“Kau kemana tadi? Tak akan pergi tandas pun lama sangat,” Tanya Dino seraya bingkas bangun dari kerusinya sebaik sahaja Hisyam pulang dari tandas.
“Tak ada apalah, aku cuma terserempak dengan kawan lama aku,”
Dino mengerutkan dahinya tanda hairan.
“Kawan?”
Hisyam mengangguk-anggukan kepalanya sambil menyeberang jalan untuk mendapatkan keretanya yang di letakkan di sana.
“Eh kenapa kau tak ajak dia makan sekali tadi?” Tanya Dino.
“Alah kebetulan saja tu,” Balas Hisyam
Sementara itu Zuhana yang berada di studio sedang menguruskan pelanggan yang telah menempah jemputan kugiran untuk majlis hari jadi anaknya yang akan diadakan dua minggu lagi memang benar-benar mencabar emosi dan perasaannya. Masakan tidak, mana mungkin waktu persembahan ditukar kepada sesi malam kerana pada sesi malam tersebut terdapat undangan persembahan di Senibong.
“Maafkan Encik saya rasa kami tak dapat nak perfome malam tu sebab mengikut dalam jadual tempahan kami, malam itu kugiran kami akan mengadakan persembahan di Senibong,”
“Tapi saya dah anjakkan parti hari jadi anak saya tu kepada malam hari, siapa pula yang nak tengok persembahan tu kalau diadakan siang hari sedangkan majlis itu pada malam hari,” Terang pelanggan tersebut.
“Maaf Encik jawapan kami tetap sama,”
“Kalau macam tu saya nak batalkan tempahan tulah,” Balas pelanggan tersebut.
“Saya nak ingatkan bahawa Encik sudahpun menandatangani perjanjian tempahan bersama kami, sekiranya tempahan dibatalkan, deposit sebanyak dua puluh lima peratus itu akan dijadikan bayaran denda,”
Pelanggan tersebut terdiam sejenak sebaik sahaja terdengar kalimah yang diucapkan oleh Zuhana sebentar tadi.
Timbul pula rasa kasihan Zuhana melihatnya tapi itulah peraturan yang Hisyam telah tetapkan, dialah bos maknanya hanya dia sahajalah yang boleh membatalkan perjanjian tersebut.
“Macam nilah saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi tapi saya rasa Encik boleh bincang dengan pengurus saya mungkin dia lebih tahu dan lebih arif mengenai masalah Encik,” Ujar Zuhana.
“Okey kalau macam tu boleh saya berjumpa dengan dia?”
“Maafkan saya encik dia keluar makan sekejap,” Balas Zuhana.
“Tak apa saya tunggu dia balik. Lama dah dia keluar?”
“Lama jugaklah….hmm tak apalah kalau macam tu encik duduk dululah mungkin dalam lima belas minit lagi baliklah dia kot,” Ucap Zuhana pantas berlalu mendapatkan Adilah yang sedang sibuk mengemaskini rekod pengunaan studio.
“So macam mana dengan customer tu?” Tanya Adilah.
“Macam mana apa, dia tu keras kepala. Dah kita tak boleh nak perfome sesi malam, nak buat macam mana lagi. Nak belah semua pemain-pemain muzik kita tu jadi dua bahagian?” Bebel Zuhana seraya menyindir membuatkan Adilah tertawa kecil.
“Relaks sudahlah,”
Zuhana tidak membalas kata-kata Adilah sebaliknya dia hanya mengurut-ngurut kepalanya yang terasa pening.
“Habis tu apa yang kau beritahu kat dia?” Tanya Adilah lagi.
“Aku beritahu kat dia, kalau dia nak juga persembahan tu diadakan malam hari, biar Hisyam sendiri yang settlekan, aku dah habis modal dah nak bercakap dengan orang tu,”
“Hmm…lantak kaulah Zuhana,” Ujar Adilah seraya menutup buku rekodnya kemudian pandangannya ditumpukan ke arah Zuhana.
“Kumpulan mana yang ada kat dalam studio B tu?”
“Jenking,” Jawab Adilah ringkas.
“Diaorang main langsung tak sedap,” Komen Zuhana membuatkan Adilah tertawa lagi.
“Pedulikan …….yang penting sewa studio tu diaorang bayar,”
Nampaknya ketiga-tiga buah studio semuanya telah penuh, termasuklah studio eksekutif. Di ruang menunggu pula sudah terdapat dua buah kumpulan yang menunggu. Semenjak dua menjak ni muzik gig atau indie lebih diminati membuatkan banyak kumpulan-kumpulan underground tumbuh bagaikan cendawan.
Jikalau dulu pada era 80an dunia muzik digegarkan dengan rock tapi pada zaman ini muzik digegarkan dengan indie band. Ianya juga mendatangkan salah satu kesan yang baik dalam indusri muzik disamping menjana penghasilan karya negara, ianya juga mampu menjadi salah satu sumber ekonomi yang baik tambahan pula kini kumpulan hujan dan bunkface sudah mula dikenali di Australia dan England.
.........BERSAMBUNG .................
No comments:
Post a Comment