EPSIOD 17 - PERASAAN SYAFIK
“Tak apa yang itu kita bincang kemudian. Sekarang ni kita balik rumah dulu, lagipun aku tak siapkan lagi surat perletakan jawatan aku tu,” Getus Waffey.
“Walau apa pun aku harap rancangan perniagaan kita ni berjaya Waffey,”
“Insyaallah, kita akan berjaya asalkan kita teruskan usaha dan doa. Aku janji dalam masa yang terdekat ni kita akan buat semula perbincangan, aku rasa cadangan kau tu memang sesuai dengan keadaan sekarang ni,”
Waffey melihat jam ditangannya, dengan lantas dia berkata,
“Eh Syafik, jomlah kita balik, perut aku dah kebulur ni,”
Syafik tersenyum melihat gelagat Waffey.
“Harap badan saja kurus tapi makan…..masyaallah tuhan saja yang tahu,”
Waffey tertawa kelucuan begitu juga dengan Syafik.
“Eh aku lupa pulak. Kalau balik rumah pun bukannya ada makanan,”
“Hah dah tu nak masak ke?” Soal Syafik menyindir.
“Huih…berapa lama lagi nak tunggu. Tak payahlah, kita makan kat kedai nasi beriani rosmerah lagi cepat,”
Syafik mengangguk setuju lantaran itu dia mula melangkah menuju ke keretannya, begitu juga dengan Waffey, mereka berdua masing-masing membawa kenderaan sendiri namun belum sempat Syafik masuk kedalam keretanya, dia lantas melaung ke arah Waffey.
“Waffey kau balik dulu!”
“Eh kau nak kemana?”
“Aku nak ke hospital, cam biasalah,”
“Habis tu kau tak nak makan dulu ke?” Soal Waffey semula namun dijawab dengan gelengan kepala Syafik.
Waffey hanya mengangguk tanda faham lantas dia melangkah masuk kedalam keretannya kadangkala dia sendiri pun hairan kenapa dan bagaimana Syafik begitu rapat dengan Mak Long Timah. Kenapa dia begitu mengambil berat akan perkembangnan Farah seolah-olah mereka sudah sekian lama kenal, namun begitu Waffey sentiasa baik sangka. Mungkin sememangnya itu sikap sebenar Syafik.
Waffey membuang jauh perasaannya tatkala itu sambil tangannya memutarkan anak kunci menghidupkan enjin keretanya.
Sambil mengemudi stereng keretanya dengan cermat, fikirannya kembali semula berputar ligat memikirkan akan isi kandungan yang harus dicoretkan diatas surat perletakkan jawatannya yang akan diserahkan pada esok hari.
Sementara itu Syafik yang berada dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah begitu runsing tatkala fikirannya dihantui dengan kata-kata yang diucapkan oleh Suhafizah tempoh hari ketika melawat Farah di Hospital.
“Apakah benar Farah akan pulih?” Bermonolog sendirian.
Tanpa disedarinya. Dia sudahpun membelok masuk ke perkarangan hospital lalu meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya.
“Oh Syafik rupanya…daripada mana tadi?” Soal Mak Long Timah tatkala dia melihat Syafik melangkah masuk ke dalam wad itu.
“Daripada firma,” Jawabnya ringkas.
“Eh dah mula beroperasi ke?” Soal Mak Long Timah semula kehairanan kerana sepertimana yang dia tahu, firma audit hasil perkongsian diantara Suhafizah, Waffey dan Syafik akan mula beroperasi dua minggu yang akan datang.
“Eh bukanlah mak. Saya saja melawat tapak, belum mula pun lagi, hari ni baru nak bawa masuk alatan pejabat,” Ujar Syafik tanpa kekok membahasakan diri Mak Long Timah sebagai mak.
“Syafik, apakah Waffey tahu……”
“Tak dia tak tahu,” Pintas Syafik pantas.
“Habis tu kenapa tak diberitahu?”
Syafik menghela nafasnya lalu berkata
“Entahlah mak, saya tak rancang pun semua ni…biarlah dia tahu sendiri nanti,”
Kali ini giliran Mak Long Timah pula menghela nafasnya tatkala mendengar jawapan yang diberikan oleh Syafik. Jauh disudutnya tidak mahu menganggu fikiran anak muda itu yang jelas terganggu semenjak Farah mengalami kemalangan.
Selama empat tahun ini dia gagah setia menunggu disamping Farah, pelbagai penderitaan yang telah dihadapi termasuklah pemergian ibunya yang tersayang menambah lagi keperitan hidup dimuka bumi ini. Namun begitu segala penderitaan dihadapinya dengan tabah.
“Mak betulkah Farah akan sedar tidak lama lagi?” Soal Syafik namun soalan tersebut sukar untuk dijawab oleh Mak Long Timah kerana dia sendiri tidak pasti.
“Entahlah Syafik,” Jawab Mak Long Timah ringkas.
“Mak saya nak keluar sekejap ambil angin,” Pinta Syafik lantas keluar dari wad tersebut.
Dia merebahkan punggungnya diatas kerusi panjang yang diletakkan di tepi koridor hospital sambil fikirannya menerawang kembali peristiwa empat tahun lepas dimana cerita Farah dan dia mula tertulis di dalam buku kehidupan.
Suasana riang empat tahun lepas yang sangat di rinduinya……………..
........................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment