Tuesday, January 11, 2011

EPISOD 2


“Hello Rs-Publication boleh saya bantu?”
“Ya boleh saya nak bercakap dengan Cik Aina Liyana pegawai pemasaran,” Pinta lelaki itu sebaik sahaja oeperater menyambut panggilannya.
“Oh minta maaf encik, Cik Aina Tiada di pejabatnya, dia ada mesyuarat, boleh encik tinggalkan pesanan?”
“Oh tak apalah, sekejap lagi saya telefon balik,” Lantas panggilan tersebut ditamatkan sebelum sempat operater telefon itu berkata apa-apa.
“Ish, geramnya aku,” Ujar Syafikah kepada rakan operater yang berada disebelahnya.
“Kenapa?”
“Ni, tadi ada orang telefon tanya pasal Cik Aina. Yang aku geramkan Zati, kalau ya pun tergesa-gesa biarlah aku habis cakap dulu barulah letak telefon,”
Izzati hanya tersenyum sahaja mendengarkan rungutan dari sahabatnya itu.
“Awak tak masuk mesyuarat ke?” Tanya Aina dengan wajah yang serius kepada Syafikah membuatkan operater berusia dua puluh tahun itu terkejut.
“Aa..er….nak masuklah ni Cik,” Balas Syafikah seraya mengagau segala fail diatas mejanya untuk dibawa ke dalam bilik mesyuarat.
“Oh ya Cik, tadi ada seorang lelaki telefon tanyakan pasal Cik tapi belum sempat saya tanya namanya dia dah letak,” Beritahu Syafikah ketika mereka berdua mula meninggalkan pejabat komuikasi Rs- Publication.
“Taka pa, biarkan,” Ujar Aina ringkas namun jelas kelihatan perubahan riak wajahnya tatkala disampaikan berita itu. Apakah Aina tahu akan siapa gerangan yang membuat panggilan itu?”
Aina melangkah menuju ke bilik mesyuarat dengan wajah yang begitu serius mungkin kerana tertekan dengan pihak atasan yang telah meletakkan dia sebagai pelaksana tanggungjawab besar. Hari ini dia perlu merancang segala-galanya dengan terperinci dengan itu, dia sendiri yang akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Tanggungjawab yang diberikan ini memang mencabar baginya kerana pihak lembaga pengarah telah melantiknya sebagai ketua jawatankuasa protokol yang akan menguruskan program hiburan pada majlis persasmian majalh KUIZ tiga minggu lagi.
Aina mengambil tempat duduknya begitu juga dengan Syafikah. Dengan kehadiran ahli seramai sembilan orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa protokol dan juga pekerja bawahannya maka mesyuarat pun bermula.
Akhirnya setelah tiga jam berlalu, sesi mesyuarat itu pun berakhir, Aina keluar dari bilik mesyuarat tersebut dengan langkah yang tergesa-gesa hingga menimbulkan kehairan kepada pekerja-pekerja bawahanya yang berada disitu.
*********
Kamal berlegar-legar disekitar lobi hotel. Dia benar-benar seronok sepanjang menghadiri kursus di sini, tambah lagi dia dapat mengenali rakan-rakan sejawatnya yang berkerja di cawangan E-Conception seluruh Malaysia.
“Encik Kamal buat apa kat sini?” Tegur seorang wanita dari arah belakangnya.
“Hmm saja nak amik angin kat sini,”
“Bukan ke kita berada di lobi, macam mana pula ada angin kat sini?” Gurau wanita itu.
“Awak tak faham maksud saya. Tempat ni betul-betul best kalau boleh saya nak tengok tempat ni puas-puas,” Balas Kamal.
“Wah mesti banyak tempat kat sini encik dah pergi kan?”
“Tak payahlah awak nak berencik dengan saya, panggil saja Kamal……hmmm entahlah Nafisa saya pun tak berapa nak tahu sangat tempat-tempat yang menarik kat sini, adapun saya cuma habiskan masa saya di hotel ni, tambah lagi masa terluang yang ada bukannya banyak pun, semuanya dah di isi dengan aktiviti-aktiviti kursus,”
“Saya pun begitu jugalah En…er..Kamal, tak tahu nak kemana, sedar tak sedar esok hari terakhir kita kat sini,” Ujar Nafisa.
“Yalah, lepas ni saya kena balik semula ke Johor Bahru teruskan kerja disana dan awak pula sudah tentu akan kembali semula ke Melaka,” Balas Kamal kepada wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir di E-Conception cawangan Melaka itu.
Nafisa tersenyum seraya pandangannya dialihkan ke wajah Kamal.
“Jangan risau Kamal, kitakan berkerja dibawah satu majikan yang sama, mana tahu ada lagi kursus macam ni lagi, bolehlah kita jumpa,”
“Rasanya masa tu aawak mungkin dah jadi pegawai eksekutif kot,” Usik Kamal
“Ish, mana ada siapalah saya ni nak jawat jawatan sebesar tu,”
“Tapi awak ada keyakinan selain daripada itu awak juga cantik belum pernah saya berjumpa wanita secantik awak,” Dengan perlahan tangan Nafisa dipegang.
“Bang, bagi saya teh tarik gelas besar kurang manis satu,” Pesan Dino kepada pelayan Restoran Rosmerah Taman Sri Saujana.
“Saya pun sama,” Pesan Hisyam pula.
“Makan apa?” Tanya pelayan itu semula.
“Tak apalah, minum saja,” Balas Hisyam.
“Syam macam mana rancangan yang kau cakapkan hari tu?” Tanya Dino yang merupakan pekerja tetapnya dan juga penyewa di rumahnya namun begitu sudah menjadi sifat Hisyam yang tidak suka membeza-bezakan taraf hidup walaupun orang yang dikenalinya itu pekerjanya sendiri.
“Rancangan yang mana satu?”
nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment