Kamal mengemas pakaiannya kedalam beg dan bersiap-siap pulang ke Johor Bahru. Saat-saat manis berada disini pasti tidak akan dilupakannya dan yang paling penting saat indah ketika purnama malam menyaksikan temasya indah ketika bersama Nafisa saban malam tadi.
Sudah semestinya tidak akan dilupakan dan diabadikan menjadi kenangan terindah buat sepanjang hayatnya.
“Aku harap akan ada kursus sebegini lagi,” Kamal bermolog sendirian.
Dia melangkah keluar dari bilik hotelnya kemudian menuju ke front office untuk menyerahkan kunci biliknya.
Sebaik sahaja selesai check out dia lantas keluar menuju ke lobi utama menunggu bersama-sama peserta-peserta kursus yang lain untuk menaiki bas ke jeti untuk menaiki feri yang akan membawa mereka pulang ke Kuala Perlis.
“Awal kau turun Kamal?” Tegur satu suara menyapanya dari belakangnya.
“Eh Joshua, kau pun apa kurangnya,” Balas Kamal.
“Aku memang selalu turun awal. Kau tu lainlah selalu saja lambat, entah angin apa pula kau awal hari ni,” Usik Joshua, lelaki campuran cina dan india itu memang fasih berbahasa melayu kerana sejak dari kecil lagi dia bersekolah di sekolah melayu. Bersekolah tadika kemudiannya masuk ke sekolah rendah dan menengah kebangsaan tanpa pernah menjejakkan kaki ke sekolah cina.
“Alah, inikan hari terakhir kita semua ada kat sini, mana mungkin aku lepaskan saat-saat yang ada ni untuk menikmati sepuas-puasnya udara kat sini,”
“Hmmm suka hati kaulah, tapi kau nampak ceria hari ini, ada apa-apa ke?” Tanya Joshua.
“Ada apanya pulak, ish mengarutlah kau ni,”
Sementara itu Akma masih lagi menunggu Nafisa usai dari mandinya seraya melipat-lipat bajunya untuk dimasukkan kedalam beg namun begitu mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Nafisa.
“Kemana sajalah budak ni pergi saban malam dah lewat pagi macam ni matahari dah nak tegak mendongak langit baru tercongok muka. Baju dia ni satu apa pun tak berusik lagi sedangkan bas akan sampai pukul sembilan sekarang ni dah pukul lapan setengah arghhh!”
Sedang dia mengemas baju tiba-tiba dia terhidu sesuatu, baunya seolah-olah bau perfume berjenama yang khas untuk lelaki.
“Akma nanti kau tolong kemaskan baju aku sekali!” Jerit Nafisa daripada bilik air.
“Hoi! Kau ingat aku ni orang gaji kau ke?!” Balas Akma.
“Alah tolonglah!”
“Yelah! Cepat sikit!”
Sebaik sahaja selesai Nafisa mandi dengan segera dia keluar mempersiapkan dirinya secepat yang mungkin kerana jam telah menunjukkan lima minit lagi pukul sembilan. Akma yang menunggu di birai katil nampak kegelisahan sambil berkali-kali melihat jam tangganya.
“Jom, aku dah siap ni,” Ujar Nafisa lantas menarik begnya keluar dari bilik hotel yang dikongsi bersama Akma.
“Kau kemana malam tadi Nafisa?” Tanya Akma hairan sambil ditangannya mengunci pintu bilik hotelnnya.
Walaupun masing-masing berkerja di cawangan yang berlainan namun begitu mereka sudahpun saling mengenali kerana mereka berdua teman setaman perumahannya. Pertemuan dalam kursus yang dianjurkan oleh E-Conception Sdn Bhd ini hanyalah satu kebetulan.
E-Conception adalah salah sebuah syarikat pengeluar perabot terkenal di Malaysia yang mempunyai lebih daripada dua puluh dua cawangan di seluruh negara dan mempunyai lebih daripada sepuluh rakan niaga di seluruh pelusuk dunia antaranya Australia, Amerika Syarikat, Dubai dan banyak lagi.
“Aku pergi bilik kawan aku, entah kenapa aku rasa mengantuk sangat, aku pun tertidur kat bilik dia malam tadi,” Terang Nafisa.
“Kawan? Siapa?”
“Eh kau tengok tu,” Ujar Nafisa sambil tangannya menunjukkan ke arah sekumpulan peserta kursus yang berada di lobi hotel sedang bergerak keluar.
“Eh cepat Naf bas dah sampai dah tu,”
Mereka pantas menyerahkan kunci di front office lalu menuju ke lobi dimana semua peserta-peserta lain sedang keluar meninggalkan hotel.
nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment