulah,”
“Kawan-kawan dia tak ada yang melawat ke?” Tanya Suhafizah lagi.
Puan Farizah menjeling Suhafizah sepintas lalu.
“Kadang-kadang ada juga Fatin dan Amran datang menjenguk Farah, Waffey pun semenjak dia ada disini pun ada juga datang tapi taklah sekerap Fatin, Amran, Syafik dan Mak Long,”
Suhafizah menoleh ke arah ibunya seketika kemudiannya meneruskan langkah kakinya menuju ke wad sembilan seraya berkata.
“Waffey ada kat sini mak?”
“Dia baru je ditukarkan di sini tiga bulan yang lepas,” Ujar Puan Farizah seolah-olah mengerti persoalan yang bersarang difikirannya.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam wad sembilan serentak dengan itu mereka mendapati Waffey dan Syafik turut ada bersama ibu Farah iaitu Puan Fatimah atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Long. Sedang duduk di sisi Farah yang terbujur baring diatas pembaringanya kaku tanpa sebarang bunyi.
“Asalamualaikum,” Sapa Puan Farizah seraya menguntumkan sebuah senyuman mesra kepada semua yang ada di situ, begitu juga dengan Suhafizah.
Sungguhpun Puan Farizah sudah berumur lima puluh tahun namun sedikit pun kejelitaannya tidak terusik dengan usianya yang semakin lanjut itu. Kejelitaannya juga diwarisi oleh Suhafizah.
“Waalaikumsalam,” Jawab mereka yang ada di dalam bilik tersebut serentak.
Kelihatan Waffey sedikit terkejut dengan kehadiran Suhafizah.
“Eh bila Fizah balik?” Tanya Mak Long sambil tersenyum kegembiraan melihat anak saudaranya itu di samping ibunya.
“Baru je sampai hari ini. Ni dari airportlah ni, rindu rasanya nak jenguk Farah,” Balas Fizah lantas kakinya melangkah merapati Farah yang berada dipembaringannya.
“Mak, Syafik beredar dululah, ada kerja lagi yang tak habis ni,” Pinta Syafik kepada Mak Long yang hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda memberi kebenaran kepada Syafik.
“Mak Ngah, minta maaflah saya tak boleh lama kat sini,” Ujar Syafik kepada Puan Farizah sebelum dia beredar dari situ.
“Baiklah, elok-elok bawa kereta tu,” Pesan Puan Farizah sebelum Syafik berlalu pergi.
Waffey yang berada di situ hanya mengiringi gerak langkah Syafik itu dengan ekor matanya kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Suhafizah yang sedang leka mengusap ubun-ubun Farah.
Seolah-olah mengerti isi hati Waffey yang terbuku itu, Mak Long terus mengajak Puan Farizah untuk menemaninya ke kafeteria meninggalkan tiga sahabat itu didalam bilik wad menemani Farah.
“Kau apa khabar?” Tegur Waffey setelah sekian lama dia mendiamkan diri sepanjang Suhafizah berada disitu.
“Aku sihat. Kau pula?”
“Alhamdulillah,” Ujar Waffey seraya tersenyum.
“Sekarang ni kau bertugas di Jabatan Akauntan Negara cawangan Johor betul?”
“Betul,” Jawab Waffey ringkas.
“Fatin bagaimana?” Tanya Suhafizah tanpa selindung.
“Dia masih lagi macam dulu, kepala batu,”
“Doktor beritahu aku yang Farah mampu mendengar dan mampu melihat cuma dia tidak mampu untuk bertindak balas dengan dunia nyata ini,” Beritahu Waffey tanpa dipinta walaupun dia sedia maklum bahawa Suhafizah sudahpun mengetahui perkara itu. Sekadar mengingatkan bahawa Farah juga salah seorang yang terlibat dalam konflik persahabatan ini dan sebagai seorang kawan dia tidak mahu Farah bersedih tatkala mendengar perbincangan mengenai Fatin sedangkan dia tidak mampu untuk bergerak cuma mampu melihat dan mendengar sebaliknya rasa hatinya terpaksa dipendamkan.
“Waffey jom kita ke luar sekejap,” Pinta Suhafizah seolah-olah mengerti makna butir percakapan Waffey lalu melangkah ke luar wad sambil diekori Waffey dari belakang.
“Apa yang kau nak cakapkan?” Tanya Waffey sebaik sahaja mereka berada diluar wad meninggalkan Farah didalam.
“Aku nak minta maaf atas semua yang berlaku ni,” Ujar Suhafizah sambil tertunduk.
“Kau tak salah. Kita langsung tak bersalah dalam hal ni,”
“Aku malu, aku tak sepatutnya beritahu Amran yang aku punya perasaan terhadap kau,”
Waffey terdiam begitu juga dengan Suhafizah. Tiba-tiba terdetik rasa simpati di hati Waffey terhadap Suhafizah yang langsung tidak bersalah dalam konflik yang berlaku ini.
“Salah akukah, kerana menyembunyikan hubungan aku dan Fatin dahulu?” Waffey bermonolog sendirian sedangkan Suhafizah hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah luar tingkap yang kebarangkalian sedang menahan rasa malu yang masih berbaki terhadap Waffey.
Tidak! Aku tak salah! Fizah juga tak salah! Semuanya kerana Amran!.. Amran yang terlalu mengikut perasaan cemburunya sanggup melemparkan fitnah kepada Suhafizah dan aku sahabat baiknya sendiri…
“Kau tak salah Fizah. Aku minta maaf sebab rahsiakan hubungan aku bersama Fatin dulu, tak pula ku sangka yang kau juga menaruh perasaan terhadap aku cuma kau mungkin tersalah langkah kerana menceritakan perkara itu kepada Amran yang sudah lama menyukai Fatin.”
“Aku…….”
“Aku tahu kau juga tak menyangka bahawa Amran menyukai Fatin tapi aku tahu Fizah, sebab itulah aku rahsiakan pengetahuan itu daripada kamu bertiga,”
“Farah……” Ucap Suhafizah perlahan.
“Kenapa dengan dia?” Tanya Waffey.
Suhafizah lantas merenung Waffey dengan sorot matanya yang bersinar.
“Dia ada bukti yang mampu mendedahkan rahsia Amran dan membuktikan kita tak bersalah,”
.............................................bersambung
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment