Episod 10 – Syafik
Waffey menyisip kopi panas yang dipesannya tadi seraya diperhatikan oleh Suhafizah.
“So apa mak kata?” Tanya Waffey seraya meletakkan cawannya kembali diatas meja.
“Mulanya dia tak berapa setuju tapi bila aku pujuk dia, Alhamdulillah dia setuju juga,” Beritahu Suhafizah membuatkan Waffey tersenyum lebar.
“Hmm nampaknya lampu hijau dari bos besar dah menyala, bila lagi kita nak mula?”
“Entahlah Waffey, aku rasa kita kena bincang strategi perniagaan kita ni betul-betul, kalau tidak nanti rugi Waffey,” Ujar Suhafizah.
“Ya betul aku setuju,”
Suhafizah mengangkat cawannya yang berisi milo panas yang kini sudahpun suam-suam kuku kerana terlampau lama dibiarkan berasap sendirian tanpa disentuh oleh mana-mana bibir.
“Kau dah berhenti kerja?” Tanya Suhafizah sebaik sahaja dia menyisip minumannya.
Waffey merenung Suhafizah sejenak lalu mengalihkan semula pandangannya ke luar tingkap restoran.
“Belum lagi, nanti aku usulkan perkara itu kemudian dengan Fatin. Jangan risaulah aku rasa dia faham, oh ya macam mana dengan kertas kerja yang aku suruh kau siapkan tu?” Balas Waffey.
Suhafizah dengan pantas mengeluarkan satu sampul surat putih bersaiz A4 yang berisi sebuah manuskrip barangkali ratusan tebalnya lalu diserahkan kepada Waffey untuk diteliti serta diperhalusi.
“Hmm good job….do you think we will get the capital?”
“I sure we will get it,” Balas Suhafizah kemudiannya tertawa kecil.
“Kenapa?”
“Kita belum mulakan perniagaan lagi tapi kau dah berlagak macam tokoh korporat,” Usik Suhafizah lantas membuatkan Waffey turut tertawa. Benar kata ibunya,
“segala masalah di masa yang lampau janganlah dikenang lagi, kelak binasa diri.” Terngiang-ngiang ditelinganya.
“Secara jujurnya aku betul-betul hormat dengan keputusan kau untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Bila kau ajak aku untuk jadi rakan kongsi bagi menubuhkan firma audit kau, sudah tentu aku berbesar hati menerima pelawaan tu… Fizah aku sebenarnya dari dulu lagi tak suka kerja mengikut telunjuk orang, aku pun dah lama menanam minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni tapi belum ada keberanian, jadi aku anggap pelawaan kau tu sebagai satu peluang bagi memenuhi cita-cita aku,”
Suhafizah menguntumkan sebuah senyuman tatkala terharu mendengar kalimah agong yang telah diucapkan oleh Waffey sebentar tadi. Dia sebenarnya tidak menyangka bagaimana dia begitu berani untuk membuka sebuah firma audit sedangkan dia tidak pernah ada langsung pengalaman berkerja di firma audit sebelum ini lantaran itu dia mempelawa Waffey yang pernah menjalani praktikal di sebuah firma audit terkemuka di Sabah, sekurang-kurangnya adalah sedikit orang yang berpengalaman yang dapat membantunya nanti.
Tidak lama kemudian telefon bimbit Waffey berbunyi lalu dengan segera dia menjawabnya.
“Ya Syafik…hah apa dia?” Waffey bermonolog dengan seseorang dihujung talian.
Suhafizah hanya meneliti perbualan telefon yang hanya dapat didengar sebelah pihak namun setelah beberapa ketika, Waffey meletakkan telefon bimbitnya dengan sorot matanya yang memancarkan sinar kegembiraan.
“Kenapa Waffey?”
“Kau kenal Syafik?” Tanya Waffey semula.
“Manalah aku kenal, siapa dia tu?”
Waffey menepuk dahinya seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ya allah, macam mana kau nak kenal, dia bukannya pernah jumpa kau pun,” Ujar Waffey sambil tertawa membuatkan Suhafizah kurang sabar lalu disoalnya sekali lagi,
“Wei, kau ni seriuslah sikit boleh tak?”
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)
No comments:
Post a Comment