Tuesday, December 21, 2010

Episod 7 – Memori Yang Berlalu



      Sedang Waffey sibuk mencari buku undang-undang komersial di perpustakaan tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran Farah yang entah dari mana munculnya menyapanya dari arah belakang.
“Asalamualaikum,” Sapa Farah dengan nada yang perlahan.
“Waalaikumsalam, Farah..eh kau tak ada kelas ke?” Tanya Waffey sekadar berbahasa.
“Tak, nasib baik aku jumpa kau kat sini sebab aku ada perkara nak beritahu kau,”
 “Apa dia?” Waffey tersenyum kehairanan,
“Tadi masa aku nak ke perpustakaan, aku terserempak dengan Amran, bukan main terburu-buru lagi,”
“Ooo dia nak balik Muar petang ni, ada hal penting katanya, tapi tak pulak aku tahu apa yang penting sangat tu,” Beritahu Waffey.
“Oh patutlah, tapi dia sempat pesan kat aku suruh beritahu kau yang malam ini ada mesyuarat di bilik gerakan jawatankuasa pelajar kamsis,”
Waffey mengerutkan dahinya seraya otaknya ligat berpusing mengigatkan kembali sekiranya dia ada menerima memo mesyuarat baru-baru ini ataupun tidak.
“Eh kau silap dengar kot, sebab aku baru dapat memo yang mengatakan mesyuarat diadakan pada malam esok,” Ujar Waffey seolah-olah meminta kepastian dari Farah.
“Mana ada aku silap dengar, macam mana dia beritahu aku, macam tu jugalah aku beritahu kau,” Tegas Farah.
“Hmm okeylah terima kasih, Farah,” Ucap Waffey kepada Farah.
“Sama-sama,” Jawab Farah pantas berlalu meninggalkan Waffey.
Waffey mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Amran namun panggilannya itu tidak berjawab namun begitu tidak lama kemudian Waffey menerima mesej dari Suhafizah yang mengatakan malam ini ada mesyuarat, dia berasa lega sehinggalah pada malam itu dimana dia dan Suhafizah ditangkap oleh Encik Zaini dan Encik Shahrul di bilik gerakan jawatankuasa pelajar kamsis.
“Kamu berdua sedar apa yang telah kamu berdua lakukan?!” Bengis wajah Encik Zaini selaku ketua warden asrama pelajar.
Waffey mendiamkan diri, mulutnya bagaikan terkunci begitu juga Suhafizah yang mana air matanya sudah mencurah membasahi pipinya. Mereka benar-benar keliru dan buntu diatas apa yang telah berlaku malam ini. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja bagaikan agenda ini dirancang oleh seseorang.
“Saya tidak menyangka kamu berdua sanggup memalukan organisasi ini. Saya sangat sedih,” Luah Encik Shahrul pula yang merupakan pengetua asrama.
Remuk hati Waffey tatkala mendengar ucapan Encik Shahrul yang selama ini dia menganggap Encik Shahrul sebagai ayahnya sendiri.
“Kenapa kamu berdua diam? Bukan ke kamu berdua ketua blok yang paling cemerlang lagi bijak berkata-kata!” Sinis ucapan Encik Zaini yang cukup terkenal dengan ketegasannya itu.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi, kami tak tahu apa-apa pun pasal ni,” Ujar Waffey lembut.
“Ceritalah, apa yang awak tahu,” Balas Encik Shahrul.
“Kami dimaklumkan yang malam ini ada mesyuarat di sini tapi tiba-tiba Encik Zaini dan Encik Shahrul, tiba-tiba masuk tangkap kami, sa…………………………”
“Sudah kamu jangan nak reka cerita dongeng,” Pintas Encik Shahrul sebelum sempat Waffey menghabiskan kata-katanya.
Suhafizah yang duduk disebelah Waffey hanya diam menyerahkan bulat-bulat nasibnya kepada yang maha kuasa. Dia berdoa agar dapat melepasi dugaan ini dengan penuh sabar.
“Baiklah Waffey, kalau betul mala mini ada mesyuarat, mana memonya?” Pinta Encik Zaini sebagai bukti.
Tersentak Waffey mendengarnya kini baru dia sedar siapa dalang dalam semua ini. Dia tidak menyangka tergamak dia diperlakukan sebegini hanya kerana cemburu dan dendam.
“Sampai hati kau Amran, patutlah kau terburu-buru keluar dari asrama hari ni.” Getus hati Waffey.
“Apa yang kamu tengah fikirkan tu?” Tanya Encik Shahrul setelah melihat Waffey mendiamkan dirinya.
Encik Zaini dan Encik Shahrul diam seketika, barangkali tengah memikirkan hukuman apa yang setimpal diberikan kepada mereka berdua agaknya namun tidak lama selepas itu kelihatan Encik Shahrul membisikkan sesuatu di telinga Encik Zaini.
“Saya dan Encik Shahrul sudahpun bersetuju untuk…………bersambung.
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment