Sunday, January 16, 2011

EPISOD 3

“Allah, banyak betul rancangan dalam kepala otak kau nilah………hish…….rancangan kau nak buka kedai membaiki dan menjual alat muzik kat Plaza Angsana tulah,” Ujar Dino mengingatkan semula Hisyam.
Hisyam mengerutkan dahinya cuba mengingatkan kembali rancangan sepertimana yang diungkapkan oleh Dino sebentar tadi.
“Oh ya baru aku teringat…mestilah cormfirm…aku dah senaraikan beberapa pembekal untuk membekalkan peralatan-peralatan muzik tu,”
Dino mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham dan tidak lama kemudian pelayan restoran yang melayan mereka sebentar tadi kembali sambil membawa minuman yang telah mereka pesan.
Dino mengucapkan terima kasih sebaik sahaja cawan berisi teh tarik itu diletakkan diatas mejanya lalu pelayan tersebut pantas berlalu dari situ.
“Macam mana pula dengan studio mayang sari tu? siapa pula yang nak uruskan bila kau dah buka kedai muzik tu?” Soal Dino seraya menyisip minumannya.
“Hmm entahlah nanti aku iklankan dalam surat khabar.  Jawatan kosong sebagai pengurus untuk diisi,” Jawab Hisyam sengaja menguji perasaan Dino.
Ternyata wajah Dino pantas berubah tatkala Hisyam mengucapkan kalimahnya sebentar tadi lataran itu membuatkan Hisyam tersenyum kerana ujiannya telah memberikan jawapan.
“Hahaha….mestilah kau. Kau dah lama kerja kat studio tu, dah faham sangat dah selok-belok urusan yang penting-penting kat studio tu,”
“Eh…aku tak kata pun yang aku nak jadi pengurus,” Balas Dino cuba menyorokkan niatnya.
“Tapi kau nak tak?”
“Terpulang pada kau, kalau kau percaya aku boleh uruskan studio tu. Aku tak ada masalah,”
“Dino. Kitakan dah lama kenal, semenjak kita sama-sama berkerja hinggalah studio tu aku beli, kalau boleh aku nak jadikan kau sebahagian dari keluarga aku Dino, kau dah macam abang aku sendiri,” Ujar Hisyam.
“Ish kau ni, nak berdrama pun janganlah kat sini,” Balas Dino geli hati namun sedikit sebanyak ayat yang dituturkan itu menyentuh jiwannya.
Hisyam menyisip tehnya sehingga tinggal suku dari gelas itu lantas dia kembali menyambung semula bicaranya.
“Hmm suka hati kaulah, tapi aku tetap dengan keputusan aku dan aku nak kau pertajamkan lagi ilmu yang ada untuk kau gunapakai sewaktu kau menjadi pengurus kelak,”
Dino hanya menganggukkan kepalanya seraya bibirnya menguntumkan sebuah senyuman yang bukan kerana kegembiraan sebaliknya kelucuan tatkala bicara kata Hisyam itu jika dikumpulkan mungkin boleh dijadikan sebuah novel.
“Baiklah encik Hisyam, saya hanya menurut perintah,” Ucap Dino lantas mereka meledakkan tawa serentak.
“Kau jangan pernah cuba nak cakap macam tu lagi, geli aku dengar,” Balas Hisyam.
Setelah sekian lama mereka berbual akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang. Seharian berada di studio hari ini cukup memenatkan mereka berdua ekoran hari ini terdapat kerja-kerja rakaman muzik bagi kumpulan Aroks yang menginginkan lagu mereka dirakam disitu pada hari ini.
Namun begitu belum sempat Dino bangun dari duduknya Hisyam pantas berkata,
“Eh aku nak ke tandaslah. Dino kau duduk dulu, aku nak pergi tandas jap,” Ujar Hisyam lantas berlalu pergi dari situ.
Sebaik sahaja keluar dari tandas yang terletak dibelakang restoran dia terdengar suara seorang wanita seakan-akan sedang menangis. Dia mencari dimana arah datangnya bunyi itu lantas membuka pintu belakang restoran dan  melihat seorang wanita cantik molek sedang menangis di dalam keretanya yang diletakkan betul-betul dibelakang tandas restoran menimbulkan tanda tanya kepada Hisyam.
nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment