Monday, February 7, 2011

EPISOD 18 - SEJARAH SILAM






 “Hmm Syafik hari ini kau ada kemana-mana tak?”
“Tak ada kenapa ayah?” Soal Syafik.
“Malam ni ayah ada jemputan makan malam. Ayah nak kamu ikut,” Pinta ayah Syafik membuatkan dia sedikit hairan kerana sebelum ini tidak pernah pula ayahnya mengajaknya untuk bersama-sama kedalam apa jua jemputan ataupun majlis rakan-rakannya.
“Eh kenapa pula Syafik kena ikut,” Soal Syafik mendapatkan kepastian dalam kehairanan.
“Ikut sajalah manalah tahu kalau-kalau kau  pun nak jadi downline ayah.” Balas ayahnya seraya tersenyum.
Pada majlis makan malam yang diadakan di Hotel Selesa yang dihadiri lebih daripada seratus orang ahli perniagaan rangkaian jualan langsung, Syafik lebih banyak menyendiri, masakan tidak kerana tidak seorang pun daripada mereka yang Syafik kenal.
Tiba-tiba seorang gadis yang mungkin muda atau sebaya dengannya menegur dia dari belakang.
“Asalamualaikum, menyendiri nampak,” Sapa gadis itu seraya di bibirnya mengukir senyuman.
Syafik memandang gadis itu dengan penuh hairan. Mulutnya masih terkunci dari mengeluarkan sepatah kata kerana inilah kali pertama dia menghadapi pengalaman sebegini.
“Apahal pula perempuan ni tegur aku ni, kenal pun tidak,” Syafik bermonolog sendirian di dalam hatinya.
“Awak mesti anak pak cik Mustafa, betul kan?”
“Ya,” Jawab Syafik ringkas menutur pembuka bicara pertamanya.
“Nama saya Farah,” Ujar Farah memperkenalkan dirinya.
“Ooo….Farah pun aktif juga ke jual minuman kesihatan ni?” Soal Syafik cuba memesrakan diri.
“Eh tak adalah, saya cuma ikut ibu saya malam ni. Saya masih belajar lagi, semester akhir Politeknik Merlimau,” Balas Farah tertawa lucu kerana dia telah disangkakan salah seorang daripada ahli perniagaan rangkaian jualan langsung yang mana perniagaan tersebut menjual produk-produk minuman kesihatan.
“Oh saya ingatkan awak salah seorang daripada mereka. Nampaknya kita ni serupalah. Saya pun ikut ayah saya datang ke majlis makan malam ni,” Terang Syafik.
“Daripada apa yang saya dengar, awak pelajar tahun tiga ijazah perakaunan komersial di kampus induk UITM Shah Alam betul?”
“Nampaknya awak banyak tahu mengenai diri saya.” Komen Syafik tanpa menjawab soalan Farah.
“Ibu saya banyak bercerita pasal awak….yalah awak dapat sambung pengajian di institusi yang terkemuka sedangkan saya pula terpaksa bersungguh-sungguh  membuat rayuan untuk memasuki ke IPTA, barulah dapat,”
“Eh awak jangan cakap macam tu, semuanya sama mungkin ada hikmah semua tu,” Balas Syafik.
Farah mengangguk-anggukan kepalanya. Dirasakan ada benarnya kata-kata Syafik jika dinilai semula.
Beberapa minggu kemudian Syafik dimaklumkan oleh ayahnya bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan sebaik sahaja tamat pengajiannya di UITM bersama calon pilihan keluarga.
Mulanya Syafik menentang keputusan ayahnya itu  dengan keras tapi sebaik sahaja mengetahui siapa gerangan bakal tunangnya akhirnya dia bersetuju tapi ada satu perkara yang masih Syafik khuatiri.
Rupa-rupanya pertemuan diantara dia dan Farah telah dirancang oleh ayahnya demi menyempurnakan hasrat untuk menjadi besan kepada Puan Fatimah yang merupakan uplinenya yang paling berjaya dalam perniagaan jualan langsung tambah pula dengan bekas pengalaman Puan Fatimah sebagai seorang guru besar sedikit sebanyak mempengaruhi downline-downline yang telah dia kumpulkan.
“Saya tak kisah ayah nak jodohkan saya dengan sesiapa pun cuma apa yang penting sekarang ni adalah perasaan orang yang ayah nak jodohkan tu,” Ujar  Syafik.
“Apa maksuk kamu ni Syafik?”
“Farah setuju ke?” Soal Syafik kepada ayahnya.
“Puan Fatimah setuju,” Balas ayahnya ringkas namun jawapan itu masih tidak memuaskan hatinya.
“Itu ibunya. Yang saya tanya anaknya, tuan punya badan tu,”
Suasana senyap ketika, Syafik masih lagi menunggu jawapan untuk soalannya.
“Minggu depan Farah balik dari Melaka….. Syafik dapatkanlah jawapan yang kamu mahukan itu sendiri daripada dia,” Ujar ayah Syafik.
Hari yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba namun begitu dada Syafik berdebar dengan begitu kencang, hatinya tidak enak, seolah-olah akan berlaku sesuatu dan hatinya itu betul. Dia bagaikan tidak percaya apabila menerima berita daripada Puan Fatimah yang mengatakan bahawa Farah terlibat dalam kemalangan……………
Kini setelah empat tahun berlalu, takdir telah menemukan dia bersama Waffey tanpa dirancang sejurus permohonannya untuk menukar tempat bertugas daripada Majlis Perbendaharaan  Negeri Melaka diterima dan bertugas di Jabatan Akauntan Johor dua bulan lebih awal sebelum Waffey masuk bertugas disitu.


........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment