Monday, February 28, 2011

EPISOD 23 - SECEBIS MASA




“Kita kena bagi masa kepada Farah, dia baru saja sedar, biarlah dia generate dulu fikiran dia,” Terang Doktor Suresh.
Suhafizah dan Waffey mengangguk tanda mengerti lantas Farhana yang berdiri disebelah ibunya berkata.
“Alah macam enjin keretalah, kena tunggu panas baru boleh jalan, kalau main hentam saja alamatnya jahanam enjin kereta tu…”
Masing-masing disitu tertawa serentak dihiburkan dengan keletah Farhana namun begitu ianya tidak mampu untuk menghilangkan segelumit kerisauan dibenak Waffey.
“Apa yang kau risaukan tu Waffey?”
“Risau?”
“Aku boleh nampak dari sinar mata kau Waffey,” Ujar Suhafizah.
Waffey mendiamkan dirinya lantas mengekori Mak Long Timah dan yang lain-lain melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Farah. Namun begitu sempat Suhafizah membisikkan sesuatu ditelinga Waffey.
“Jangan risau Waffey. Farah akan bantu kita nanti,”
Waffey mengangguk perlahan dan meneruskan langkahnya. Di birai katil kelihatan Farah sedang duduk termangu seketika namun dikejutkan dengan kehadiran pelawatnya.
“Mak……” Getus Farah perlahan tapi masih mampu didengari oleh Ibunya.
“Er..Farah kami cuma melawat, Farah berehatlah dulu ya,” Ucap Mak Long Timah lembut.
“Berapa lama ya agaknya?” Soal Farah lagi dengan pandangannya dihalakan ke luar tingkap, teringin pula dia untuk melangkah keluar dari bilik rawatan itu setelah terkurung lama tapi tubuhnya masih lagi terasa lemah. Barangkali sudah terlalu lama dia tidak mengerakkan tubuhnya sehinggakan ototnya menjadi lenguh tatkala digerakkan.
“Apa yang lama?” Soal Farhana.
“Farah kat sini,” Balas Farah.
“Empat tahun,” Jawab puan Farizah.
“Badan Farah lemah, rasa lenguh satu badan,”
“Sabarlah nanti lambat laun nanti pulihlah,”
Farah terdiam seketika, melihatkan keadaan seperti itu, Puan Farizah teringin menanyakan sesuatu tapi niatnya terbantut tatkala Farah membuka mulutnya bertanya semula.
“Berapa lama agaknya Farah kat sini?”
Suhafizah menjawab kembali soalan Farah itu dan kemudiannya mendengar keluhan daripada Farah yang menyatakan badannya lenguh dan lemah. Syafik yang sedari tadi tidak bersuara mula merasa sayu dengan keadaan Farah seperti itu lantas dia melangkah keluar seraya diperhatikan Waffey. Ingin diekorinya langkah Syafik namun dengan pantas tangan Suhafizah menyambarnya.
“Biarkan Waffey, kepala dia runsing tu,”
*************
“Kau biar betul Fizah?!.....kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?” Soal Fatin ketika mereka berdua keluar makan bersama.
“Aku terlupa nak beritahu kau. Terkejut dengar berita tu,”
“Aik? Waffey dengan Syafik sempat pula kau beritahu…”
“Alah itu kebetulan jelah,”
Fatin mengangguk-anggukan kepalanya lantas menghadiahkan senyuman kepada rakannya beberapa saat kemudian baru diteringat sesuatu perkara.

Sunday, February 27, 2011

EPISOD 10






 “Awak menabur janji sebab Aina ke?”
“Tidak..atas perasaan kasihan….masa itu saya masih lagi tidak tahu bahawa Amirul adalah ayah kepada Aina.
“Baiklah awak ceritalah saat manis awak berjumpa dengan Aina pada malam majlis hari jadi itu,” Pinta Syarifah.
Hisyam memulakan cerita dan Syarifah mendengar dengan fokus, pita rakaman itu diperiksa seketika untuk memastikan samaada ianya terus menjalankan tugasnya atau sebaliknya dan ketika itu masa perbincangan sudahpun berbaki lima belas minit.

************
“Azlan kau pergi setup kat stage…Hassan kau pula pergi bawa wayar-wayar, Abu kau tolong aku angkat amplifier ni,” Hisyam memberikan arahan kepada krew-krew muziknya.
Mereka segera melaksanakan tugas sepertimana yang telah diarahkan  oleh Hisyam. Ini adalah kali pertama Hassan, Azlan dan Abu terlibat dalam muzik separa professional. Selama ini mereka hanya mengasah bakat didalam studio tetapi kali ini mereka akan mempersembahkan bakat yang mereka ada pada tetamu jemputan encik Amirul.
“Syam, aku baru saja contact dengan budak-budak kita kat senibong, mereka dah mula buat persembahan,”
Thanks Dino,”
Welcome…ni bila nak mula ni, aku tengok tetamu ramai dah datang..”
Hisyam tergelak kecil lantas dia berkata
“Sabarlah Dino, diaorang ni baru kali pertama buat persembahan, mestilah nak ambil banyak masa nak belajar memasang segala peralatan bunyi ni…kau pun dulu macam tu juga kan?”
“Yalah, tapi ni dah luar dari biasa ni….marah pula encik Amirul tu nanti,” Ujar Dino.
“Okeylah, encik Danial Norman, kalau macam tu kita tolong diaorang pasang kelengkapan tu, jom,”
“Mak ai….ingat lagi nama penuh aku ya……hahaha” Dino tergelak tatkala dia dipanggil sebegitu oleh rakannya.
Hisyam juga turut tergelak sama lalu pantas menuju ke arah tiga orang pemuzik baru mereka. Pada malam ini mereka diberikan tugasan untuk mengadakan persembahan dirumah encik Amirul setelah menjalani latihan isentif secara serta-merta.
Oleh kerana kekurangan krew teknikal maka ketiga-tiga pemuzik itu terpaksalah mengatur dan menyusun sendiri tetapan bunyi speaker dan dapatan muzik yang sesuai dengan keadaan persekitaran luar rumah.
Pengalaman sebegitu sememangnya sukar ditempuhi tapi pada Hisyam ianya tidak lebih dari mendidik pekerjanya supaya menjadi lebih professional tidak kiralah samaada pekerja tetap mahupun sepenuh masa, apa yang penting mendidik itu adalah satu perlakuan yang mulia disisi yang maha kuasa.
“Abu! Bass macam mana?” Tanya Dino
“Dah beres tinggal nak pasang gitar eletrik dua biji,” Balas Abu membuatkan Dino hairan lantas bertanya kepada Hisyam yang duduk disebelahnya sedang leka dengan tuning tali gitarnya.
“Dua biji? Syam siapa lagi main malam ni?”
“Dah tentulah aku dengan budak tiga orang tu...”
“Habis tu buat apahal setup gitar sampai dua biji?”
Hisyam tersenyum sinis seraya memetik tali gitarnya satu persatu. Tanpa menoleh ke arah Dino lalu dia menjawab soalan rakan sekerjanya itu.
.........BERSAMBUNG .................

nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

Wednesday, February 23, 2011

EPISOD 22 - JAWAPAN DOKTOR




 “Sewaktu Farah mengalami keadaan tenat dua tahun lepas dimana kami mendapati dia tiada langsung peratus hidup. Mak cik telah membuat keputusan dengan memilih no mercy killing dan keputusan Mak cik memang betul kerana setelah seminggu dia berkeadaan begitu akhirnya keadaanya kembali normal tapi masih tidak dapat menyedarkan diri. Kes seperti ini mungkin berlaku satu dalam sejuta,” Ujar Doktor Suresh.
Mak Long Timah termangu seketika. Perasaannya bercampur baur.
“Mak cik saya minta diri dulu. Saya perlu jalankan beberapa pemeriksaan terhadap Farah supaya kita lebih jelas dengan keadaannya. Jadi buat masa ini, belum ada sesiapa pun boleh dibenarkan berjumpa dengan Farah.”
Mak Long Timah mengangguk faham.

      Sementara itu Suhafizah dan keluarganya baru sahaja tiba diperkarangan Hospital Sultanah Aminah manakala Waffey dan Syafik sudahpun berada di klinik pesakit luar Mahmodiah.
      "Siapa yang telefon tu?" Soal Puan Farizah.
      "Waffey, katanya dia dah ada kat Klinik Pesakit Luar Mahmodiah,"
      "Amboi jauhnya parking," Komen Farhana.
      "Alah Farhana tadi kita nak parking kereta kita pun kena pusing banyak kali," Ujar Suhafizah.
      "Dah nama pun Hospital, faham-fahamlah,"
      Mereka bertiga menuju ke wad bernombor sembilan dimana Farah ditempatkan. Dan ketika itu mereka terserempak dengan Waffey dan Syafik dihadapan pintu masuk wad.
      "Cepat juga korang sampai ya," Komen Puan Farizah.
      "Kami ni dari pejabat, mak cik," Jawab Syafik.
      Mereka berlima segera masuk kedalam wad sembilan dan menemui Mak Long Timah yang sedari tadi sudahpun duduk menunggu disitu.
      "Timah, kau buat apa kat luar ni? Farah macam mana?" Soal Puan Farizah ingin tahu tatkala bertemu dengan kakaknya.
      "Doktor tengah periksa keadaan dia. Dia dah sedar cuma kita tak tahu samaada ingatanya masih lagi sihat ataupun tidak," Ujar Mak Long Timah.
      Waffey dan Suhafizah saling berpandangan manakalah Syafik pula kelihatan runsing. Mereka terlupa bahawa Farah mengalami koma setelah mengalami kecederaan teruk dikepalanya ketika kemalangan jalan raya empat tahun lepas.
      "Macam mana kalau dia lupa pasal cerita tu?" Bisik Waffey kepada Suhafizah.
      "Insyaallah tak akan. Aku yakin dia kuat semangat Waffey," Balas Suhafizah.
Setelah beberapa minit mereka menunggu akhirnya Doktor Suresh keluar daripada bilik rawatan bersama dengan beberapa orang jururawat.
      "Farah sudah pulih sepenuhnya dan setelah saya periksa keadaannya, saya dapati Farah boleh keluar minggu hadapan," Beritahu Doktor Suresh.
      "Kami boleh melawat dia?" Soal Syafik.
      "Silakanlah tapi saya nasihatkan supaya jangan banyak bertanya mengenai kisah lalu,"
      "Kenapa?" Soal Waffey dan Suhafizah serentak.
........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

Monday, February 21, 2011

EPISOD 21 - KEJUTAN





“Alah bilik mesyuarat tu sekejap saja nak dikemaskan. Yang tu nantilah lepas majlis perasmian tu pun tak apa…sekarang ni kita kena fokus pada malam perasmian tu sebab malam itulah nadi kepada permulaan firma kita,”
“Ya betul tu Cik,” Sokong Lina.
“Oh ya…saya lupa nak pesan pada awak,”
“Apa dia Cik?”
“Siapkan juga tugas-tugas ahli jawatankuasa majlis pada malam tu untuk tujuh orang,” Pinta Suhafizah kepada Lina.
“Tujuh orang? Siapa lagi lima orang tu?” Soal Lina hairan kerana daripada apa yang dia tahu, Waffey, Syafik dan juga Suhafizah akan melayani tetamu pada malam itu.
“Akauntan baru kitalah,” Jawab Suhafizah ringkas. Lina mengangguk perlahan tanda mengerti.
“Lina jom kita lunch. Saya belanja hari ni,” Pelawa Suhafizah membuatkan Lina tersenyum gembira.
Pada keesokan harinya sebaik sahaja Suhafizah baru sahaja pulang daripada pejabat dia di dikejutkan dengan satu berita yang menggembirakannya dan juga mengejutkan dia.
“Hah!? Betul ke mak?” Soal Farhana seolah-olah tidak mempercayai perkara yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi.
“Betul baru tadi Mak Long Timah kau telefon beritahu Farah dah sedar,”
Suhafizah yang berada diatas segera turun ke bawah tatkala telinganya menangkap bunyi keriuhan itu dibawah.
“Apa lagi yang Mak Long cakap?” Soal Puan Farizah.
“Mula-mula dia cari mak tapi mak keluar pergi kedai, lepas tu dia minta Farah tolong beritahu mak, bahawa Kak Farah baru saja sedarkan diri petang tadi,” Terang Farhana dengan panjang lebar manakala Suhafizah pula tercegat di atas anak tangga mendengarkan suara Farhana walaupun perlahan kerana terlalu jauh tapi telinganya masih dapat menangkap butir percakapan adiknya itu dengan jelas.
“Farah dah sedar…….” Getus hati Suhafizah, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku dikala ini lantas dia meluru mendapatkan Farhana.
“Betul ke Nana?” Soal Suhafizah.
“Ya allah, senang kita pergi ramai-ramai melawat Kak Farah kat hospital. Akak dengan mak tengoklah sendiri, adik pun rasa macam tak percaya juga.”
“Yalah jom kita pergi Nana….Fizah cepat siap, kita bergerak ke hospital sekarang,” Kata Puan Farizah.
Memang sukar dipercayai, Farah yang mengalami keadaan koma yang kritikal akibat kemalangan jalanraya empat tahun lepas kini disahkan sedar dan pulih walhal dahulu doktor pernah mengatakan harapan untuk Farah pulih sangat sukar dan mencadangkan agar Farah diberikan suntikan mercy killing. Apakah kedatangan Suhafizah memberikan keajaiban kepada Farah?
Sebelum mereka bertolak. Suhafizah sempat menghubungi Syafik yang masih lagi berada di pejabat.
“Helo, ya….Fizah…kenapa?...eh betul ke? Tak apa sekarang ni aku datang….pejabat? aku suruh Lina tolong tengokkan,”
Syafik lantas meletakkan ganggang telefon lalu bergegas mendapatkan Waffey yang berada di pejabatnya sedang sibuk mengemas perkakas.
“Waffey! Waffey!” Jerit Syafik membuatkan  beberapa orang pekerja di situ terpinga-pinga melihat gelagat pengarahnya.
“Apahal kau ni? macam kena sergah hantu,”
“Farah…..Farah dah sedar,” Ucap Syafik.
“Hah!? Betul ke?”
“Betul…Suhafizah telefon aku tadi, jomlah kita pergi hospital sekarang.”
“Eh pejabat ni siapa yang nak jaga?” Soal Waffey semula.
“Lina boleh jaga, dah jomlah…tinggalkan dulu kerja-kerja tu, esok pagi boleh sambung,”
Waffey menurut kehendak Syafik tanpa banyak kata, namun begitu jauh disudut hatinya merasa bersyukur kerana Farah kini telahpun sedar daripada koma.Pasti apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Pasti ada, kerana allah maha berkuasa dan juga maha penentu segalanya.
******************
“Saya berterima kasih pada tuan doktor kerana telah merawat anak saya dengan baik,” Ucap Mak Long Timah kepada Doktor Suresh. Pakar neurologi yang bertanggungjawab mengendalikan kes Farah.
“Mak cik tak perlu berterima kasih dengan saya, ini sudah ketentuan tuhan, saya pun sukar untuk mempercayai perkara ini dan saya harap Mak cik pun berterima kasih kepada diri sendiri kerana telah membuat keputusan yang bijak,”
“Apa maksud doktor?”
“Sewaktu Farah mengalami keadaan tenat dua tahun lepas dimana kami mendapati dia tiada langsung peratus hidup. Mak cik telah membuat keputusan dengan memilih no mercy killing dan keputusan Mak cik memang betul kerana setelah seminggu dia berkeadaan begitu akhirnya keadaanya kembali normal tapi masih tidak dapat menyedarkan diri. Kes seperti ini mungkin berlaku satu dalam sejuta,” Ujar Doktor Suresh.

........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)