Hisyam terpaku sejenak disitu setelah menimbang berat perkara ini lantas dia membuat keputusan untuk kembali semula kepada Dino. Hisyam mula mengorak langkah namun begitu langkahnya terhenti tatkala wanita itu menahannya.
“Ar….err…er..en..encik tunggu!”
Hisyam lantas menoleh semula ke arah wanita itu dan detik itu serta saat itu dia sedikit terpesona dengan keayuan wajah wanita itu.
“Alangkah cantiknya kau kalau tiada tangisan diwajahmu itu,” Getus Hisyam masih lagi kaku terpaku disitu.
“Saya minta maaf,” Ujar Wanita itu membuatkan Hisyam tersedar dari lamunannya.
“Eh apa pulak, awak tak ada buat salah apa pun,”
“Saya minta maaf kerana menghalau awak tadi,”
Hisyam mengukir senyuman bagi menceriakan wanita itu. Dia harap wanita itu juga tersenyum sepertinya juga.
“Nama saya Hisyam dan saya tak marah pun awak halau saya tadi. Saya faham awak dalam keadaan tertekan tadi.”
“Nama saya Aina Liyana,”
“Wah macam nama puteri rajalah,” Komen Hisyam membuatkan Aina tertawa kecil seraya mengusap tangisnya yang sudahpun reda.
Ketika itu Hisyam benar-benar terpesona dengan keayuan wajah Aina, inilah kali pertama dia terpesona dengan keayuan wanita sepanjang dia hidup.
“Awak ni mengarutlah,” Ujar Aina.
“Eh tidak….saya suka lihat awak macam ni, dah tak sedih lagi,”
“Bodoh macam mana aku boleh terfikir nak berhenti melalak kat sini….malu betul aku hari ni……tempat terceruk macam ni pun ada orang lalu…ish..sebelum dia tanya aku terus-terusan, lebih baik kalau aku pergi dari sini…” Getus hati Aina.
“Saya….saya cuma tertekan itu saja….seronok dapat jumpa dengan awak tapi sayang, saya tak boleh lama. Saya terpaksa beredar dari sini,” Ujar Aina meminta dirinya sebelum Hisyam mengorek lebih jauh cerita mengenai dirinya.
Hisyam temangu sebentar. Rasanya ingin dia mengenali Aina dengan lebih rapat tapi harus bagaimana dimulakan?
“Oh ya ni kad saya, kalau ada apa-apa hal, telefonlah saya,” Hisyam pantas memberikan kadnya kepada Aina. Hanya itu sahaja idea yang terlintas dikepalanya dikala itu.
Aina menyambut huluran kad itu dan menyimpankannya di dalam beg tangan. Dia memusingkan anak kunci keretanya, serentak dengan itu kedengaran enjin kereta itu berderum.
“Terima kasih Hisyam, insyaallah saya akan telefon, maafkan saya sekali lagi sekiranya saya tergesa-gesa pergi,”
“Tak apa, lagipun awak ada hal kan? Siapalah saya ni nak halang urusan awak,” Ujar Hisyam.
Aina lantas menutup pintu keretanya lalu beredar dari situ meninggalkan Hisyam yang sedang terleka dibuai kenangan indah.
Namun begitu dia segera tersedar tatkala wajah Dino tiba-tiba menjelma dalam bayangannya.
“Masyaallah, Dino macam mana aku boleh terlupa astaghfirullah al azim……………………..
“Pada hari itu jugalah saya ditakdirkan berjumpa dengannya tapi pada awal perkenalan kami, ianya tak ubah dari suratan kebetulan. Namun entah macam mana sekali lagi takdir menentukan bahawa kami akan berjumpa sekali lagi,” Cerita Hisyam kepada Syarifah.
“Bila kamu berjumpa selepas itu?”
“Dua minggu berikutnya. Pada majlis hari jadinya,” Beritahu Hisyam.
“Dia hubungi awak?” Soal Syarifah lagi.
“Tak,”
Syarifah tidak mengerti, perasaan hairannya mula wujud tatkala mendengar jawapan ringkas Hisyam. Bagaimana pula dia boleh berjumpa dengan Aina sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa maklumat komunikasi? Melainkan sekiranya Aina yang menghubunginya kerana Hisyam ada memberikan kadnya kepada Aina.
“Saya faham apa yang cik Syarifah sedang fikirkan. Saya berjumpa dengan Aina dua minggu setelah kami mula berkenalan di belakang restoran itu juga adalah satu kebetulan,”
“Boleh awak cerita bagi saya faham,” Pinta Syarifah.
“Ini bermula setelah saya pulang ke studio pada petang itu dan ketika itu jugalah ayah Aina ada di studio saya untuk membayar kumpulan muzik studio saya untuk membuat persembahan pada malam majlis hari jadi anaknya, Aina tapi pada awalnya encik Amirul mahu membatalkan hasratnya itu gara-gara terdapat sedikit kesilapan teknikal,”
“Jadi dia batalkan?” Soal Syarifah lagi.
“Tak, saya berjanji dengan dia, walau apa yang berlaku sekalipun, kumpulan muzik saya tetap akan membuat persembahan dimajlis itu sepertimana yang dimahukan,”
“Awak menabur janji sebab Aina ke?”
“Tidak..atas perasaan kasihan….masa itu saya masih lagi tidak tahu bahawa Amirul adalah ayah kepada Aina.
.........BERSAMBUNG .................
No comments:
Post a Comment