Baginya tidak perlulah orang luar tahu akan masalah yang mereka berlima hadapi sekarang ini tapi sekiranya benar apa yang diperkatakan oleh Doktor Suresh maka tidak lama lagi akan berakhirlah segala penderitaan yang dihadapinya selama ini.
“Terima kasihlah Doktor Suresh kerana telah berusaha merawat anak saya dengan baik,” Ucap Mak Long timah sambil diperhatikan oleh Puan Farizah.
Doktor Suresh lantas dia berkata
“Kakak jangan berterima kasih dengan saya. Kakak kena berterima kasih dengan tuhan kerana tuhan masih beri peluang untuk anak kakak sembuh,”
“Ya baiklah Doktor,”
Tret treet treet!
Suhafizah lantas mengeluarkan telefon bimbitnya tatkala alat komunikasi itu berbunyi nyaring didalam beg tangannya hingga membuatkan Doktor Suresh menjeling Suhafizah dengan jelingan yang tersirat maksud.
“Maaf Doktor saya terlupa nak vibratekan phone saya,” Ujar Suhafizah lantas tersenyum.
“Tak apa,” Jawab Doktor Suresh ringkas seraya membalas semula senyuman Suhafizah.
Suhafizah melangkah keluar dari pejabat pakar nuerologi tersebut sambil tangannya menekan butang angkat panggilan ditelefon bimbitnya.
“Helo, waalaikumsalam, kenapa?........”
***************
“Awak ni buat malu saja,” Ujar Fatin.
“Malu apanya?”
“Awak tanya malu apanya? Awak tahu tak yang berpuluh jiran tetangga kat rumah Waffey tu nampak awak terpekik terlolong sambil bawak kayu itu awak kata tak malu? Awak gila ke?”
Amran melarikan pandangannya ke arah ombak pantai lido yang menggulung menghentam tepian tebing tambak Johor. Jalan dimana tempat dia dan Fatin berdiri ini yang pastinya tiga puluh tahun dahulu sebahagian daripada pesisir pantai lido yang telah ditambak lalu di dirikan jalanraya diatasnya melepasi Danga Bay.
“Ya saya akui, saya memang bertindak luar batasan saya ketika itu, tapi tindakan saya bersebab Fatin,”
Fatin menggelengkan kepalanya lantas berdiri disebelah Amran,
“Awak terlalu cemburu Amran,” Ujar Fatin tanpa memandang ke arah Amran.
“Saya sayangkan awak Fatin. Saya tak nak awak ditipu sekali lagi oleh Waffey.”
Fatin merenung Amran dengan sorot matanya yang tajam. Lebih tajam lagi dari sinar panas terik mentari yang menyinar.
“Tipu apanya Amran? Awak ni gilalah,” Bentak Fatin.
“Awak dah lupa ke yang dia dulu pernah permainkan cinta awak,” Ujar Amran mengingatkan Fatin terhadap peristiwa hitam yang pernah mereka lalui dahulu.
“Saya ingat. Ingat sangat-sangat dan jangan awak pernah cuba untuk ungkitkan kisah lama tu lagi dan apa yang saya pelik sekarang ni kenapa awak cemburu sangat?”
“Saya tak cemburu,”
“Sudahlah Amran, saya dah penat, tak bolehkah sekali sahaja awak tak memaksa saya,” Keluh Fatin.
Amran terdiam tatkala mendengar keluhan Fatin. Hatinya sedikit tersentuh dengan apa yang telah diucapkan oleh Fatin, mungkin benar dia terlalu memaksa tapi itu semua dilakukan kerana cintanya terhadap Fatin.
“Saya rasa dah banyak kali saya terangkan kat awak yang saya tak akan pernah kembali pada Waffey dan saya tak akan jemu untuk ulang ayat yang sama selagi awak masih tidak mengerti,”
“tap……….”
“Saya hanya bekerja secara professional, tidak langsung membabitkan hal peribadi dalam urusan kerja,” Pintas Fatin tanpa memberi peluang kepada Amran untuk berkata-kata.
Amran tidak membalas sebaliknya dia terus berdiam membiarkan Fatin meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia kini benar-benar menyesal, entah bagaimana dia boleh terfikir untuk menyerang Waffey sedemikian rupa.
“Amran awak cuba tengok pulau yang berada dihadapan kita ni, yang megah dan masyur namanya di dunia,” Pinta Fatin lantas Amran mengalihkan pandanngannya ke arah pulau yang dimaksudkan tersebut.
“Awak tahu sejarah pulau tu?” Tanyannya lagi.
Amran semakin tidak mengerti maksud kalimah pertanyaan yang diajukan oleh Fatin namun begitu dia hanya melayani kerenah tunangnnya dengan menjawab soalan tersebut.
“Ya tahu. Pulau tu dulunya dikenali sebagai Temasek tapi kini dipanggil Singapura. Pulau tu juga pernah menjadi salah sebuah negeri persekutuan Malaysia tapi akhirnya keluar dari persekutuan itu lantas membentuk negaranya sendiri. Kenapa awak tanya?”
“Cuba awak lihat lagi sekali, kedua-dua buah negara ini tidak jauh jaraknya, hanya perairan selat tebrau saja yang telah menjadi sempadan diantara kedua-dua negara ini. Inilah hakikat cinta kita Amran, walaupun awak dekat dimata namun hati awak dah terlalu jauh……jauh dihanyutkan gelora cemburu buta,”
................................bersambung
nantikan sambungannya pada setiap hari selasa dan khamis terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment