Kini setelah empat tahun berlalu, takdir telah menemukan dia bersama Waffey tanpa dirancang sejurus permohonannya untuk menukar tempat bertugas daripada Majlis Perbendaharaan Negeri Melaka diterima dan bertugas di Jabatan Akauntan Johor dua bulan lebih awal sebelum Waffey masuk bertugas disitu.
Dengan kesempatan yang ada, dia cuba untuk mengenali Farah melalui Waffey kerana agak mustahil untuk dia bertanyakan kepada Fatin.
Dia memang sengaja merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Waffey begitu juga dengan Fatin. Syafik sendiri tidak mengerti hasrat hatinya itu namun dia yakin bahawa kata hatinya benar.
***************
“Aku minta maaf Suhafizah kalau sepanjang empat tahun ni aku bermusuh dengan kau, aku tak boleh terima apa yang berlaku. Sepanjang kau berada di England, tiada satu pun perkhabaran berita aku utuskan, ucapan tahniah diatas kejayaan kau pun tak pernah langsung.” Ujar Fatin ketika dia berada dikamar Suhafizah.
Suasana dikamar Suhafizah ketika itu penuh syahdu. Masing-masing cuba untuk meluahkan segala apa yang terbuku dihati selama empat tahun persengketaan ini tercetus.
“Fatin, aku….aku nak minta maaf atas apa yang berlaku dulu, tiap orang ada buat kesalahan bukan?”
Fatin mendiamkan diri, mungkin tersentuh dengan apa yang telah Suhafizah ucapkan namun begitu dia tetap membalas kata-kata Suhafizah.
“Tak apa Fatin, aku pun nak lupakan peristiwa paling pahit dalam sejarah hidup aku tu,”
Fatin mengukir senyuman begitu juga dengan Suhafizah. Hati mereka berdua merasa lapang setelah mereka meluahkan rasa kesal mereka lantas mereka saling berpelukan seketika.
“Marilah kita sama-sama membuka lembaran baru,” Ucap Fatin. Beberapa ketika kemudian kedengaran seperti pintu bilik diketuk oleh seseorang.
Tuk..tuk..tuk
“Minta maaf menganggu,” Ujar Farhana sebaik sahaja muncul dimuka pintu kamar Suhafizah.
“Eh tak apalah. Ada apa Nana?” Soal Fatin dengan pantas menyeka matanya yang mula bergelinangan begitu juga dengan Suhafizah.
“Marilah kita turun sembang kat bawah. Air pun Nana dah siapkan,” Beritahu Farhana. Dia hanya buat-buat tidak menyedari akan wajah yang suram yang jelas terbit diwajah Fatin dan Suhafizah. Dia malas untuk masuk campur hal orang dewasa.
“Buat susah-susah jelah Nana ni,” Kata Fatin.
“Mana ada susahnya, kak Fatin tetamu kami dan saya cuma jalankan apa yang patut tuan rumah perlu buat,” Balas Farhana separuh menyindir seraya menyorot matanya memandang wajah Suhafizah yang jelas berubah tatkala mendengar ayat yang dituturkan oleh Farhana.
“Aih budak ni sindir aku…hmmm…Nana, Nana,” Suhafizah bermonolog sendirian dihatinya lantas mengajak Fatin untuk turun kebawah.
“Jomlah Fatin, sejuk pula air yang Nana buat tu,” Ucap Suhafizah lalu bingkas bangun diikuti Fatin kemudian mereka berdua bergerak seiiringan turun kebawah sambil Farhana dihadapan mendahului kedua mereka.
“Kalau tak silap kakak, Nana tahun ni tingkatan tiga betul?” Fatin kepada Farhana sewaktu mereka sama-sama berada di ruang tamu seraya menyaksikan telivisyen yang menyiarkan program bual bicara yang dikendalikan oleh Reza Muhammad.
“Ya kak,” Jawab Farhana ringkas lantas menyuakan biskut kering kedalam mulutnya.
“Tahun ni ada peperiksaan besarlah…….. Penilaian menengah rendah, so macam mana dengan persiapan peperiksaaan?”
“Hmm kena banyak buat latihan terutama sekali dengan matematik, killer subject tu,”
“Baguslah kalau macam tu. Belajarlah rajin-rajin. Jadi macam kakak Nana ni, sampai ke England dia menimba ilmu,” Komen Fatin seraya memuji Suhafizah lantas membuatkan Suhafizah yang sedang menyisip cawan tehnya itu tersedak.
“Kau pun apa kurangnya Fatin, universiti tempatan sekarang ni pun hebat juga, banyak negara luar yang dah mengiktiraf institusi pengajian tinggi negara kita. Itu satu petanda yang baik menunjukkan kemajuan negara dalam bidang pendidikan tinggi yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain,” Balas Suhafizah.
“Hah tu Nana, tengok tu, gaya percakapannya kalau sekali dengar dah mirip dengan pemimpin negara,” Usik Fatin lagi disambut dengan gelak tawa masing-masing yang berada disitu.
“Kalau boleh Nana nak jadi akauntan macam Kak Fizah and Kak Fatin,” Luah Farhana mengemukakan hasratnya itu.
“Nana minat ke nak jadi akauntan?” Soal Suhafizah kepada adik kesayangannya itu.
“Kenapa?”
“Kalau nak jadi akauntan yang berjaya mestilah kena kuat berusaha,” Sampuk Fatin menjawab soalan Farhana buat Fatin.
“Ya mesti, Nana akan cuba selagi yang terdaya dan bila dah berjaya nanti Nana nak kerja dengan Kak Fizah,”
Fatin mengerutkan dahi tatkala halwa telinganya menangkap butir percakapan Farhana. Apakah maksud kata-kata Farhana itu? Adakah Suhafizah mempunyai perniagaannya sendiri?
Pelbagai persoalan timbul difikiran Fatin.
“Kerja?” Ujar Fatin hairan.
“Yalah, Kak Suhafizah kan dah ada firma audit sendiri,” Beritahu Farhana kepada Fatin.
Suhafizah yang berada disitu cuma tersenyum pahit tatkala mendengar tutur kata Farhana mendedahkan rahsia dia dan Waffey yang sepatutnya belum tiba masa untuk Fatin tahu.
Pada keesokan paginya Waffey dengan penuh bersemangat melangkah masuk kedalam bangunan kompleks tun abdul razak. Hari ini dia akan berjumpa dengan Fatin untuk menyampaikan surat perletakan jawatannya. Lantaran itu butang lif ditekan untuk membawa dia naik ke pejabatnya yang terletak di tingkat enam.
Dengan penuh keyakinan dia melangkah masuk kedalam pejabat, sebelum itu sempat lagi dia berjumpa dengan Khalilah di kaunter penyambut tetamu.
“Khalilah, hari ini Syafik E.L”
“Apa tu E.L?” Soal Khalilah disambut deraian tawa Waffey.
“Kau ni Khalilah, itu pun tak tau ke? Cuti kecemasanlah…… E.L tu akronim dalam bahasa inggeris.” Terang Waffey.
“Kalau kau cakap bahasa Malaysia tadi tu apa salahnya, kitakan orang melayu Waffey. Bahasa melambangkan bangsa,” Tegur Khalilah membuatkan Waffey tersenyum.
“Okeylah aku tahu, kau ni bagus betul, tak ramai rakyat melayu cintakan budaya macam kau,” Puji Waffey cukup membuatkan Khalilah yang pantang dipuji itu tersenyum bangga sekaligus menutup mulutnya itu.
“Awal pagi dah kena basuh…” Getus hati Waffey menggeleng-gelengkan kepalanya seraya dibibirnya masih lagi memekarkan senyuman.
Waffey melangkah menuju ke meja kerjanya untuk meletakkan beg kemudiannya mengeluarkan sehelai sampul surat putih. Dia melangkah menuju ke bilik pejabat Fatin yang terletak di sayap kiri ruangan pejabat itu.
Tuk..tuk..tuk
“Masuk,” Perintah Fatin yang berada didalam lantas Waffey memulas tombol pintu itu.
“Asalamualaikum Puan,” Sapa Waffey,
“Waalaikumsalam Waffey, saya tahu apa tujuan awak ke mari dengan sampul surat putih yang berada di tangan awak tu,” Ujar Fatin membuat Waffey tercengang seketika.
“Apa maksud dia tahu?........siapa yang beritahu dia?.......” Getus hati Waffey.
“Awak duduklah dahulu, saya ada beberapa perkara penting nak diusulkan kepada awak dan ini juga berkaitan dengan masa depan awak, dan saya harap apa yang akan saya usulkan kepada awak ni akan menjadi penentu bagi………………………………………..
........................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment