Thursday, January 6, 2011

EPISOD 11 - KEPUTUSAN AMRAN

Episod 11-Keputusan Amran




            “Okey, I am sorry,……. Syafik rakan setugas aku, dia telefon beritahu aku yang dia pun nak invest sekali dalam rancangan kita ni,”
            “Betul ke?” Tanya Suhafizah.
            “Ya betul dan apa yang paling seronoknya kalau kau nak tahu. Syafik pernah berkerja di sebuah firma audit terkemuka di Johor ni..entahlah aku pun tak berapa nak ingat nama firma tu, tapi yang pasti dia ada banyak rangkaian orang besar-besar yang punyai syarikat besar-besar,” Terang Waffey dengan panjang lebar.
            “Kau ni yakin ke, apa yang kau cakap dengan aku ni betul?” Soal Suhafizah sedikit ragu dengan kebolehan Syafik sepertimana yang dikhabarkan oleh Waffey.
            “Tak salah kalau kita beri peluang pada orang lain, walaupun kita tak tahu lagi akan kebolehannya tapi yang paling penting pengalaman dia berkerja dalam firma audit tu cukup berharga Fizah, aku yakin dia akan carikan kita syarikat yang besar-besar untuk kita tawarkan perkhidmatan kita nanti, jangan lupa kita perlu cari tenaga kerja pula lepas ni,”
            “Aku harap kau betul Waffey, aku mengalu-alukan kesudian Syafik untuk sertai kita tapi kau tak risau ke kalau Fatin tuduh kau pula yang hasut dia supaya dia berhenti kerja?”
            Waffey tersenyum seraya mendengar ucapan Suhafizah lalu berkata
“Siapa pula kata dia nak berhenti kerja?”
“Tadi kau cakap dia nak sertai kita maksudnya………Oh ya aku lupa,”
Suhafizah tergelak lucu begitu juga dengan Waffey.
            “Kau ingat ni rancangan nak buka warung kopi kat tepi jalan tu ke?” Sindir Waffey.
            “Yalah aku tahu, untuk jadi ahli lembaga pengarah sesebuah syarikat ada dua jenis iaitu pengarah aktif dan pengarah pasif,” Ujar Suhafizah.
            “Pengarah pasif tidak menerima gaji kerana tidak berkerja sebaliknya dia hanya memperolehi dividen dan elaun yang diberikan oleh syarikat, dalam makna kata yang lain pengarah pasif tidak terikat dengan pengurusan syarikat,” Balas Waffey pula.
            “Jadi dia pun ada lesen akaun yang sah jugalah?”
            Waffey tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya menandakan tekaan Suhafizah itu benar sambil menyisip cawan kopinya yang sudah tidak berasap lagi.
            “Dia juga dulu pernah berkhidmat di unit wang tak dituntut kat jabatan akauntan, so memang dia selalu jugalah berjumpa dengan tokey-tokey besar kat johor ni……aku pernah duduk kat unit tu aku tahulah cuma masa tu aku bertugas di Putrajaya,”
            “Bagus,” Komen Suhafizah ringkas.
            “Fizah, Fizah kau belajar sampai ke luar negara pun boleh lupa asas-asas dalam perniagaan,” Usik Waffey seraya tersenyum sinis.
            I major in accounting okey…” Suhafizah membela dirinya sambil tersengih.
            “Adik-beradik juga tu,”
            “Alah….kitakan manusia biasa, kadangkala kita sentiasa terlupa,” Balas Suhafizah.
            “Hmmmmm….kalaulah Farah Sihat dah tentu aku invite dia sekali” Getus Waffey.

*************

“Apa awak cakap?”
“Kita percepatkan lagi tarikh perkahwinan kita” Ujar Amran.
“Tapi kenapa?” Soal Fatin hairan benar dengan keputusan yang dikemukakan oleh Amran itu.
Apakah ada suara-suara sumbang yang menyuruh dia berfikir sebegitu rupa?
“Perkara baik, apa lagi yang perlu kita tunggu lagi?” Jawab Amran yang mana jawapannya itu sudah tentu kurang memuaskan hati Fatin. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena sehinggakan dia memutuskan keputusan yang mendadak seperti itu.
“Saya tak mahu,” Bantah Fatin ringkas.
“Kenapa tidak Fatin?” Amran mempersoalkan bantahan Fatin.
“Sebab……………bersambung
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
EPISOD SEBELUM DAN SELEPAS (sila klik disini)

No comments:

Post a Comment