Sunday, February 13, 2011

EPISOD 8


 EPISOD 8


Tang….tang…tang
Kedengaran pintu jeriji besi itu diketuk oleh warden penjara yang bertugas lantas membuatkan Hisyam bangun dari lamunannya.Bunyi ketukan itu bergema di sekitar penjara Ayer Molek.
“Peguam kamu nak jumpa,” Ujar Warden penjara itu lalu mengari kedua belah tangan Hisyam.
Hisyam dibawa ke bilik dimana peguamnya sedang menunggunya untuk ditemubual. Setibanya disitu dia melihat seorang wanita lingkungan pertengahan dua puluhan sedang menunggunya disitu.
“Asalamualaikum, nama saya Syarifah peguambela kamu,” Peguam itu memperkenalkan dirinya.
“Siapa yang lantik kamu?” Soal Hisyam.
“Dino… pekerja kamu,” Jawab Syarifah ringkas.
“Baiklah saya perlu bertanya dan awak ceritakan kepada saya dan izinkan saya rakam perbualan ini?”
Hisyam mengangguk perlahan dan sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada Hisyam dengan pantas dia mengeluarkan alat perakam suara untuk merakam temubual mereka maka bermulalah tugas Syarifah selaku peguambela pada saat itu.
“Apa yang saya tahu encik Hisyam merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang muzik separuh profesional, boleh saya tahu bagaimana kamu boleh menjadi ahli perniagaan?” Soal Syarifah.
“Saya berasal dari keluarga yang susah, saya berhenti sekolah ketika berada di darjah enam. kemudian saya mula bekerja dengan pemilik lama studio saya itu pada suatu hari saya berjaya memenangi sejumlah wang daripada kerajaan  kerana lagu hasil ciptaan saya berjaya merebut tempat pertama dalam pertandingan mencipta lagu Malaysia,”
Kelihatan Syarifah mencatatkan sesuatu didalam buku catatannya kemudian menanyakan lagi soalan kepada Hisyam.
“Jadi awak gunakan wang yang awak menang itu untuk membeli studio yang awak miliki sekarang ni daripada pemilik asal?”
“Ya tapi sayangnya studio itu tak lama lagi pasti bakal kehilangan tuannya sekali lagi” Jawab Hisyam ringkas.
“Boleh tahu apa hubungan awak dengan Aina Liyana?” Syarifah terus bertanya.
Hisyam menunduk seketika mungkin sedih diatas kematian Aina Liyana ataupun sedih kerana dituduh membunuhnya.
“Dia kekasih saya,” Jawab Hisyam seraya menampakkan wajah yang sayu dipandangan mata Syarifah.
“Apa pula hubungan awak dengan Kamal?”
“Saya tidak pernah kenal Kamal dengan rapat tapi saya tahu dia adalah bekas kekasih Aina Liyana,” Ujar Hisyam. Raut wajahnya jelas kelihatan seolah-olah dia tidak menyukai Kamal.
Syarifah menganggukan kepalanya mungkin saat itu dia terfikirkan sesuatu.
“Awak pernah berjumpa dengan dia?” Soal Syarifah lagi.
“Pernah… adalah dalam dua atau tiga kali tapi pertemuan itu tak lain dan tak bukan hanya kerana Aina,” Jawab Hisyam tanpa melengahkan masa kerana dia tahu masa yang ada inilah belas ihsan tuhan memberikan dia peluang untuk mendapatkan keadilan.
“Kerana Aina?”
“Ya kerana dia...dia cuba untuk merebut kembali perasaan Aina selepas dia tinggalkan perempuan itu terkulai kesepian,” Ucap Hisyam.
Syarifah mendiamkan dirinya. Tiada lagi soalan yang dikemukakan oleh Syarifah sebaliknya tangannya laju mencatat butir-butir yang penting.
“Boleh kamu ceritakan bagaimana kamu boleh bertemu dengan Aina buat kali pertama,”
Hisyam menarik nafas sedalam yang mungkin lalu menghembusnya.
“Saya berjumpa dengannya buat kali pertama adalah ketika saya terdengar dia menangis keseorangan dibelakang restoran ketika dua minggu sebelum hari kelahirannya yang ke dua puluh tiga”



“Kenapa awak menangis ni?” Soal Hisyam kepada wanita yang berada didalam kereta itu.
“Awak jangan ganggu saya. Saya nak bersendirian,” Balas Wanita itu semula tanpa memandang ke arah Hisyam kerana dia menekapkan kedua belah tangan menutupi mukanya.
“Saya bukan nak ganggu tapi saya tak sampai hati tengok awak menangis macam ni,” Ujar Hisyam dengan hati yang ikhlas
Wanita itu masih meneruskan tangisannya tanpa membalas kata-kata Hisyam dan ketika itu Hisyam menjadi serba salah samaada meninggalkan wanita itu ataupun pergi mendapatkan Dino yang sedang menunggunya di dalam restoran.
“Ah…kusut kepala aku, tak akan nak tinggalkan perempuan ni sorang-sorang pula kat sini, aduh…kusut..kusut..” Hisyam bermonolog sendirian di dalam hati.
Hisyam terpaku sejenak disitu setelah menimbang berat perkara ini lantas dia membuat keputusan untuk kembali semula kepada Dino. Hisyam mula mengorak langkah namun begitu langkahnya terhenti tatkala wanita itu menahannya.

No comments:

Post a Comment