Monday, January 24, 2011

EPISOD 15 – AMANAT TIMAH

EPISOD 15 –  Amanat Timah



“Kau tak rasa pelik ke Izah?”
“Pelik apanya Kak Long?” Tanya Puan Farizah sedikit hairan.
“Aku tengok mereka berempat tu lain macamlah,” Ujar Mak Long Timah seraya megesat ubun-ubun Farah dengan sehelai sapu tangan basah.
“Lain macam yang macam mana tu Kak?”
Mak Long Timah meletakkan besen berisi air suam beserta sapu tangan yang digunakan tadi diatas meja.
“Kau tak perasan ke sekarang ni mereka berempat tu macam dah berpecah kepada dua arah? Waffey dengan Suhafizah….Amran pula dengan Fatin,”
Puan Farizah mengukir senyuman tatkala mendengar tutur bicara kakaknya yang berusia lima tahun lebih tua darinya.
“Kak mungkin sebab Amran kini sudah bertunang dengan Fatin,” Balas Puan Farizah tanpa menyimpan apa-apa perasaan janggal mahupun pelik.
“Apa kaitannya jikalau Amran dan Fatin sudah bertunang?”
Puan Farizah mengerutkan dahinya, memang dia akui soalan tersebut agak sukar untuk dijawab.
“Hmm entahlah,” Balas Puan Farizah dengan nada berputus asa.
“Aku yakin Izah, budak-budak tu ada sembunyikan sesuatu daripada kita, yang sebenarnya aku ada perkara nak beritahu kau,”
“Apa dia kak?”
“Aku ni dah tua, entah berapa lama lagi boleh hidup, cuma satu saja aku nak pesan……bila aku dah tak ada nanti, aku harap kau akan jaga Farah sebaik mungkin,” Pinta Mak Long Timah
 Puan Farizah hanya merenung kakaknya itu.  Dalam pada masa yang sama, Suhafizah yang baru sahaja pulang ke rumah daripada melihat tapak premis menjenguk ke segenap ruang rumahnya daripada tingkat bawah hingga ke atas.
“Apa yang akak cari tu?” Soal Farhana hairan dengan tingkahlaku kakaknya.
“Mak mana Nana?”
“Hospital,” Jawab Farhana ringkas sambil meneruskan kerjanya. Dia yang baru sahaja masuk ke tingkatan tiga tahun ini terpaksa menghadapi pelbagai soalan latihan yang diberikan oleh semua guru yang mengajarnya, kadangkala ada juga dia mengadu pada ibunya, namun begitu Puan Farizah sebagai seorang ibu hanya sabar melayani kerenah anak-anaknya.
Bibirnya tidak pernah kering dalam menasihati anak-anaknya agar mereka menjadi orang yang berjaya kelak.
“Hospital? Dia tak ajak pun kakak,”
“Kalau akak pagi-pagi buta dah lesap macam mana nak ajak. Akak kemana pagi tadi?” Soal Farhana.
“Melawat tapak premis, well tak lama lagi akak kan jadi ahli perniagaan,” Balas Suhafizah lantas duduk disebelah adiknya yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya.
“Kak, kalau Nana tanya sikit boleh tak?”
“Tanyalah,”
“Abang Waffey tu baik tak kak?” Soal Nana membuatkan Suhafizah mengerutkan dahinya kehairanan.
“Ni dah kenapa pulak tiba-tiba tanya pasal abang Waffey ni? Nana suka dia ke?” Usik Suhafizah.
“Ya memang Nana suka dia, sebab tu kalau boleh Nana nak dia jadi abang ipar Nana,” Balas Farhana membuatkan Suhafizah tersentak ekoran kata-kata adiknya itu.
“Ish merepek saja adik ni,” Ujar Suhafizah lantas mencampai beg tangannya lalu bingkas bangun untuk menuju kebiliknya yang terletak ditingkat atas.
“Alah, Nana tahu akak ada hati kat Abang Waffey kan? Orang pun perempuan juga,” Ujar Farhana lagi seraya tersenyum nakal mengusiknya.
“Ah sudahlah, akak nak naik mandi,” Ujar Suhafizah pantas berlalu menaiki anak tangga menuju kebiliknya namun jawapan yang diberikan oleh Suhafizah itu menambahkan lagi kelucuan buat Farhana.
“Hei kakak aku sorang ni. Mana ada orang mandi tengah hari buta macam ni,” Farhana bermonolog sendirian seraya menghabiskan baki tawanya.
Tiba-tiba telinga Farhana mendengar bunyi deruman enjin kereta namun begitu dia yakin bahawa bunyi deruman itu bukanlah datang dari kereta ibunya.
Farhana bingkas bangun merapati tingkap bersebelahan dengan pintu masuk rumahnya dengan segera kain langsir diselaknya pantas.
Daripada jenis kenderaan tersebut sudah cukup membuatkan Farhana tersenyum.
“Asalamualaikum....................................bersambung

nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment