Sunday, February 6, 2011

EPISOD 7






“Ceritanya begini, saya dah janji dengan anak saya untuk adakan majlis hari jadi dia yang besar-besaran, untuk itu saya pun cetaklah kad jemputan sebanyak lima ratus keping, bila kad tu dah siap dihantar kepada para jemputan barulah saya perasan masa majlis yang tertera diatas kad tu salah,”
Kasihan pula Hisyam dibuatnya tatkala mendengar penjelasan dari Amirul membuatkan dia terfikir satu perkara.
“Boleh tak Encik Amirul tunggu sebentar,” Pinta Hisyam lantas berlalu dari sofa itu untuk mendapatkan Dino yang berada dibelakang.
“Dino kau nak bonus tak bulan ni?” Tanya Hisyam kepada Dino.
“Kau ni tanya orang gila pun mesti dia kata nak,” Balas Dino
“Kalau macam tu, apa kata kalau kita saja yang perfome untuk malam hari jadi anak Encik Amirul tu? aku main gitar, kau main bass.”
Dino mengerutkan dahinya seraya memandang Hisyam dengan penuh hairan.
“Yelah tu…drummer, second guitar, vokalis mana kau nak cari?” Soal Dino seraya mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Yang tu kerja kau….aku nak kau pergi tanya dengan budak-budak yang tengah memekak kat dalam studio-studio ni semua,” Jawab Hisyam seraya tangannya menunjuk ke arah studio-studionya.
“Aku?”
“Ada aku sebut nama orang lain tadi,” Ujar Hisyam.
“Baiklah bos saya menurut perintah.” Akur Dino dengan nada yang menyindir kemudian berlalu untuk melaksanakan tugasnya.
Sementara itu Hisyam pula segera mendapatkan Amirul yang sedang duduk di sofa hadapan.
“Encik Amirul jangan risau, kugiran saya tetap akan buat persembahan di kedua-dua buah tempat.” Beritahu Hisyam kepada Amirul membuatkan lelaki itu tersenyum kegembiraan.
“Tapi Encik Hisyam bagaimana pula nak adakan persembahan di dua tempat sekaligus?” Soal Amirul ingin tahu.
Hisyam mengukir senyuman lantas dia berkata
“Saya sendiri yang akan membuat persembahan malam tu,”
“Benarkah?” Tanya Amirul untuk kepastian.
“Ya betul, Encik Amirul tak perlu risau, yang Encik patut risaukan sekarang ni adalah persiapan majlis hari jadi anak encik tu,” Ucap Hisyam.
Mereka berjabat tangan lantas Amirul melangkah keluar dari studio Hisyam dengan wajah kegembiraan, masakan tidak kerana kini tidak perlulah untuk dia memeningkan kepalanya untuk memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Sementara itu, Dino yang ditugaskan untuk mencari tiga pemuzik baru bagi menganggotai kugiran ‘terjun’ yang bakal membuat persembahan pada malam majlis hari jadi anak perempuan Amirul, sudahpun menjumpai ‘pak sanggup’ yang berminat untuk membuat persembahan pada malam itu. Lantaran itu dia membawa ketiga-tiga pemuzik tersebut berjumpa dengan Hisyam yang baru sahaja masuk ke dalam pejabatnya sebaik sahaja Amirul berlalu pulang.
Tuk tuk tuk
“Masuk,” Perintah Hisyam sebaik sahaja mendengar pintu pejabatnya diketuk.
Dino dengan pantas memusing tombol pintu lantas membawa masuk tiga orang pemuzik yang baru sahaja dijumpainya sebentar tadi untuk diperkenalkan dengan Hisyam.
“Syam, ni aku dah jumpa, kau interviewlah diaorang, aku ada kerja sikit. Speaker kat studio A tu jahanam lagilah, nak kena repair.” Pinta Dino dengan ayat yang selamba.
“Okey Pergilah,” Balas Hisyam.
Hisyam memandang ke arah tiga orang pemuzik tersebut satu-persatu, kelihatannya masing-masing sudahpun bekerja.
“Siapa nama kamu bertiga?” Tanya Hisyam.
“Azlan,” Beritahu pemuzik sebelah kanan.
“Abu,” Beritahu pemuzik yang tengah.
“Hassan,” Beritahu pemuzik yang sebelah kiri pula
“Masing-masing punya pekerjaan tetap?” Soal Hisyam lantas dijawab dengan angukkan daripada ketiga-tiga pemuzik itu.
“Kamu semua benar-benar berminat untuk menganggotai kugiran separuh masa kami?” Soal Hisyam semula untuk kepastian.
Sekali lagi ketiga-tiga pemuzik tersebut mengangguk-angguk dengan penuh yakin.
“Baiklah, seandainya kamu bertiga sudahpun bersetuju, saya nak menguji dulu kebolehan kamu bertiga sebab dua minggu lagi ada tugasan untuk kamu semua,” Terang Hisyam kepada tiga orang pemuzik itu yang bakal menjadi pekerja barunya.
“Tugasan apa………………………………...
.........BERSAMBUNG .................

nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment