Dino serta Hisyam melangkah masuk kedalam studio lantas menuju ke meja penyambut tetamu. Kelihatan ketiga-tiga buah studio yang ada telah penuh disewa membuatkan Hisyam tersenyum gembira.
“Ada orang cari aku tak Dillah?” Tanya Hisyam namun pertanyaan tersebut dijawab oleh Zuhana.
“Ada Syam, kau ingat lagi tak customer kita yang nak tempah persembahan hari ahad dua minggu lagi tu?”
“Ingat, kenapa? Bukan ke customer itu bawah urusan kau?”
Memang sudah tertakluk didalam prosedur dimana kaedah pengkhususan kerja digunakan dalam menguruskan setiap pelanggan yang menempah perkhidmatan persembahan majlis keraian mesti diuruskan oleh salah seorang diantara mereka, ini kerana sekiranya masing-masing sibuk menguruskan satu tempahan, dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan.
Kebiasaanya apabila seseorang yang ingin menempah perkhidmatan daripada studio Hisyam, mereka akan menghubungi nombor panggilan rasmi studio ataupun berkunjung ke studio dan pelanggan tersebut akan diberikan profil pekerja yang akan menguruskan tempahan mereka, ini bermakna tiada orang lain yang boleh mencampuri urusan mereka tanpa kebenaran daripada pekerja yang dipertanggungjawab untuk menguruskan tempahan itu melainkan dalam keadaan tertentu.
Sekiranya pelanggan tersebut datang sendiri ke studio maka Adilah yang akan bertanggungjawab menguruskan proses awal dan kemudian barulah pelanggan tersebut diberikan kepada seseorang yang akan menguruskan sehingga tamat urusniaga tersebut.
“Tak ada apa Cuma dia nak tukar waktu persembahan tu sesi malam,”
“Eh bukan ke malam tu kita ada persembahan di senibong?” Soal Hisyam untuk memastikan katanya betul ataupun tidak.
“Habis tu kau cakap apa dengan customer tu?” Sampuk Dino.
“Mulanya dia nak batalkan tempahan tu, so aku beritahu dia supaya berbincang dulu dengan Hisyam,”Terang Zuhana sambil diperhatikan Adilah yang duduk disebelahnya itu.
“Habis tu bila masanya dia nak jumpa dengan aku?” Soal Hisyam semula.
“Dia ada kat ruang menunggu tu tengah tunggu kau… aku beritahu dia yang korang berdua keluar makan and then dia kata dia sanggup tunggu,” Jawab Zuhana.
“Okey terima kasih Zuhana,” Ucap Hisyam lantas berlalu pergi mendapatkan pelanggannya yang sedang menunggunya di ruang menunggu yang di letakkan sebuah sofa panjang bagi kemudahan para tamu yang datang berkunjung ke studio muziknya.
Ruang menunggu tersebut memang diciptakan khas buat kumpulan-kumpulan yang sedang menunggu giliran sementara kumpulan yang lain sedang menghabiskan masa sewaan studio yang telah mereka tempah.
Setibanya Hisyam diruang menunggu tersebut dia lantas menegur seorang lelaki berusia lingkungan lima puluh tahun sedang duduk diatas sofa disambil tangannya sedang membelek helaian surat khabar.
“Asalamualaikum,”
‘Waalaikumsalam, Encik Hisyam ke?” Teka pelanggan tersebut.
“Ah ya, ni…….”
“Amirul,” Jawab lelaki tersebut lantas mereka berjabat tangan sebagai tanda perkenalan.
“Saya minta maaflah Encik Amirul terpaksa tunggu saya,”
“Eh tak ada apalah, saya tak kisah sangat pun,” Ujar Amirul.
Daripada pandangan mata Hisyam, Amirul memang seorang yang penyabar dan juga baik kalaulah orang lain belum tentu lagi mampu tersenyum sepertimana Amirul lakukan sekarang ni.
“Saya di fahamkan oleh pekerja saya yang Encik Amirul nak anjakkan waktu persembahan, betul ke?” Soal Hisyam untuk kepastian.
“Ya betul, ada sikit masalah yang menyebabkan majlis itu ditunda malam hari,” Amirul mengiyakan pertanyaan Hisyam.
“Ooo…apa masalahnya,” Soal Hisyam lagi tanpa dia sedari yang dia mencampuri urusan peribadi orang lain.
“Ceritanya begini, saya dah janji dengan anak saya untuk adakan majlis hari jadi dia yang besar-besaran, untuk itu saya pun cetaklah kad jemputan sebanyak lima ratus keeping, bila kad tu dah siap dihantar kepada para jemputan barulah saya perasan masa majlis yang tertera diatas kad tu salah……………………….
........................BERSAMBUNG..............................
nantikan sambungannya pada setiap hari ISNIN dan RABU terima kasih dari pihak RIDHWAN SAMIN PUBLISHING ucapkan kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment