Tuesday, January 11, 2011

EPISOD 12-AMUK

Episod 12-Amuk



“Saya tak mahu,” Bantah Fatin ringkas.
“Kenapa tidak Fatin?” Amran mempersoalkan bantahan Fatin.
“Sebab tahun ni saya ada banyak komitmen, saya ada banyak kerja kena buat, dan saya tak rasa yang dalam masa yang terdekat ni saya boleh luangkan masa bersama awak,”
Amran tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fatin. Dia merasakan bahawa dia ditipu oleh Fatin.
“Atau awak ada banyak masa untuk dihabiskan bersama bekas kekasih hati awak tu?” Sinis ucapan Amran..
“Awak ni dah kenapa? Sejak adanya Waffey kat pejabat saya tu, perangai awak berubah seratus peratus. Saya ni tunang awak Amran cinta hati saya hanya pada awak,”
Sukar untuk Amran mempercayai kata-kata tunangnya itu.
“Adapun tidak. Saya yakin rasa sayang awak kepada Waffey itu masih berbaki, mustahil hati dan perasaan manusia boleh berubah dengan begitu cepat,”
“Akal awak memang dah tak waras,” Balas Fatin ringkas.
“Ya memang saya dah tak waras, sejak Waffey ada kat pejabat tu, perasaan saya betul-betul bercelaru….jangan-jangan belakang saya awak ada hubungan dengan dia.” Tuduh Amran.
Fatin benar-benar hilang sabar. Dia merasakan yang sikap Amran terlalu keterlaluan sengaja mengunkit kisah lama untuk dijadikan punca pergaduhan.
“Ya memang! Memang aku masih sayangkan dia lagi! Kau tak ada hak nak marah-marah aku…kita cuma baru betunang dan kau belum jadi suami aku yang sah lagi!” Bentak Fatin membuatkan Amran terkejut bukan kepalang.
Namun bukan kerana ayat yang dihamburkan itu yang membuatkan Amran terkejut, sebaliknya perubahan tingkah laku Fatin yang pertama kali dilihatnya sebegitu sehinggakan sanggup beraku  kau pula. Apa maksud Fatin mengatakan bahawa dia masih lagi menyayangi Waffey?
*****************
“Oi jantan sial! Keluar cepat, keluar!”
Syafik tersedar dari tidurnya lantas mengerling ke arah jam yang menunjukkan tepat pukul dua pagi.
“Aduh….siapa sajalah yang terpekik terlolong ni?” Keluh Syafik lantas menghampiri tingkap biliknya.
“Oi! Diamlah, orang nak tidur!” Pekik Syafik lantas di sambung dengan pekikan jiran-jirannya.
Syafik mengosok-gosokkan kedua biji matanya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ini. Apa yang pasti dia tidak pernah pun meminjam wang dari mana-mana along mahupun ceti haram tapi kenapa ada samseng pula yang sedang berdiri dihadapan rumahnya. Pekikan dari jiran tertangga rumahnya juga sudah tidak kedengaran lagi mungkin kerana mereka sedar bahawa orang yang mereka marahkan itu bersenjatakan kayu pemukul kriket.
“Waffey! keluar kau sini!” Pekik suara tu lagi tapi kali ini hanya suara dia sahaja yang kedengaran memecah kesunyian pagi yang muda ini dan tahulah kini Syafik bahawa lelaki itu bukan mahu berurusan dengannya, sebaliknya mahu berurusan dengan Waffey.
Tanpa membuang masa Syafik lantas mendapatkan Waffey yang berada didalam biliknya untuk membangunkan rakannya itu dari tidurnya.
“Waffey! Cepat sikitlah,” Ujar Syafik kepada Waffey yang masih lagi dalam keadaan mabuk tidur seraya mengosok kedua biji matanya.
Mereka berdua menuruni anak tangga lalu menghampiri tingkap yang berada diruang tamu. Dari kaca tingkap tersebut jelas kelihatan sebuah kereta proton persona berwarna hitam menyinarkan lampu terang memancar pintu hadapan rumah mereka. Kelihatan juga seorang lelaki sedang berdiri bersebelahan dengan kereta tersebut seraya mempamerkan wajah yang bengis.
“Waffey!..keluar kau!..aku ada hal sikit nak cakap dengan kau!” Pekik lelaki yang berdiri disebelah kereta persona tersebut.
Syafik buntu, entah makhluk biul mana yang datang tengah malam buta sebegini terpekik terlolong menganggu kejiranan.
“Waffey..siapa tu?” Tanya Syafik kepada Waffey.
Waffey hanya tersenyum lantas menjawab
“Amran,” Beritahu Waffey ringkas.
“Amran? Apa nak buat dia datang ke sini?”
“Kalau nak tahu kenalah tanya,” Ujar Waffey kemudiannya melangkah menuju ke pintu hadapan rumahnya.
“Wo..wo…wo…stop kau nak kemana? Nak jumpa dengan orang gila tu ke?” Tanya Syafik kerisauan.
“Kenapa nak ikut?”
“Eh kau jangan cari pasal, biar saja dia terpekik terlolong kat situ, penat nanti baliklah dia,” Nasihat Syafik.
“Kau jangan nak masuk campur urusan aku Syafik. Marah aku masih lagi berbaki Syafik, bengkak dihati aku ni masih lagi bernanah.”
“Apa yang kau nak buat? Kau nak berdepan dengan dia ke?” Tanya Syafik dengan wajah yang benar-benar risau.
Waffey tidak mengendahkan pertanyaan rakan serumahnya itu dia kini pantas menuju ke arah pintu hadapan rumah dengan tanpa senjata ditangan Waffey memulas tombol pintu rumah tersebut lantas menampakkan dirinya dihadapan Amran yang sudah hilang akal.
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment