Waffey tidak mengendahkan pertanyaan rakan serumahnya itu dia kini pantas menuju ke arah pintu hadapan rumah dengan tanpa senjata ditangan Waffey memulas tombol pintu rumah tersebut lantas menampakkan dirinya dihadapan Amran yang sudah hilang akal.
“Ooo….berani juga kau buka pintu nampaknya,” Ujar Amran.
“Kau kenal aku, kau tahu perangai aku, kau tahu sifat aku…….bukan ke kita pernah jadi kawan dulu?”
“Ya, kawan yang tak berguna,” Balas Amran semula seraya kayu pemukul yang berada didalam genggamannya itu semakin digenggam erat.
“Lebih baik dari kawan makan kawan,” Ujar Waffey tenang langsung tidak gentar dengan Amran.
Dia kenal Amran, dia tahu lagaknya lebih daripada sifat sebenarnya.
“Kau masih lagi menegakkan benang yang dah basah, semua orang tahu cerita pasal kau, kau sendiri yang mengaku kau buat semua tu, apalagi yang kau nak beritahu aku,”
Waffey merapati Amran lantas dia berkata
“Aku nak beritahu yang aku telah dianiaya oleh sahabat baik aku sendiri, kau nak tahu siapa?....kaulah orangnya,”
“Kau jangan naikkan darah aku Waffey, kau tak ada bukti yang aku aniaya kau malam tu, lagipun perkara tu dah berlalu lama, semua orang tahu cerita kau ditangkap khalwat malam itu, apa gunanya kalau kau cuba bersihkan nama kau sekarang ni,”
“Aku tak nafikan bahawa tiada gunanya aku cuba membuktikan yang aku tidak bersalah tapi sekurang-kurangnya Fatin tahu siapa kau sebenarnya,”
Amran ketawa tersedak-sedak bagaikan orang gila tatkala mendengar ayat yang diucapkan oleh Waffey sebentar tadi.
“Fatin tetap jadi milik aku, kau tahu berapa lama aku tunggu saat bahagia ni,”
Waffey tersenyum sinis lantas berkata,
“Kau yang terlalu cemburu Amran. Kau kena ingat sifat cemburu kau tulah yang akan memusnahkan segala yang telah kau bina, tapi aku yakin kau tak mungkin sedar kesilapan yang kau buat ni sebab apa yang aku boleh sifatkan kau adalah…………….kau seorang yang bodoh,”
Amran menghayunkan kayu pemukul tersebut tepat ke arah kepala Waffey namun pergerakannya itu tidak cukup pantas kerana dengan semudah itu Waffey dapat menangkis serangan Amran lantas menyebabkan kayu tersebut tercampak mengenai tingkap hadapan kereta Amran.
Prangggg!!!!!
Hacur remuk cermin hadapan kereta Amran namun begitu Amran masih tidak mahu mengalah akhirnya dia menggunakan kaki dan tangannya sebagai senjata utamanya.
Syafik yang berdiri menyaksikan itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia tidak berani untuk mencelah pergaduhan yang berlaku dihadapan matanya itu tapi akal fikirannya pantas berfikir lantas mendapat idea bagaimana untuk menghentikan pergaduhan itu.
Dengan segera Syafik lantas berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia yakin hanya ini sajalah satu-satunya jalan yang ada.
******************
Terkejut benar rasaya tatkala Suhafizah menerima panggilan telefon dari ibunya yang menyuruh dia segera ke Hospital kerana dimaklumkan bahawa Doktor Suresh ingin berjumpa dengannya.
Risau dan cemas bercampur baur tatkala kakinya sudah kunjung tiba di bangunan Hospital yang menempatkan sepupu rapatnya itu.
“Saya yakin yang Farah bakal sembuh tak lama lagi,” Ujar Doktor Suresh, pakar bedah otak Hospital Sultanah Aminah.
“Pasti ke?” Soal Suhafizah sambil diperhatikan ibu serta mak longnya.
“Daripada prestasi kesihatan yang ditunjukkan baru-baru ini menunjukkan perkembangan positif dimana kita dapat lihat Farah mengalirkan air matanya dan kadangkala dapat mengerakkan sedikit beberapa jari tangannya. Saya yakin Farah cuba untuk mengawal kembali tubuh badannya. Hanya awak sahaja yang dapat membantu Farah,” Terang Doktor Suresh.
Suhafizah mengerutkan dahinya, apakah maksud Doktor Suresh itu?
“Kenapa saya?”
“Semenjak kehadiran awak. Saya dapat rasakan seolah-olah Farah mahu bangun dari pembaringannya untuk bercakap dengan awak, saya perasan denyutan nadi Farah berubah sedikit pantas setiap kali awak melawatnya, boleh saya tahu? Adakah peristiwa yang berlaku sepanjang kamu berdua saling mengenali?” Tanya Doktor Suresh.
“Benar Fizah, mak long pun ada perasan tapi Doktor bukan Fizah seorang saja, saya lihat Waffey pun ada juga,” Ujar Mak Long Timah.
“Betul tapi ianya tak sehebat Suhafizah,” Balas Doktor Suresh ringkas.
“Entahlah, saya pun tak tahu,” Ujarnya kepada Doktor Suresh namun sebaliknya jauh dari sudut hatinya dia tahu apa punca Farah begitu.
Baginya tidak perlulah orang luar tahu akan masalah yang mereka berlima hadapi sekarang ini tapi sekiranya benar apa yang diperkatakan oleh Doktor Suresh maka tidak lama lagi akan berakhirlah segala penderitaan yang dihadapinya selama ini.
No comments:
Post a Comment