Episod 1
“Kau?....er kau dah gila ke?” Pucat wajah pemuda itu tatkala melihat pisau yang terhunus bersinar tajam menunggu pemangsanya.
“Ya memang aku dah gila….kau rampas kekasih aku yang aku jaga, yang aku sayang bagaikan menatang minyak yang penuh………”
“Tapi dia yang datang semula pada aku Hisyam!” Pintas pemuda itu seraya tapak kakinya melangkah ke belakang selangkah demi selangkah namun langkah pemuda itu terhenti kerana terdapat dinding dibahagian belakang telah menahannya.
Dia silap, tidak sepatutnya dia berjumpa dengan Hisyam ditempat seperti ini.
“Ya memang dia datang pada kau sebab kau ugut dia untuk dedahkan rahsia diri dia! Aku tahu semua tu, aku tak bodoh!” Bentak Hisyam lalu pisau ditangannya digenggam lebih erat menandakan dia siap untuk melakukan serangan.
“Hisyam, aku minta maaf Sham, kau…..er…kau tak akan bunuh aku betul tak?”
“Maaf yang kau minta tu dah tak bernilai lagi, semuanya dah terlambat, selama ni kau banyak menyusahkan aku, terimalah pengajaran ni daripada aku,”
Hisyam menerpa ke arah pemuda itu yang sudahpun terkunci langkahnya namun begitu pisau yang dihunuskan Hisyam itu dapat ditangkis ketepi lalu membuatkan pisau itu tercampak jauh dari pegangan Hisyam.
“Bukk!”
Satu tumbukan hinggap dimata pemuda itu lalu Hisyam mengambil kesempatan yang ada untuk mencekik mangsanya tanpa belas kasihan.
Hisyam benar-benar hilang pertimbangan, akal warasnya telah dikuasai oleh dendam kesumat bersertakan hati yang panas membara………………………….
Gedebushh!!!
Segar-bugar mata Hisyam dibuatnya lalu bingkas bangun dari pembaringannya yang basah lencun.
“Apa ni?” Soal Hisyam terpinga-pinga melihatkan keadaan dirinya yang basah seperti bermandi didalam hujan lebat.
Dino yang sudahpun terpacak disebelahnya itu hanya mengeleng-gelngkan kepalayan sahaja. Seraya ditangannya membawa sebuah baldi kosong yang mana isinya itu telahpun dicurahkan ke atas Hisyam sebentar tadi.
“Kau tanya aku?...aku yang patut tanya kau, kenapa sejak akhir-akhir ni kau selalu mengigau macam orang kena rasuk?”
“Aku mengigau?”
“Yalah sampai terpekik terlolong..bunuh,bunuh,bunuh….naik bulu roma aku,”
Hisyam beristighfar lantas bertanya kepada Dino
“Ni kau nak kemana ni?”
“Kerjalah….ahh sudahlah , aku nak ke gerak ni, kau jangan lupa pulak malam ni syif kau jaga studio. Bulan ni tempahan studio meningkat sebab tak lama lagi ada pertandingan rock band Malaya” Ujar Dino lalu melangkah pergi meninggalkan Hisyam yang kebasahan dibiliknya.
“Hoi! Baldi ni angkutlah balik!” Pekik Hisyam kepada Dino, namun pekikan itu tidak diendahkannya.
Hisyam hanya mengeleng-gelengkan kepalanya namun begitu fikirannya masih bercelaru tatkala memikirkan mimpi aneh yang kerap kali dialaminya sejak akhir-akhir ini, penah sekali sampai ibunya sendiri yang datang menyedarkanya dari tidur ketika dia mengigau tatkala wanita berumur lima puluh tahun itu terdengar anaknya menjerit seperti ingin membunuh seseorang.
Apakah maksud sebenar mimpi Hisyam itu? Tiada siapa yang tahu dan sepertimana hari-hari yang lepas yang telah dilalui oleh Hisyam dia hanya mengabaikan mimpi buruk itu yang jelas ternyata permainan tidur semata-mata.
“Syam!” Jerit suara dari arah dapur.
“Ya mak!”
“Kau dah bangun?”
“Dah mak, kejap ni tengah kemas katil ni,” Balas Hisyam lalu menanggalkan cadar serta sarung bantalnya yang separuh basah akibat disimbah oleh Dino tadi.
“Dino, Dino teruk aku nak basuh cadar ni nanti,”
Hisyam menetap bersama ibunya yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya yang turut mengorbankan ayah serta tiga orang adik perempuannya. Peristiwa itu berlaku dua belas tahun yang lalu. Ketika itu dia masih lagi berusia tiga belas tahun dan semenjak dari hari itu persekolahannya tidak dapat diteruskan lagi.
Masakan tidak. Siapa yang mahu menanggung perbelanjaan sekolah Hisyam selepas ketiadaan ayahnya yang sebelum ini bertungkus-lumus mencari rezeki? Adakah ibunya yang lumpuh itu? Sudah semestinya tidak, oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk berkerja ketika itu.
Perjalanan hidupnya memang sukar digambarkan kerana ketika itu ramai majikan tidak mahu mengambil dia berkejra kerana faktor usianya yang muda ketika itu namun dengan berkat usahanya yang gigih akhirnya dia diterima bekerja di sebuah studio muzik sewaan sebagai krew teknikal dan dia juga mengambil kesempatan yang ada itu untuk mendalami ilmu dalam bidang muzik.
Sepanjang lima tahun dia berkerja disitu banyak yang telah diperolehi akhirnya dengan berkat keyakinan yang gigih dia menyertai pertandingan mengubah lagu patriotik anjuran kerajaan ketika itu yang menawarkan hadiah utama sebanyak tiga puluh ribu ringgit dan nasib benar-benar baik kerana dia berjaya memperoleh tempat pertama dalam pertandingan itu sekaligus mengubah gaya hidupnya.
Dengan duit yang ada akhirnya dia mengambil keputusan untuk membeli studio muzik dimana tempatnya berkerja daripada majikannya lantas menjadikan dia sebagai seorang usahawan dalam industry muzik underground.
Hasil dari kemenangan itu jugalah studio yang kini menjadi miliknya begitu popular sehinggakan ahli-ahli band dari Singapura juga turut berjamming di studionya.
Dia juga telah menambah perkhidmatan band hiburan yang boleh di bayar bagi memeriahkan majlis keramaian seperti majlis perasmian, hari jadi dan juga majlis perkahwinan. Kini dia mampu tersenyum kerana berjaya memperolehi pendapatan sekitar tujuh hingga enam ribu sebulan hasil niaganya dan dia berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya...........................bersambung
LAGU TEMA : CINTA TIGA SEGI
LAGU TEMA : CINTA TIGA SEGI
nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment