“Awak menabur janji sebab Aina ke?”
“Tidak..atas perasaan kasihan….masa itu saya masih lagi tidak tahu bahawa Amirul adalah ayah kepada Aina.
“Baiklah awak ceritalah saat manis awak berjumpa dengan Aina pada malam majlis hari jadi itu,” Pinta Syarifah.
Hisyam memulakan cerita dan Syarifah mendengar dengan fokus, pita rakaman itu diperiksa seketika untuk memastikan samaada ianya terus menjalankan tugasnya atau sebaliknya dan ketika itu masa perbincangan sudahpun berbaki lima belas minit.
************
“Azlan kau pergi setup kat stage…Hassan kau pula pergi bawa wayar-wayar, Abu kau tolong aku angkat amplifier ni,” Hisyam memberikan arahan kepada krew-krew muziknya.
Mereka segera melaksanakan tugas sepertimana yang telah diarahkan oleh Hisyam. Ini adalah kali pertama Hassan, Azlan dan Abu terlibat dalam muzik separa professional. Selama ini mereka hanya mengasah bakat didalam studio tetapi kali ini mereka akan mempersembahkan bakat yang mereka ada pada tetamu jemputan encik Amirul.
“Syam, aku baru saja contact dengan budak-budak kita kat senibong, mereka dah mula buat persembahan,”
“Thanks Dino,”
“Welcome…ni bila nak mula ni, aku tengok tetamu ramai dah datang..”
Hisyam tergelak kecil lantas dia berkata
“Sabarlah Dino, diaorang ni baru kali pertama buat persembahan, mestilah nak ambil banyak masa nak belajar memasang segala peralatan bunyi ni…kau pun dulu macam tu juga kan?”
“Yalah, tapi ni dah luar dari biasa ni….marah pula encik Amirul tu nanti,” Ujar Dino.
“Okeylah, encik Danial Norman, kalau macam tu kita tolong diaorang pasang kelengkapan tu, jom,”
“Mak ai….ingat lagi nama penuh aku ya……hahaha” Dino tergelak tatkala dia dipanggil sebegitu oleh rakannya.
Hisyam juga turut tergelak sama lalu pantas menuju ke arah tiga orang pemuzik baru mereka. Pada malam ini mereka diberikan tugasan untuk mengadakan persembahan dirumah encik Amirul setelah menjalani latihan isentif secara serta-merta.
Oleh kerana kekurangan krew teknikal maka ketiga-tiga pemuzik itu terpaksalah mengatur dan menyusun sendiri tetapan bunyi speaker dan dapatan muzik yang sesuai dengan keadaan persekitaran luar rumah.
Pengalaman sebegitu sememangnya sukar ditempuhi tapi pada Hisyam ianya tidak lebih dari mendidik pekerjanya supaya menjadi lebih professional tidak kiralah samaada pekerja tetap mahupun sepenuh masa, apa yang penting mendidik itu adalah satu perlakuan yang mulia disisi yang maha kuasa.
“Abu! Bass macam mana?” Tanya Dino
“Dah beres tinggal nak pasang gitar eletrik dua biji,” Balas Abu membuatkan Dino hairan lantas bertanya kepada Hisyam yang duduk disebelahnya sedang leka dengan tuning tali gitarnya.
“Dua biji? Syam siapa lagi main malam ni?”
“Dah tentulah aku dengan budak tiga orang tu...”
“Habis tu buat apahal setup gitar sampai dua biji?”
Hisyam tersenyum sinis seraya memetik tali gitarnya satu persatu. Tanpa menoleh ke arah Dino lalu dia menjawab soalan rakan sekerjanya itu.
.........BERSAMBUNG .................
No comments:
Post a Comment