Wednesday, February 16, 2011

EPISOD 20 - KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN






 “Awak duduklah dulu, saya ada beberapa perkara penting nak diusulkan kepada awak dan ini juga berkaitan dengan masa depan awak, saya harap apa yang akan saya usulkan kepada awak ni akan menjadi penentu bagi masa depan awak,” Ujar Fatin lantas menyerahkan sampul surat berwarna putih kepada Waffey.
Waffey menyambut huluran tersebut lantas bertanya kepada Fatin.
“Apa ni?”
Fatin tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum sambil kekal duduk diatas kerusinya.
“Bacalah,” Ujar Fatin.
“Waffey mengoyakkan penutup sampul surat itu dengan cermat lalu mengeluarkan isi dalamnya yang merupakan sehelai surat rasmi dari kerajaan.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dengan ini kami bagi pihak Akauntan Negara ingin memaklumkan kepada Encik Abdul Waffey Bin Abdul Aziz pembantu tadbir kewangan N27 telahpun dilantik menjadi pembantu pengarah kewangan N41 bagi menggantikan Cik Nurshahira Binti Syazlan selaku ketua unit naziran Akauntan Negara Johor yang akan berpindah.
3.   Sehubungan dengan itu anda dikehendaki menjawab surat tawaran ini dalam tempoh masa tidak lebih daripada tiga puluh satu hari.
Sekian, terima kasih

Waffey termangu seketika setelah isi kandungan surat itu selesai dibacanya. Ini memang benar-benar menjadi kejutan buatnya kerana dengan jawatan yang dijawatnya sekarang memang jauh jurangnya jika dibandingkan dengan jawatan yang ditawarkan sepertimana yang tertulis dalam surat itu.
“Betul ke ni?” Soal Waffey hairan.
“Awak nampakkan tandatangan surat tu? kalau awak masih tak percaya awak boleh telefon headquarters,” Balas Fatin.
Waffey mendiamkan diri. Surat perletakan jawatan masih lagi berada ditangannya hanya menunggu masa untuk diserahkan saja.
“Tak apalah Waffey. Awak ada masa lagi untuk berfikir,” Ujar Fatin.
Waffey masih lagi kaku dikerusi itu. Kata-kata Fatin itu dirasakan ada benarnya dan perkara ini masih lagi boleh difikirkan.
“Apa-apa pun keputusan. Saya kena bincang dulu perkara ni dengan Suhafizah,” Ujar Waffey lalu bingkas bangun dari kerusinya namun sebelum sempat Waffey beredar dari situ Fatin dengan segera memanggilnya semula.
“Waffey, tunggu sekejap. Ni kad jemputan saya, bulan depan saya dan Amran akan berkahwin dengan Amran,”
Fatin menyerahkan kad jemputan itu kepada Waffey dan Waffey menyambut huluran kad itu dengan perlahan.
“Terima kasih Fatin, insyaallah saya akan datang,” Kemudian Waffey pantas berlalu dari situ menyembunyikan wajah yang mula bertukar sayu.
*************
“Lina Saya nak awak pastikan segalanya lancar,” Ucap Suhafizah kepada pembantu peribadi yang baru sahaja dilantiknya.
“Baik Cik, semua kad jemputan sudahpun  Abu despacth hantar petang tadi,” Jawab Lina.
“Macam mana dengan Encik Syafik dan Encik Waffey, sudah kamu maklumkan kepada mereka bahawa hari esok kita ada sesi temuduga pengambilan akauntan?”
“Sudah cik”
“Bagus kalau macam tu saya nak awak periksa aturcara sepanjang minggu ini sehingga ke malam majlis perasmian firma kita lima hari lagi. Ingat segala-galanya perlu dibuat dengan lebih terperinci sebab mulai hari ini sehinggalah tarikh keramat tu kita memang akan benar-benar sibuk.” Terang Suhafizah.
“Saya faham Cik cuma….er…cuma,”
“Cuma apa Lina?”
“Pejabat kita ni bila nak kemas Cik? Dari apa yang saya tengok pejabat besar macam ni bukan boleh dikemas dan disusun dalam masa sehari dua Cik,” Komen Lina yang baru sahaja dua hari bekerja dengan Suhafizah, begitu juga dengan Abu. Mereka berdua adalah pekerja bawahan yang terawal bekerja di firma itu.
“Tak apa Lina, esok ada lebih daripada tiga puluh orang yang akan hadir sesi temuduga dan ini adalah ujian pertama mereka. Saya akan pastikan mereka akan susun meja, kerusi, memasang komputer dan juga mengemas segala peralatan disini mengikut seperti pelan dan kordinat yang telah Encik Waffey lakarkan,” Terang Suhafizah kepada Lina.
Suhafizah benar-benar bersyukur kerana kehadiran Abu dan Lina sedikit sebanyak memudahkan kerja-kerjanya, tambahan pula pekongsi-pekongsi dia yang lain sibuk dengan kerja mereka.
Nak menghantar surat jemputan, menguruskan majlis perasmian, menjemput media, temuduga pengambilan pekerja dan segala-galanya itu perlu diselesaikan dalam masa sepanjang lima hari ini sehinggalah tibanya malam majlis perasmian yang mendebarkan Suhafizah, Waffey dan Syafik.
Nasibnya baik apabila sedang dia pening kepala memikirkan segala urusan yang terpaksa dia selesaikan dalam masa yang suntuk ini Lina dan Abu yang merupakan pasangan sepupu datang untuk meminta kerja disitu.
“Tapi Cik Fizah,boleh ke mereka semua habiskan kerja-kerja tu dalam masa yang singkat?”
“Insyaallah Lina, saya yakin mereka semua boleh, lagipun pejabat ni bukannya besar sangat cuma dua tingkat saja. Tingkat atas biarlah kami bertiga kemaskan sebab tingkat atas tu memang pejabat kami pun,” Ujar Suhafizah.
“Macam mana pula dengan bilik mesyuarat? Kan bilik tu pun terletak ditingkat atas,”........................

........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment