Wednesday, January 26, 2011

EPISOD 16: RANCANGAN MASA HADAPAN


EPISOD 16 MEMORI YANG BERLALU: RANCANGAN MASA HADAPAN



“Asalamualaikum,”
“Waalaikumsalam, jemputlah masuk kak,” Pelawa Farhana.
“Terima kasih, tengah buat apa?”
“Oh tak ada apa Kak Fatin, macam biasalah siapkan kerja sekolah, maklumlah tahun ni Nana ada periksa besar, kenalah berusaha lebih sikit..kakak apa cerita? Lama sungguh tak dengar khabar,”
“Terima kasihlah ambik berat pasal kakak…..oh ya kakak Nana ada tak?” Tanya Fatin.
“Ada kat atas, tak apalah akak duduk dulu nanti Nana panggil kak Fizah,”
Farhana pantas berlalu menaiki anak tangga menuju ke bilik kakaknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, tanpa berlengah lagi dia memberitahu kepada Suhafizah bahawa Fatin sudahpun berada dirumahnya.
“Nana bawalah Kak Fatin naik atas,” Pinta Suhafizah membuatkan Farhana sedikit hairan namun begitu diturutkan juga kehendak kakaknya itu.
Dia kembali semula menuruni anak tangga dan menemui Fatin.
“Ar…er Kak Fizah suruh Kak Fatin naik,” Beritahu Farhana ringkas.
Fatin cuma menganggukkan kepalanya tanda mengerti lalu menaiki anak tangga menuju kebilik Suhafizah yang berada di tingkat atas dengan gerak langkah yang diatur perlahan. Lama benar rasanya dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini semenjak dia dikecewakan dahulu.
“Hai Fizah,” Sapa Fatin sedikit kekok, mungkin kerana sudah lama tidak berbuat demikian.
Suhafizah membalas senyuman tersebut dengan senyuman manis.
“Masuklah Fatin, lama betul rasanya tak jumpa kau,” Ujar Suhafizah.
“Tapi aku rasa macam baru semalam saja bertandang ke rumah kau,” Balas Fatin turut memekarkan senyuman.
Suhafizah tertawa kecil lantas berkata
“Itu maknanya kau masih ingatkan aku lagi,” Usik Suhafizah, buat sejenak mereka seolah-olah terlupa akan kisah silam yang lalu.
Fatin terdiam seketika begitu juga dengan Suhafizah, sungguhpun dihatinya kuat memberontak ingin tahu sebab utama Fatin menjumpainya namun dia cuba sedaya mungkin untuk memendamkan dahulu persoalan tersebut, biarlah Fatin sendiri yang memberitahunya, gusar lain pula akan jadinya jika ditanya nanti.
Sementara itu Waffey dan Syafik yang masih lagi berada di tapak premis belum lagi pulang seraya meneruskan perbincangan kerana sekiranya mengikut perancangan yang telah mereka rancangkan, dalam dua minggu lagi mereka akan mula beroperasi.
So macam mana dengan lokasi firma kita ni?” Tanya Waffey kepada Syafik.
Not bad……pandai kau pilih lokasi, oh ya aku dah rancangkan dah saluran promosi yang kita nak gunakan nanti,” Balas Syafik.
“Oh kalau macam tu ceritalah sikit,”
“Aku fikir kita patut adakan majlis perasmian firma kita dan masa itu aku nak jemput kenalan-kenalan aku yang berpotensi untuk dijadikan prospek perniagaan kita nanti dan aku fikir kita patut iklankan perkhidmatan kita ni didalam akhbar, mungkin ramai lagi yang diluar sana tak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan atau menguruskan proses penyimpan kira sesuatu urusniaga….”
Waffey yang mendengarnya dengan tekun merasa takjub dengan idea yang diluahkan oleh Syafik sebentar tadi. Memang cukup bernas.
“Eh bagus cadangan kau tu, pandai betul otak kau ni, aku yakin Suhafizah pasti setuju bila dia tahu rancangan kau tu,” Ujar Waffey.
“Waffey betul ke tak lama lagi Farah akan sedar?”
“Eh mana aku tahu, kau tanyalah ‘mak’ kau tu,” Sindir Waffey.
“Salah ke kalau aku nak panggil Mak Long Timah tu mak……..kau ni apalah,”
Waffey tertawa kecil melihat gelagat sahabatnya yang kini sudahpun menjadi rakan kongsi perniagaannya.
“Alah aku saja mengusik tak kan itu pun kau nak masam muka….okeylah kita balik semula dengan perbincangan kita tadi. Aku rasa kalau setakat promosi macam tu masih lagi tak cukup, kau kena ingat produk kita adalah perkhidmatan dan zaman sekarang ni tak ramai yang perlukan perkhidmatan kerana kebanyakan daripada mereka sudah ada yang berpengalaman. Promosi kita mesti mantap biar satu Malaysia ni tahu nama kita,” Terang Waffey.
Syafik mengangguk tanda setuju, dia pantas mengeluarkan sehelai kertas yang telah dilipat kemas menjadi empat segi daripada kocek seluarnya.
“Nah…kat sini aku dah siapkan belanjawan ringkas untuk majlis perasmian tu,”
“Nasi? Macam nak buat kenduri je,” Waffey memberikan komen mengenai belanjawan ringkas yang disediakan oleh Syafik itu.
“Ya…majlis perasmian tu kita akan buat mengikut konsep islam, dalam erti kata lain aku nak kita adakan kenduri doa selamat atau kenduri doa kesyukuran, bukankah itu lebih afdhal…..tapi terpulang pada kau dah Suhafizah samaada setuju ataupun tidak,”
“Tak apa yang itu kita bincang kemudian. Sekarang ni kita balik rumah dulu, lagipun aku tak siapkan lagi surat perletakan jawatan aku tu,” Getus Waffey.
Syafik mengangguk setuju lantaran itu dia mula melangkah menuju ke keretannya.

........................BERSAMBUNG.............................
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment