“Alah bilik mesyuarat tu sekejap saja nak dikemaskan. Yang tu nantilah lepas majlis perasmian tu pun tak apa…sekarang ni kita kena fokus pada malam perasmian tu sebab malam itulah nadi kepada permulaan firma kita,”
“Ya betul tu Cik,” Sokong Lina.
“Oh ya…saya lupa nak pesan pada awak,”
“Apa dia Cik?”
“Siapkan juga tugas-tugas ahli jawatankuasa majlis pada malam tu untuk tujuh orang,” Pinta Suhafizah kepada Lina.
“Tujuh orang? Siapa lagi lima orang tu?” Soal Lina hairan kerana daripada apa yang dia tahu, Waffey, Syafik dan juga Suhafizah akan melayani tetamu pada malam itu.
“Akauntan baru kitalah,” Jawab Suhafizah ringkas. Lina mengangguk perlahan tanda mengerti.
“Lina jom kita lunch. Saya belanja hari ni,” Pelawa Suhafizah membuatkan Lina tersenyum gembira.
Pada keesokan harinya sebaik sahaja Suhafizah baru sahaja pulang daripada pejabat dia di dikejutkan dengan satu berita yang menggembirakannya dan juga mengejutkan dia.
“Hah!? Betul ke mak?” Soal Farhana seolah-olah tidak mempercayai perkara yang baru sahaja didengarinya sebentar tadi.
“Betul baru tadi Mak Long Timah kau telefon beritahu Farah dah sedar,”
Suhafizah yang berada diatas segera turun ke bawah tatkala telinganya menangkap bunyi keriuhan itu dibawah.
“Apa lagi yang Mak Long cakap?” Soal Puan Farizah.
“Mula-mula dia cari mak tapi mak keluar pergi kedai, lepas tu dia minta Farah tolong beritahu mak, bahawa Kak Farah baru saja sedarkan diri petang tadi,” Terang Farhana dengan panjang lebar manakala Suhafizah pula tercegat di atas anak tangga mendengarkan suara Farhana walaupun perlahan kerana terlalu jauh tapi telinganya masih dapat menangkap butir percakapan adiknya itu dengan jelas.
“Farah dah sedar…….” Getus hati Suhafizah, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku dikala ini lantas dia meluru mendapatkan Farhana.
“Betul ke Nana?” Soal Suhafizah.
“Ya allah, senang kita pergi ramai-ramai melawat Kak Farah kat hospital. Akak dengan mak tengoklah sendiri, adik pun rasa macam tak percaya juga.”
“Yalah jom kita pergi Nana….Fizah cepat siap, kita bergerak ke hospital sekarang,” Kata Puan Farizah.
Memang sukar dipercayai, Farah yang mengalami keadaan koma yang kritikal akibat kemalangan jalanraya empat tahun lepas kini disahkan sedar dan pulih walhal dahulu doktor pernah mengatakan harapan untuk Farah pulih sangat sukar dan mencadangkan agar Farah diberikan suntikan mercy killing. Apakah kedatangan Suhafizah memberikan keajaiban kepada Farah?
Sebelum mereka bertolak. Suhafizah sempat menghubungi Syafik yang masih lagi berada di pejabat.
“Helo, ya….Fizah…kenapa?...eh betul ke? Tak apa sekarang ni aku datang….pejabat? aku suruh Lina tolong tengokkan,”
Syafik lantas meletakkan ganggang telefon lalu bergegas mendapatkan Waffey yang berada di pejabatnya sedang sibuk mengemas perkakas.
“Waffey! Waffey!” Jerit Syafik membuatkan beberapa orang pekerja di situ terpinga-pinga melihat gelagat pengarahnya.
“Apahal kau ni? macam kena sergah hantu,”
“Farah…..Farah dah sedar,” Ucap Syafik.
“Hah!? Betul ke?”
“Betul…Suhafizah telefon aku tadi, jomlah kita pergi hospital sekarang.”
“Eh pejabat ni siapa yang nak jaga?” Soal Waffey semula.
“Lina boleh jaga, dah jomlah…tinggalkan dulu kerja-kerja tu, esok pagi boleh sambung,”
Waffey menurut kehendak Syafik tanpa banyak kata, namun begitu jauh disudut hatinya merasa bersyukur kerana Farah kini telahpun sedar daripada koma.Pasti apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Pasti ada, kerana allah maha berkuasa dan juga maha penentu segalanya.
******************
“Saya berterima kasih pada tuan doktor kerana telah merawat anak saya dengan baik,” Ucap Mak Long Timah kepada Doktor Suresh. Pakar neurologi yang bertanggungjawab mengendalikan kes Farah.
“Mak cik tak perlu berterima kasih dengan saya, ini sudah ketentuan tuhan, saya pun sukar untuk mempercayai perkara ini dan saya harap Mak cik pun berterima kasih kepada diri sendiri kerana telah membuat keputusan yang bijak,”
“Apa maksud doktor?”
“Sewaktu Farah mengalami keadaan tenat dua tahun lepas dimana kami mendapati dia tiada langsung peratus hidup. Mak cik telah membuat keputusan dengan memilih no mercy killing dan keputusan Mak cik memang betul kerana setelah seminggu dia berkeadaan begitu akhirnya keadaanya kembali normal tapi masih tidak dapat menyedarkan diri. Kes seperti ini mungkin berlaku satu dalam sejuta,” Ujar Doktor Suresh.
........................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment